Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Tekanan Darah Tinggi? 10 Cara elak stroke tanpa ubat!

Apakah tekanan darah tinggi?
.
Semua orang mesti ada ahli keluarga yang ada masalah tekanan darah tinggi kan?
.
tekanan darah tinggi
.
Dan risau sangat jantung tu, penyakit senang datang. Kita akan sampai bahagian tu
.
Maznee sentuh topik ni sebab
.
Musim raya ni ha
.
Sana sini masak santan
.
Lemang, rendang, cendol, masak lemak cili api
.
Ish ish ish
.
Confirm tekanan darah mesti naik punya
.
Tapi
.
Apa sebenarnya tekanan darah ni?
.

Tekanan Darah Tinggi 10 Cara Merawat & Elak Punca 

Tekanan darah adalah daya di mana pam darah dari jantung ke dalam arteri. 
.
cara merawat tekanan darah tinggi
.
Bacaan tekanan darah biasa adalah kurang daripada 120/80 mmHg. 
.
Macam tu
.
Ini bacaan orang sihat. Kalau tak sihat macam mana?
.
Apabila tekanan darah tinggi, darah bergerak melalui arteri lebih kuat. 
.
Ini menjadikan tekanan meningkat pada dinding arteri & merosakkan saluran darah.
.
Kalau sampai pecah saluran tu, di otak misalnya. Jadi strok
.
Penyakit ni banyak jadi di negara maju
.
Di Amerika saja
.
Tekanan darah tinggi, menjejaskan kira-kira 80 juta orang Amerika dewasa. 
.
Lebih menakutkan lagi
.
Darah tinggi di gelar sebagai "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang tkita sehingga kerosakan yang serius telah berlaku pada jantung. 
.

Bahaya tekanan darah tinggi kepada kesihatan! Wajib kawal sekarang sebelum terlambat

Siapa pernah tengok kat tv
.
Cerita pembunuh upahan, macam jason bourne
.
Hitman ke? Pernah kan. Punyalah hebat mereka bunuh orang
.
darah tinggi pembunuh senyap
.
Tapi
.
Tak sehebat penyakit tekanan darah tinggi
.
Bayangkan, berapa ramai terbunuh seluruh dunia dalam setahun
.
Berjuta juta orang dah jadi mangsa
.
Dan
.
Lagi terer
.
Lagi menakutkan
.
Kita yang bayar upah pembunuh senyap terer no 1 ni. Kita bagi dia makan hari hari
.
Belanja dia makan sedap sedap
.
Tiap tiap kali gaji
.
Tanpa gagal
.
Fuhh!!
.
Sedar sedar kita dah arwah agaknya
.
Tak mahulah macam tu kan.
.
Sekarang ni
.
Maznee nak kongsi, senjata senjata yang pembunuh upahan ni gunakan untuk membunuh mangsanya
.
Ada banyak jurus rahsia. Sekali terkena pasti ...
.
Innalillah
.
Ada jurus tu bukan setakat menyerang kita, tapi akan menghantui sehingga keluarga & keturunan kita
.
Dahsyat tak?
.
Apa nama jurus jurus tu?

Jurus rahsia 1 : Sakit jantung 

Ini antara sasaran kegemarannya
.
Jantung kita mengepam darah ke seluruh badan. 
.
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh merosakkan jantung kita dalam beberapa cara, contohnya:
.
a. Penyakit arteri koronari. 
.
Penyakit arteri koronari menjejaskan salur darah yang membekalkan darah ke otot jantung kita. 
.
Saiz arteri ini akan sempit kerana penyakit arteri koronari 
.
Darah tidak boleh mengalir secara bebas melalui arteri kita. 
.
Macam mana kita nak tahu
.
Ada masalah ni?
.
Apabila darah tidak dapat mengalir dengan bebas ke jantung kita
.
Antara tandanya
.
Kita akan mengalami 
  1. sakit dada
  2. serangan jantung 
  3. atau irama jantung tidak teratur (arrhythmias).
.
b. Kegagalan jantung. 
.
Lama kelamaan, tekanan di jantung kita yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi boleh menyebabkan otot jantung kita lemah & berfungsi dengan kurang cekap. 
.
Akhirnya, jantung kita gagal berfungsi dengan baik. 
.
Kalau kita kena marah
.
Hari hari 
.
Apa perasaan kita?
.
Jantung kita pun sama juga
.
Hari hari kena tindas dengan tekanan darah tinggi. Mana boleh tahan. Dalam filem P Ramlee
.
Kalau marah kena jual!
.
Hehe
.

