Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Buah pinggang bengkak? Ini tanda awal & Punca ia berlaku!

Buah pinggang bengkak? Cerita ini terdiri dari 10 bahagian. Klik pilihan sekarang untuk terus MELOMPAT ke bahagian tersebut

.
Buah pinggang bengkak

  1. Apa itu buah pinggang bengkak?
  2. Bahaya atau selamat?
  3. Tanda tanda awal
  4. Bagaimana doktor periksa?
  5. Sebab / Punca
  6. Jenis bengkak
  7. Siapa berisiko?
  8. Rawatan / Cara mengatasi
  9. 7 Makanan terbaik untuk buah pinggang sihat
  10. 1 Sudu teh makanan ini mengandungi semua kebaikan 7 makanan diatas!

Buah pinggang bengkak? Ini punca & Tanda tandanya! Rawat sebelum rosak

Sub 1: 

Apa itu buah pinggang bengkak?

Buah pinggang kita sangat penting untuk dijaga
.
apa itu buah pinggang bengkak

Sebab
.
Walaupun kita ada 2
.
Di kiri & di kanan tapi kalau rosak tiada gantinya
.
Penting untuk kita jaga kerana buah pinggang memelihara komposisi & kualiti darah yang sihat
.
Ini akan bolehkan badan berfungsi dengan baik
.
Selain itu, buah pinggang juga
  1. Mengelakkan pembuangan sisa & cecair berlebihan di dalam badan
  2. mengekalkan kestabilan tahap elektrolit seperti natrium, kalium, & fosfat
  3. Menghasilkan hormon yang membantu 
    • mengawal tekanan darah 
    • membuat sel darah merah
    • tulang tetap kuat
Cuba lihat video pendek di bawah untuk lebih faham. 
.

.
Apa jadi kalau fungsinya terganggu?
.
Salah 1 masalah yang boleh berlaku ialah bengkak buah pinggang
.
Saiz buah pinggang lebih besar dari biasa
.
Dan semestinya ia tidak baik
.
Melalui pembacaan
.
Keadaan buah pinggang bengkak di panggil Hydronephrosis
  • Hydronephrosis adalah pembengkakan buah pinggang akibat pembentukan air kencing. 
  • Berlaku kalau air kencing tak dapat keluar dari buah pinggang ke pundi kencing  
  • Disebabkan tersumbat atau ada halangan. 
Keadaan ini boleh berlaku pada 1 atau 2 buah pinggang kita.
.
Penyakit ini terjadi disebabkan oleh punca lain
.
Contohnya ada batu karang
.
Dan lain lain sebab
.
Orang yang ada kencing manis & darah tinggi pun berisiko mengalami kerosakan buah pinggang
.
Nak tahu lebih lanjut kena tanya doktor
.
Atau doktor pakar buah pinggang. 
.

Bahaya ke bengkak buah pinggang ni?

Dalam keadaan normal
.
bahaya ke buah pinggang bengkak

.
Air kencing akan mengalir keluar dari buah pinggang
.
Melalui saluran kencing dengan tekanan minimum. Tekanan ini boleh meningkat jika terdapat halangan dalam saluran kencing. 
.
Andai kata halangan in membuat saluran tersumbat
.
Tekanan bertambah & jika dibiarkan
.
Saiz buah pinggang menjadi besar.
.
Sama macam belon
.
Kalau mengembang semakin besar & tidak dirawat terlalu lama, tekanan ini boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak & tidak berfungsi.
.
Selama lamanya
.
Bahaya tu
.

Apakah tanda tanda buah pinggang bengkak di sebabkan hydronephrosis?

