Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!

10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan cepat!

Pejam celik dah 9 bulan kita mengandung.
.
Adakah sudah sampai masanya untuk bersalin? 
.
Berdebar debar rasanya. Maznee kongsikan 10 cara untuk mengetahui bahawa hari bahagia menyambut ahli keluarga terbaru hampir tiba. Tanda tanda bersalin dah dekat
.
Supaya kita ibu bijak dapat buat persedian terbaik untuk sambut kehadiran insan kecil yang ceria ni
.
ibu dan bayi baru lahir

Akhirnya, masa yang di tunggu tunggu hampir tiba
.
Terutama sekali untuk suami isteri yang akan menimang anak pertama
.
Ini adalah peristiwa gembira & mendebarkan dada kita sekian lama
.
Masa untuk kelahiran anak darah daging kita
.
Ramai suami & pastinya ibu yang sedang hamil tertanya-tanya & bimbang tentang tanda tanda bersalin semakin hampir. 
.
Antara soalan yang paling popular ialah
  1. Bilakah ia akan berlaku?
  2. Boleh ke saya tahan sakit?
  3. Berapa lama masa yang untuk melahirkan anak?
  4. Apa tanda tanda hendak bersalin yang kita boleh perhatikan?

Hmmm
.
Tak semua jawapan diatas boleh dijawab. Sebab pengalaman melahirkan anak ni berbeza beza bagi setiap ibu
.
Sedangkan untuk anak berbeza pun tanda nya tak sama
.
Jadi hari ini Mazni akan kongsikan beberapa tanda-tanda ingin bersalin yang  jelas untuk diperhatikan & berkejar ke hospital. 
.

10 Tanda tanda bersalin semakin hampir & masa untuk buat persiapan awal ke hospital!

Tanda awal: 1 ke 4 minggu sebelum melahirkan

1. Bayi kita "turun ke bawah"

Beberapa minggu sebelum proses bersalin bermula, bayi anda akan mula turun ke pelvis anda.
.
Bayi kita akan masuk ke kedudukan untuk keluar dari rahim.
.
Kepala bayi menghala ke bawah dan hampir dengan pintu rahim. 
.
Antara kesannya kepada kita
.
Kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air kecil lebih daripda biasa.
.
Kenapa jadi macam ini ya? Ini kerana kepala bayi menolak & menekan pundi kencing. 
.
Tapi kan
.
Kalau sebelum ini kita selalu termengah mengah di akhir trimester ke 3. Sekarang tidak lagi.
.
Sebab bayi dah turun ke bawah.
.
Jadi kita mempunyai lebih ruang untuk pernafasan
.

2. Pintu rahim semakin mengembang & membuka

Serviks atau pintu rahim kita, sudah mula bersedia untuk kelahiran.
.
Laluan pintu rahim akan menipis dan mula mengembang (terbuka) pada hari-hari atau minggu terakhir sebelum kelahiran.
.
Pada pemeriksaan kehamilan kita, doktor akan mengukur bukaan serviks / pintu rahim jika ada. 
.
Tapi
.
Seperti biasa, setiap orang mempunyai pengalaman berbeza, ada orang buka cepat.
.
Ada orang buka lambat. Ada pula cepat
.
Rezeki masing masing
.

3. Kita selalu mengalami kejang dan sakit belakang semakin terasa

Kita akan mengalami tanda tanda awal ini terutama sekali jika kita pernah melahirkan anak sebelum ini.
.
Ibu yang bakal melahirkan anak mungkin merasakan kekejangan dan kesakitan di pangkal paha dan bahagian bawah punggung apabila tarik semakin dekat. 

Sakit belakang & badan ni biasa kita alami masa mengandung, selain daripada tanda bersalin, boleh jadi juga kita kurang kalsium dalam diet. Kalau tak lalu minum susu, boleh cukupkan dengan makan ostematrix
.
Insyaallah selesai masalah. Boleh dapatkan produk shaklee di klang & seluruh Malaysia dari Maznee.

4. Kita akan dapat rasa, otot dan tulang tulang sendi meregang dan beralih tempat.

Ini persediaan awal untuk kelahiran.
.
Sebelum kita bersalin, anda mungkin dapat melihat sendi anda di seluruh tubuh anda berasa sedikit longgar. 
.
Bertenang tenang saja puan.
.
Ini cara semula jadi badan kita untuk membuka pelvis & membenarkan anak yang akan dilahirkan keluar dari rahim ke dunia ini.
.
Sendi kita berasa lebih longgar kerana hormon relaxin telah menjadikan semua ligamen badan kita lembut dan longgar.
.
Tapi pada masa yang sama hormon ini juga bertanggungjawab menjadikan kita lebih perlahan dan kurang cergas sepanjang mengandung. 
.

5. Berat badan tidak bertambah

Kalau awal awal mengandung dulu, doktor mesti marah kalau berat tak naik. Kalau berat naik banyak sangat, nanti doktor syak ada kencing manis. Jadi kena pantang makan
.
Maznee juga ada kongsikan petua hilangkan kencing manis buat yang dah ada masalah gula berlebihan
.
Itu cerita awal mengandung
.
Dah dekat nak bersalin, berat ni segan segan nak naik. 
.
Lagi best, ada yang siap turun berat lagi.
.
Kalau berlaku akhir kehamilan tak pe. Tanda nak bersalin tu
.
Bayi dalam rahim pun tak terjejas

6. Mengalami cirit-birit

Makin hampir kita nak bersalin, makin banyak otot otot badan kita berehat
.
Sama seperti otot di rahim kita yang sedang berehat untuk persediaan kelahiran.
.
Begitu juga otot lain dalam badan kita & ini termasuklah di rektum. 
.
Kalau awal awal mengandung dulu, terutama di trimester 1 kita selalu sembelit
.
Dah dekat bersalin lain pula jadinya
.
Sekarang kita senang cirit birit.
.
Banyakkan minum air untuk menggantikan kehilangan air yang banyak kerana cirit birit
.
Kalau tak selalu minum, nanti badan jadi lesu
.
Nak meneran pun tak ada tenaga
.
Bahaya kan
.