Jurus rahsia 2: Kerosakan buah pinggang 

Tak cukup dengan jantung di serangnya
.
Buah pinggang kita
.
Pun sama
.
Kalau kita sihat
.
Buah pinggang kita menapis cecair yang berlebihan
.
Dan membuang air berlebihan dari darah kita. Proses ini memerlukan saluran darah yang sihat. 
.
Penyakit tekanan darah tinggi boleh mencederakan saluran darah
.
Yang menghala ke buah pinggang kita
.
Menyebabkan beberapa jenis penyakit buah pinggang (nefropati). Pernah Maznee kongsi disini
.
Kalau kita ni banyak penyakit
.
Dah lah ada darah tinggi
.
Tambah lagi
.
Dengan kencing manis, boleh memburukkan lagi kerosakan buah pinggang. Kajian menunjukkan pengambilan resveratrol dapat mengurangkan kerosakan dari penyakit ini
.
Dan menjadikan buah pinggang kita lebih sihat. Itu yang elok makan vivix shaklee merawat kencing manis
.
Kegagalan buah pinggang.
.
Tekanan darah tinggi adalah salah satu punca kegagalan buah pinggang yang paling biasa. 
.
Ini kerana ia boleh merosakkan kedua-dua arteri besar yang membawa kepada buah pinggang dan saluran darah kecil (glomeruli) dalam buah pinggang. 
.
Kerosakan sama ada menjadikannya buah pinggang kita tidak boleh menapis secara berkesan sisa beracun dari darah kita. 
.
Akibatnya
.
Paras cecair & sisa berbahaya boleh berkumpul dalam badan.
.
Kita mungkin memerlukan rawatan dialisis 
.
Atau lebih teruk lagi
.
Pemindahan buah pinggang.
.
Itu pun kalau ada buah pinggang yang orang dermakan.
.
Ditambah lagi dengan kos yang mahal
.
Hmmm
.
Murah lagi jaga kesihatan
.

Jurus rahsia 3: Kerosakan mata & menjadi buta

Seperti penyakit kencing manis
.
Darah tinggi juga akan merosakkan penglihatan pesakitnya. 
.
Pembuluh darah kecil
.
Bersaiz halus yang membekalkan darah ke mata kita. 
.
Boleh rosak dengan tekanan darah tinggi & diabetes
.
Jadi kawal gula & dapatkan bacaan normal kencing manis setiap masa
.
Cuba bayangkan
.
Jalan kecil
.
Macam jalan kampung tu
.
Tapi yang lalu lori kontena & lori angkat tanah. Rosak & pecah pecah tak jalan tu?
.
Mestilah kan!
.
Darah tinggi akan memberikan kesan berikut pada mata kita
.
a. Kerosakan saluran darah mata (retinopati). 
.
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan salur darah yang membekalkan darah ke retina kita
.
Menyebabkan retinopati. 
.
Keadaan ini
.
Boleh menyebabkan pendarahan di mata
.
Penglihatan semakin kabur & kita akan kehilangan penglihatan 100%. 
.
Jika kita juga mempunyai kedua-dua diabetes dan tekanan darah tinggi
.
Kita menghadapi risiko yang lebih besar.
.
Apatah lagi untuk ibu hamil
.
cara merawat tekanan darah tinggi
.
Jadi sebaiknya, cuba amalkan petua hilangkan kencing manis semasa mengandung ini
.
Supaya kita & anak sihat
.
b. Kerosakan saraf (optik neuropati). 
.
Ini adalah keadaan di mana aliran darah ke mata tersekat
.
Dan ini merosakkan saraf mata (optik) 
.
Ia boleh membunuh sel-sel saraf di mata kita
.
Dan boleh menyebabkan pendarahan di dalam mata atau kehilangan penglihatan.
.