Bengkak buah pinggang boleh dirawat dari awal. Ini symptom awal yang mudah dikesan!
Semua yang berlaku
.
Mesti ada tanda
tanda tanda buah pinggang bengkak
Cuba cari
.
Ya
.
Ada tanda awal yang boleh kita perasan
.
Gejala-gejala ringan hidronephrosis
Tanda tanda buah pinggang bengkak ini ramai yang tak perasan. Sehinggalah mejadi serius!
  • kencing lebih kerap
  • Rasa kerap nak buang air kencing.
  • sakit di abdomen atau pinggang
  • mual & loya
  • muntah
  • sakit ketika buang air kecil
  • demam
Kalau kita ada tanda awal ni
.
Belum tentu lagi memang kita ada masalah hidronephrosis
.
Jumpa doktor segera
.
Kita lebih mudah untuk menghidap jangkitan salur kencing
.
disebabkan masalah ini
.
Disebabkan gangguan aliran air kencing (UTI - urinary track infection) 
.
Beberapa tanda UTI ialah:
  • air kencing keruh
  • kencing terasa sakit
  • rasa pedih semasa kencing
  • aliran air kencing yang perlahan
  • sakit belakang
  • kesakitan pundi kencing
  • demam
  • menggigil
UTI yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti
  1. Pyelonephritis, atau jangkitan buah pinggang
  2. Sepsis, yang merupakan jangkitan dalam aliran darah atau keracunan darah.
Kedua dua ini juga akan buatkan buah pinggang kita bengkak.
.
Jadi
.
Jangan tunggu lama lama
.
Jumpa doktor segera
.

Bagaimana doktor mengesan mengesahkan keadaan buah pinggang bengkak disebabkan hydronephrosis?

Dapat pemeriksaan awal doktor penting tau
.
bagaimana doktor periksa buah pinggang bengkak
.
Sebab ini boleh selamatkan ginjal
.
Elak rosak kekal
.
Penapis air kowei & Kuku pun mahal kot
.
Itu buatan manusia. Buah pinggang kita mana ada ganti
.
Kongsi dengan doktor simptom yang ada
.
Doktor akan
  1. Mendapatkan penilaian status kesihatan keseluruhan kita
  2. Mengenal pasti gejala kencing yang mungkin ada. 
  3. Doktor mungkin merasa kawasan pinggang & abdomen
  4. Doktor mungkin mahu melakukan pemeriksaan ultrasound atau CT scan untuk melihat dengan lebih dekat sejauh mana bengkak tersebut dan mungkin mengesan kawasan penyumbatan.
Itu antara perkara yang akan dibuat doktor
.

Apa punca Hydronephrosis?

Punca buah pinggang bengkak ini ramai yang buat tanpa sedar! Berhenti segera sebelum parah.
Antara sebab hidronephrosis boleh datang dari dalam & luar
.
Gangguan ini memberi kesan kepada buah pinggang & sistem pengumpulan kencing.
  1. Salah satu penyebab utama hidronephrosis adalah uropati obstruktif unilateral yang akut. Ini adalah perkembangan mendadak dari satu halangan di salah satu ureter anda, yang merupakan tiub yang menghubungkan buah pinggang anda ke pundi kencing anda. 
  2. Penyebab yang paling biasa bagi penyumbatan ini adalah 
    • batu karang
    • gumpalan darah juga boleh menyebabkan uropati terhalang tunggal unilateral. 
    • Ureter tersekat boleh menyebabkan air kencing kembali ke dalam buah pinggang, yang menyebabkan bengkak. 
  3. Selain sebab sebab diatas yang menyebabkan hydronephrosis, ada beberapa lagi kemungkinan
    • Pembesaran kelenjar prostat pada lelaki, 
    • Kehamilan, yang menyebabkan mampatan disebabkan oleh saiz bayi yang semakin besar & menekan saluran kencing
    • Dari kecederaan atau kecacatan kelahiran
Ok
.
Ada ke penyakit lain yang menyebabkan buah pinggang bengkak?
.
Ada
.
Di bawah ni Maznee sertakan beberapa lagi
Sebab buah pinggang bengkak memang banyak! Ini 3 yang paling kerap.
.

Jenis jenis bengkak  buah pinggang ?

Kalau tadi puncanya sebab air kencing terhalang keluar
.
Kali ini lain pula sebabnya
.
Nefritis adalah keradangan / inflamasi buah pinggang.

Kedua-dua punca nefritis yang paling biasa berlaku adalah 
  1. Jangkitan atau 
  2. Proses auto-imun.