7. Badan terasa sangat letih

Di akhir kehamilan, perut yang kita bersaiz besar, ditambah pula dengan pundi kencing yang semakin kecil kerana di tekan bayi yang dah turun kebawah, susah nak tidur nyenyak waktu malam
.
Makan makanan berkhasiat dari awal mengandung, supaya badan kita menyimpan zat yang mencukupi
.
Cuba dapatkan rehat yang secukupnya, terutama pada waktu siang selagi boleh. Ibu bekerja patut cuba dapatkan cuti bersalin awal sikit
.
Nanti terbersalin di pejabat
.

8. Lendir dari faraj berubah warna dan kepekatan

Antara tanda bersalin yang boleh kita perhatikan, makin dekat hari, kita akan dapat lihat cecair dari faraj semakin banyak & semakin pekat. 
.
Kalau lendir ni keluar bersama darah
.
Memang dah dekat sangat nak bersalin tu
.
Warna tompokan darah tu boleh jadi warna merah jambu
.
Dah tak lama lah tu
.

9. Kontraksi yang lebih kerap & semakin kuat + sakit

Sebenarnya kita dah boleh rasa kontraksi ni berbulan bulan sebelum bersalin lagi
.
Tapi, semakin dekat waktu bersalin, semakin kerap dan kuat kontraksi tu berlaku
.
Ini kerana otot-otot di rahim kita membuat persediaan untuk beraksi di kemudian hari.
.
Macam mana nak tahu, kontraksi yang kita alami ni untuk bersalin
.
Kontraksi bersalin tak akan berhenti walaupun kita dah tukar posisi duduk & baraing, semakin sakit bila kita bergerak & makin lama makin sakit
.
Kalau dah alami tanda tanda ni
.
Cepat cepatlah ke jumpa doktor
.

10. Air ketuban pecah


Ini tanda paling nyata & tidak berbohong

.

Kalau air dah pecah, meamng baby nak keluar sekarang
.
Walaupun begitu, tak semua orang alami tanda bersalin yang ini
.
Alhamdulillah, dah cukup 10 tanda tanda hendak bersalin yang kami dah kongsikan bersama
.
Semoga ada manfaat. Jadi apa nak buat kalau tanda bersalin ni dah makin banyak
.
Buat persediaan awal
.
Cepat cepat siapkan peralatan yang nak di bawa ke hospital atau klinik bersalin
.
Sepatutnya masa ni dah ada set bersalin terbaik. Supaya lepas bersalin nanti dah boleh makan terus
.
Berpantang cepat sembuh dah sebagainya
.

Apa itu Set Bersalin Shaklee untuk berpantang?

Set bersalin Shaklee yang rasmi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut. Ada 7 produk semunya.
.
set bersalin shaklee untuk berpantang




Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fungsi & kelebihan setiap produk di dalam set bersalin Shaklee & fungsi setiap produk di bawah. Maznee ada kongsi disini. KLIK Set berpantang terbaik di pasaran
  1. Vitalea Shaklee 
  2. ESP Shaklee
  3. Vitamin C Shaklee
  4. Ostematrix Shaklee
  5. Omegaguard Shaklee
  6. Vitamin B complex Shaklee
  7. Alfalfa complex
.
Jika puan memerlukan bantuan.Dan ada banyak soalan yang masih belum terjawab.


Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 
019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

14 Responses to "10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!"

  1. Golongan suami juga pasti berdebar-debar menanti isterinya bersalin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi berdebar debar kalau tunggu sebelah isteri. temankan isteri bersalin dalam bilik bedah

      Padam
  2. Daripada 10 tanda bersalin ni. Mesti ada yang boleh kita ambil perhatian bila masanya dah tiba kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu

      tanda bersalin tak sama untuk setiap orang

      nasib nasib lah

      Padam
  3. Terima kasih banyak manfaat orang muda wajib baca terutama yang ada isteri

    BalasPadam
  4. Besar pengorbanan seorang ibu ketika mengandung dan melahirkan. tidak mampu dibalas dgn apa yang ada di bumi ini. apapun tqq sharing sis. boleh bookmarks ni for the future . insyaAllah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah ya sis nadhie

      Rajin mengembara ke sana kemari ya

      Lepas ni dah kahwin susah le nak mengembara kan

      Padam
  5. Anak anak sy dlu saya tau nak dekat bersalin bila jadi kontraksi kerap. Tanda nak bersalin anak pertama sy sakit di bahagian atas ari ari...anak 2nd lgsg xde tanda. Yg 3rd kontraksi kerap dan skit bhgn atas ari2 teramat sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah mimi dah ada 3 anak ya

      tak nampak macam mimi ni emak anak 3 orang

      Padam
  6. Bila mama baca tanda bersalin yang maznee kongsi ni

    Terasa macam baru semalam lepas lahirkan anak

    Masa oantas berlalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan parut bersalin pun masih ada kan mama

      Padam
  7. Kalau dah ada tanda tanda kita dah nak melahirkan anak

    Jangan duduk seorang diri

    Pastikan ada kawan menemani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok kalau dah dekat bersalin tu duduk dengan mak ayah

      diorang dah ada pengalaman

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„