Hadis tentang ganjaran untuk orang yang bersabar kerana diuji menjadi buta

Besar ujian
.
Hilang penglihatan tau
.
Sampaikan Nabi kita Muhammad SAW ada di riwayatkan
.
Dari Anas radhiyallahu 'anhu, ia berkata bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda
.
إن الله قال إذا ابتليت عبدى بحبيبتيه فصبر عوضته منهما الجنة

.
"Sesungguhnya Allah berfirman," Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan dua kekasihnya (kedua matanya), kemudian ia bersabar, niscaya Aku menggantikan keduanya (kedua matanya) dengan surga. "
.
(HR Bukhari no 5653).
.
Hadis sahih ni tau
.
Kalau ganjaran besar dari Allah, ujiannya mesti besar
.
Sama macam sambung silaturahim
.
Orang nampak macam senang
.
Susah tau
.
Lagi lagi kalau orang yang kita nak sambung tu sentiasa nak putuskan semua
.
Sebab tu kita adik beradik tolong menolong
.
Insyaallah
.
Lapang rezeki nanti
.

Jurus rahsia 5: Masalah kesuburan lelaki & wanita

Lelaki normal biasanya akan mengalami masalah kesuburan pada umur mencapai umur 50.
.
Tapi
.
Kalau ada masalah tekanan darah tinggi, boleh menyebabkan masalah tidak subur dari usia muda lagi. 
.
Bukan untuk lelaki saja tau
.
Wanita pun sama
.
Ada masalah kesuburan kalau ada darah tinggi
.
Masalah kesuburan lelaki kerana darah tinggi
  1. Tekanan darah tinggi akan merosakkan salur darah di kawasan peranakan lelaki
  2. Dan menyebabkan kurang aliran darah. Ini bermakna kurang darah dapat mengalir ke zakar suami. 
  3. Bagi sesetengah lelaki, aliran darah menurun menyebabkan mati pucuk
  4. Masalahnya ni selalu terjadi, terutama di kalangan lelaki yang tidak merawat tekanan darah tinggi mereka.

Masalah kesuburan wanita kerana darah tinggi
  1. Wanita juga boleh mengalami masalah kesuburan akibat tekanan darah tinggi.
  2. Tekanan darah tinggi dapat mengurangkan aliran darah ke vagina kita. 
  3. Bagi sesetengah wanita, ini membawa kepada penurunan keinginan seksual atau rangsangan, kekeringan faraj, atau kesukaran mencapai orgasme. 
Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan
.
Supaya rumah tangga kita bahagia
.
Insyaallah

Jurus Rahsia 6: Kerosakan otak

Sama seperti jantung kita, otak kita bergantung pada bekalan darah yang berkhasiat untuk berfungsi dengan baik.
.
Tetapi tekanan darah tinggi boleh menyebabkan beberapa masalah
.
Seperti
.
a. Serangan iskemia sementara (TIA). 
.
Juga dikenali sebagai ministroke, serangan ischemic sementara (adalah-KEE-mik) adalah gangguan sementara, sementara bekalan darah ke otak kita. 
.
Ia sering disebabkan oleh darah beku yang timbul daripada tekanan darah tinggi. 
.
Serangan iskemia sementara menjadi amaran awal kita berisiko terkena angin ahmar / Strok
.
b. Strok. 
.
Strok berlaku apabila sebahagian daripada otak kita kurang oksigen & nutrien
.
Menyebabkan sel otak mati. 
.
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan strok dengan merosakkan dan melemahkan saluran darah otak kita
.
Dan menyebabkan ia sempit, pecah atau bocor. 
.
Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan pembekuan darah membentuk dalam arteri yang membawa darah ke otak kita
.
Menghalang aliran darah dan berpotensi menyebabkan strok.
.
Sekarang ni, kita dah tahu macam mana penyakit darah tinggi
.
Membunuh dalam diam
.
Sekarang ni
.
Ada 10 perkara yang kita boleh lakukan 
.
Untuk menghalau pembunuh ini jauh jauh. Syuh syuh
.
Nyah kau dari sini
.
Hehe
.

10 Cara menurunkan tekanan darah tinggi dari rumah!

Ada banyak cara yang kita boleh buat dari rumah
.
untuk mengawal tekanan darah tinggi
.
Antaranya
.
10 cara merawat darah tinggi
.

1. Makan kentang

Kalau kita nak kurangkan tekanan darah
.
Seeloknya makanlah makanan yang kaya dengan kalium / Potasium
.
Buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan potassium sangat bagus dalam menurunkan tekanan darah
.
Paras yang baik untuk menurunkan tekanan ialah makanan yang mengandungi 2,000 hingga 4,000 mg kalium sehari.
.
Dan
.
Kentang memang kaya dengan kalium
.
Kalium tak sama dengan kalsium ya. Selain kentang, buah & sayur berikut juga tinggi kalium ialah
  1. ubi jalar
  2. tomato
  3. oren
  4. pisang
  5. kacang merah
  6. tembikai susu
  7. dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis.
Kalau kita risau tak cukup pengambilan kalium dalam diet harian, terutama semasa hamil. Makan vitalea shaklee semasa mengandung
.
Bukan saja kalium
.
Semua zat dan mineral yang diperlukan badan ada didalam vitalea
.
Banyakkan ambil makanan berkhasiat ya
.