Nefritis bawa kesan negatif pada buah pinggang kita tau. Ia akan
  • Merosakkan 
  • Menutup penapis mikroskopik di buah pinggang.

Apa jadi bila fungsi buah pinggang terjejas?
.
Kesannya pelbagai hasil sisa toksik dari badan & protein tidak dapat ditapis dengan baik
.
Dan hadirnya protein dalam air kencing. Itu yang jadi air kencing berbuih.
.
Bau pun kuat sebab protein ada dalam tu.
.
Hasil pembacaan Maznee
.
Ada 3 jenis
.
Iaitu

1. Nefritis Interstisial

  • Apakah ia?
    • Inflamasi yang berlaku di ruang antara tubula buah pinggang menyebabkan pembengkakan buah pinggang.
  • Sebab / punca
    • Tindakbalas alahan badan terhadap ubat / antibiotik. 
    • Badan kita berindak balas terhadap ubat yang diberikan doktor sebagai 1 ancaman & menyebabkan keradangan
    • Kandungan kalium yang tidak mencukupi dalam badan
    • Penting untuk ambil diet yang seimbang
    • Pengambilan sesetengah jenis ubat dalam masa yang lama

2. Pyelonephritis

  • Apakah ia?
    • Inflamasi pada buah pinggang berpunca dari jangkitan bakteria. 
    • Kemungkinan disebabkan oleh kencing kotor / jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Sebab Pyelonephritis
    • Jangkitan bakteria E coli pada saluran kencing yang dibiarkan berpanjangan sehingga melarat ke buah pinggang
    • Kehadiran batu karang dalam saluran kencing
    • Pernah menjalankan pembedahan di sepanjang saluran kencing (UT- Unrinary track)

3. Glomerulonephritis

  • Apakah ia?
    • Inflamasi di kawasan glomeruli buah pinggang
    • Kawasan yang kaya dengan kapilari halus untuk menapis sisa berbahaya dari darah
  • Sebab glomerulonephritis
    • Masalah dalam sistem pertahanan badan
    • Pernah mengalami barah
.
Selesai sudah 3 jenis penyakit
.
Sekarang ni
.

Siapa yang berisiko untuk nefritis akut (Bengkak buah pinggang)?

Ada sesetengah orang ni
.
Ramai ahli keluarga ada masalah buah pinggang
.
siapa berisiko buah pinggang bengkak

.
Apa yang menyebabkan mereka ni berisiko tinggi? Menurut rujukan ini, mereka yang berisiko adalah
  1. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap jangkitan & penyakit buah pinggang
  2. mempunyai penyakit sistem daya tahan badan, contohnya lupus
  3. Pengambilan ubat ubatan antibiotik atau ubat sakit yang berpanjangan
  4. Pembedahan saluran kencing baru baru ni
.

Bagaimana cara merawat masalah buah pinggang bengkak?

Rawatan penyakit ini bergantung kepada punca masalah. 
.
Contohnya
.
Jika ubat yang diambil menyebabkan masalah ini, doktor perlu tukar ubat lain.
.

1. Ubat-ubatan

Doktor mungkin akan mencadangkan antibiotik untuk merawat jangkitan buah pinggang.

Sama ada sdalam bentuk pil ataupun intravena (IV) di hospital yang memberikan kesan lebih cepat. 
.

2. Makanan tambahan

Pengambilan suplemen atas preskripsi doktor yang mengandungi mineral & elektrolit.
.
Contohnya seperti kalium, natrium, dan magnesium.
.
Tak boleh pandai pandai sendiri ya
.
Doktor lebih tahu
.

3. Dialisis

Pesakit mungkin terpaksa bergantung pada mesin dialisis
.
Sementara buah pinggang kita belum pulih
.
Tapi
.
Kalau buah pinggang kita mengalami kerosakan teruk
.
Mungkin baki hayat kita terpaksa bergantung pada mesin ini
.
Minta jauh kan
.