2. Kurangkan garam dalam makanan
.
Ada orang lebih senang kena penyakit darah tinggi
.
Betul ke?
.
Betul
.
Terutama untuk yang mempunyai sejarah keluarga tekanan darah tinggi
.
Mereka ni lebih cenderung daripada orang lain menghidap tekanan darah tinggi. 
.
Terlalu sangat sensitif terhadap garam.
.
Makan garam sikit je darah naik
.
Mula lah pening pening
.
Macam orang mabuk mengandung pulak
.
Jadi, cuba selidik & tanya ahli keluarga terdekat.
.
Mak ayah & atuk nenek. Sama ada mereka ni ada masalah ini atau tak. Kalau ada berjantung jantunglah
.
Sebab itu, sebaiknya kita menurunkan pengambilan garam.
.
Ambil kira kira 1,500 mg setiap hari untuk kawal tekanan darah supaya sihat.
.
1 sudu garam mengandungi kira-kira 2,400 mg natrium.
.
Jadi dalam sehari
.
Seeloknya tak lebih daripada 1/2 sudu garam dalam makanan
.
Dan jangan lah makan makanan ringan macam Dabel deker, Tuis tis dan seangkatan dengannya
.
Asam asam yang guna buah awet
.
Semua tu banyak garam
.
Kita makan dalam keadaan tak sedar
.
Betul tak
.
Itu yang Maznee kata
.
Kita bela pembunuh upahan diam diam
.
3. Banyakkan berjalan dengan pantas & senaman ringan
.
Pesakit darah tinggi yang pergi berjalan dengan laju dapat menurunkan tekanan antara 6 mmHg ~ 8 mmHg. 
.
senaman untuk darah tinggi
.
Senaman akan membantu jantung mengepam oksigen dengan lebih cekap
.
Usaha untuk buat senaman kardio
.
Yang bagus untuk jantung
.
Sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dalam seminggu untuk menurunkan tekanan darah. 
.
Bawalah kawan untuk berbual bual sambil berjalan
.
Tak terasa sangat
.
Best lagi
.
Senaman yang betul bukan saja menjadikan kita lebih sihat, malah menjadikan kita lebih cantik. Tak percaya. Lihat senaman untuk wanita ini
.
4.  Makan coklat gelap
.
Siapa lah tak suka makan coklat
.
Tapi kan
.
Tak semua coklat ni bagus
.
Ada coklat putih, coklat susu & coklat gelap
.
Coklat putih & coklat susu ni kan. Nama je coklat, padahal kandungan coklatnya maksimum 10% saja
.
Apa!
.
Betul ke?
.
Betul. Tak tipu punya. 
.
Harga mahal mahal tapi dalam ni banyak gula dan benda lain
.
Kalau nak makan coklat sebenar, makan coklat gelap
.
Maznee selalu cek isi kandungan coklat
.
Sebelum beli
.
Kalau kandungan cocoa butter & cocoa lebih dari 70%
.
Barulah coklat gelap ni sihat di makan
.
Coklat gelap mengandungi flavanol
.
Flavanol tu apa?
.
Bahan ini yang menjadikan pembuluh darah lebih elastik
.
Dan membantu menurunkan tekanan darah. 
.
Dalam satu kajian, 18% pesakit yang memakannya setiap hari mengalami penurunan tekanan darah. 
.
Tapi ingat ya
.
Makan ikut keperluan
.
Dalam 3 kotak kecil coklat tu
.
Jangan sekali makan sampai satu bar. Hmmm
.
Tak dapek den menolong
.
Fengsan!
.
Kalau susah sangat, buat je coklat sendiri. Maznee pernah kongsi resepi coklat gelap
.
Ramai juga Like dan share. Lebih 2000 ada
.
6. Ambil makanan tambahan
.
Ada makanan tambahan yang baik untuk kesihatan jantung
.
Contohnya suplemen yang kaya dengan omega 3 baik untuk jantung. Maznee sendiri amalkan omegaguard shaklee
.
Ada je dalam peti ais
.
Di rumah
.
Kalau kita sedang mengandung, makan set mengandung shaklee
.
Dan yang paling terkenal sekarang ni, suplemen resveratrol untuk kesihatan jantung. Seperti vivix shaklee untuk darah tinggi
.
Yang penting, kita makan ikut sukatan
.
Dan dapatkan pkitangan doktor
.
7. Makan anggur merah
.
Anggur merah kaya dengan polifenol di panggil resveratrol
.
Sebatian ini memang bagus untuk kesihatan badan
.
Ada banyak kajian yang menunjukkan
.
Kesan positif
.
Dengan pengambilan resveratrol setiap hari
.
Tapi, kandungan resveratrol tidak sama banyak untuk spesis anggur yang ada di pasaran
.
Ikut kajian anggur muscadine ada paling tinggi resveratrol
.
Tapi tak apa
.
Shaklee dah ekstrak pati resveratrol dari anggur. Dan di gabungkan bersama ramuan botanikal lain
.
Dan hasilnya, kesan poten resveratrol ramuan ini 10 X lebih kuat dari resveratrol biasa. Ramuan ini di panggil vivix shaklee
.
Haa
.
Cuba tanya Maznee mana nak dapat vivix. Whastap +019-2653791
.
8. Kurangkan minuman berkafein
.
Kafein kafein
.
Maznee nak buat pop kuiz
.
Minuman apa ada kafein, pilih ya
  1. Kopi
  2. Teh
  3. Nescafe
  4. Milo
  5. Koka kola
Mana satu ya?
.
Maznee rasa hampir semua orang setuju, kopi berkafein
.
Syabas. Kita betul. Sekarang jom pergi dapur
.
Belanja diri sendiri minum
.
Tapi kan
.
Sebenarnya semua minuman diatas ada kafein. Teh berkafein + tannin lagi
.
Mengganggu penyerapan zat besi
.
Para saintis telah lama membahaskan kesan kafein pada tekanan darah.
.
Ada kajian yang kata tiada kesan
.
Tapi ada pula kajian dari Pusat Perubatan Universiti Duke mendapati pengambilan kafein sebanyak tiga cawan kopi
.
Meningkatkan tekanan darah sebanyak 4 mmHg
.
Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dengan mengetatkan saluran darah
.
Dan 

.
Kalau kita ni tengah banyak kerja. Memburukkan tekanan yang sedia ada
.
Lebih baik tukr minuman lain
.
Minum susu ke.
.
Jus buah ke
.
Macam air limau panas. Badan kita makin slim
.
Dan sihat lagi
.
9. Ambil makanan berasaskan soya
.
Soya ni banyak kelebihannya
.
Betul
.
Orang zaman dulu dah lama tahu
.
Orang jepun buat kacang nanto yang melekit dari soya
.
Orang jawa pula perap soya dan jadi kan satu makanan yang sedap. Tempe
.
Siapa lah tak suka tempe. Orang jepun pun dah makan tempe
.
Orang cina pun dah suka tempe
.
Sedap
.
Dan dari 1 kajian dari Journal of the American Heart Association
.
Berkongsi penemuan tentang kebaikan soya pada kesihatan jantung
.
Kajian tersebut mengatakan dengan menggantikan sebahagian makanan karbohidrat yang telah di proses dalam diet kita
.
Ganti dengan makanan yang kaya dengan protein soya & juga protein susu
.
Ia boleh menurunkan tekanan darah sistolik 
.
Terutama sekali jika kitamempunyai tekanan darah tinggi.
.
Tapi
.
Makan ikut keperluan sajalah ya
.
Semua yang baik, kekal baik dengan bersederhana
.
10. Jangan kerja kuat sangat
.
1 kajian dari University of California menunjukkan
.
Jika kita bekerja lebih daripada 41 jam seminggu di pejabat
.
Akan meningkatkan risiko darah tinggi / hipertensi sebanyak 15%
.
Nak kerja kuat boleh
.
Tapi jangan sampai memudaratkan.
.
Dan ada beza tau antara kerja sibuk & kerja yang produktif
.
Orang yang sibuk belum tentu produktif
.
Andai kata kita mati hari ini
.
Esok dah ada orang lain ganti tempat kita di pejabat
.
Betulkan?
.
Tapi siapa nak ganti tempat kita di dalam keluarga?
.
Hmmm
.
Tamat sudah perkongsian Maznee kali ini
.
Seperti biasa, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum cuba aktiviti diatas
.
Kita ni tak sama
.
Ada yang sihat, ada pula yang terlebih sihat
.
Dan
.
Jika puan memerlukan bantuan & pertanyaan tentang suplemen untuk membantu hidup yang lebih sihat seperti vivix shaklee untuk darah tinggi
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya.
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:

.
 Whatsupp / SMS: 

019-2653791 
Maznee Azmi
Pengedar Shaklee bertanggung jawab & di percayai
ID Shaklee: 963860


Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

26 Responses to "Tekanan Darah Tinggi? 10 Cara elak stroke tanpa ubat!"

  1. bagus tips ni Maznee, biasalah lepas raya ramai yang masuk hospital sebab darah tinggi kan

    Tempat mama ni pun ada berapa orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sana sini orang kongsi resepi sup gear box

      akalau tengok fb ada saja masuk hospital

      Hmm

      Sama samalah kita makan dengan sihat

      Padam
  2. bagus juga makan tempe kan maznee

    Tapi penyediaanya juga penting kan

    tempe goreng banyak minyak

    Kalau kita dapat kawal minyak yang di gunakan insyaallah lagi sihat

    Baru boleh kawal darah tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu baru salah satu dari 10 tips untuk menurunkan tekanan darah tinggi kan ibu zaid

      ada 9 lagi teknik untuk kawal darah tinggi

      Selamat mencuba

      terima kasih singgah

      Padam
  3. paling bahaya kalau ada strok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kena strok memang besar ujiannya

      Terutama untuk keluarga yang menjaga

      Sama sama kita jaga kesihatan

      Padam
  4. Perkongsian yg bagus.kita memang kena kawal tekanan darah tinggi. Kalau xjaga boleh maut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mimi

      Darah tinggi ni pembunuh senyap

      Lebih baik kita berjaga jaga

      Padam
  5. Good info ni Mazni.
    Seksa rupa2nya pengidap darah tinggi ni ye, mcm2 nak kena pantang. Moga kita semua sihat walafiat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seksa mis mirror

      sebab kita ada pembunuh senyap yang sentiasa ekori kita dalam diam

      Menakutkan kan

      Padam
  6. maznee !! terima kasih untuk tips nya.. hee~ risau jugak sebab haritu BP encik suami TER-tinggi plak.. em.. risau.. ni setiap hari kena pantau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah bahaya tu

      agaknya en suami banyak kerja sampai kena tekanan darah tinggi

      jaga jaga kesihatan ya

      insyaallah kalau jaga makan secara sihat

      senang nak kawal

      Padam
  7. Thank you sharing Maznee. Tak sangka sampai boleh merosakkan saraf mata.btw serangan iskimea tu mcm mana ye? apa jadi?


    Yang coklat gelap tu adeshai pahit kowt. tak larat nak makan. tapi anggur tu mmg fave! yang kentang tu boleh tak fun fries jer? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat dtang sis Nadhie

      Kentang goreng tu banyak minyak

      lebih baik makan kentang yang di masak cara lain

      orang puith suka panggang kentang dalam oven

      kurang minyak kan

      Padam
  8. Balasan
    1. Sama sama azie. Semoga bermanfaat untuk kawal darah tinggi

      Insyaallah tak ada

      Padam
  9. mkn semua tu boleh tapi beringat2lah betul tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali el.

      Terima kasih singgah

      Padam
  10. Assalamualaikum mazni, kak ana pernah juga mengalami tekanan darah tinggi ni tapi Alhamdulillah tak lah sampai ke tahap serius lagi setakad ini, terima kasih berkongsi tips ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak ana pernah ada darah tinggi ya

      Macam stress je kerja kak ana tu kan

      Semoga berguna tips turunkan bacaan darah tinggi ni ya kak ana

      Padam
  11. Mak aju kene strok baru ni, memang disebabkan dari tekanan darah tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maznee doakan mak aju cepat sihat

      Kena kawal makan

      Terutama kalau pergi kenduri kahwin

      Semuanya berminyak bergaram dan berlemak

      Tekanan darah tinggi lah jawabnya

      Padam
  12. tq for info.....pembunuh senyap yg hampir ku alami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan pernah hampir kena darah tinggi ya

      Selamat jaga kesihatan ya tuan

      Boleh cuba amalkan tips tips diatas

      Padam
  13. tq for info.....pembunuh senyap yg hampir ku alami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pernah kena, mesti lebih berjaga jaga

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. 😉 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim 🌄