4. Amalkan makanan yang kurang natrium

Ini tips yang boleh di lakukan
  • Ambil daging & sayur-sayuran segar
  • Jangan ambil minuman keras. 
  • Elakkan makanan yang diawet yang mempunyai natrium (garam) yang tinggi.
  • Masak sendiri di rumah untuk elakkan makanan dibeli terlebih masin
Cakap pasal makanan kan
.
Di bawah ini
.
Maznee senaraikan makanan yang sihat untuk pesakit buah pinggang
.

15 Makanan yang baik untuk buat pinggang?

Pesakit buah pinggang masih boleh makan
.
Yang sedap sedap
.
Contohnya
.
Ada di bawah ini
.

1. Buah Epal

buah epal untuk buah pinggang
.
Buah yang sedap & selamat
.
1 epal bersaiz sederhana dengan kulit mengandungi 0 natrium, 158 mg kalium, 10 mg fosforus
  • Epal bagus untuk rendahkan kolesterol, cegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung & mengurangkan risiko kanser
  • Kaya serat & bahan anti radang
  • Khasiat epal paling banyak didapati dibawah kulit. Cuma pastikan kulitnya dah dibasuh bersih

2. Cili benggala merah

cili benggala untuk pesakit buah pinggang
Cil benggala ada 3 warna
.
Macam lampu isyarat
.
Kuning, hijau & merah
.
Dan
.
Warna merah paling tinggi khasiatnya
.
Sebab itu harganya lebih mahal
.
Berbanding warna hijau
.
1/2 cawan cili benggala merah mengandungi= 1 mg natrium, kalium 88 mg, 10 mg fosforus
  • Cili benggala merah rendah kalium
  • Sumber vitamin C, vitamin A, vitamin B6, asid folik & serat.  Bagus juga untuk darah tinggi & kencing manis
  • Benggala merah mengandungi lycopene, antioksidan elakkan kanser tertentu.
.

3. Bawang putih


bawang putih untuk buah pinggang
Orang cina cuka makan bawang putih. Orang bersalin pun elok makan bawang putih
.
Nasi goreng cina pun pakai
.
Bawang putih saja
.
1 ulas bawang putih mengandungi 1 mg natrium, 12 mg kalium, 4 mg fosforus

  • Bawang putih membantu mencegah pembentukan plak pada gigi kita
  • Turunkan kolesterol & keradangan.

4. Bawang

bawang untuk buah pinggang

Sayur yang buat orang menangis ini
.
Sebenarnya boleh berikan senyuman menguntum di bibir
.
Kerana khasiatnya 
.
1/2 cawan bawang mengandungi 3 mg natrium, 116 mg kalium, 3 mg fosforus
  • Bawang kaya dengan flavonoid seperti yang terdapat terutama quercetin, antioksidan kuat yang berfungsi mengurangkan penyakit jantung & melindungi terhadap banyak kanser. 
  • Bawang rendah kalium & sumber kromium yang baik, mineral yang membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Banyak petua mengawal kencing manis berkongsi kebaikan kromium untuk kawal tahap gula

5. Strawberi

strawberry untuk buah pinggang

1/2 cawan (5 medium) strawberi segar = 1 mg natrium, kalium 120 mg, 13 mg fosforus
  • Kaya 2 jenis fenol: antosianin & ellagitannins. 
  • Anthocyanin memberikan warna merah strawberi & antioksidan kuat yang membantu melindungi struktur sel badan dan mencegah kerosakan oksidatif yang dialami pesakit kencing manis
  • Sumber vitamin C & mangan
  • Kaya serat
  • Memberikan perlindungan jantung, serta komponen anti-kanser & anti-radang.
  • Strawberi bagus dimakan ibu mengandung untuk mencegah alahan mengandung

6. Ceri

ceri untuk buah pinggang
1/2 cawan yang menyajikan ceri manis segar = 0 mg natrium, kalium 160 mg, 15 mg fosforus
  • Ceri telah ditunjukkan untuk mengurangkan keradangan apabila dimakan setiap hari. 
  • Ceri penuh dengan antioksidan dan fitokimia yang melindungi jantung. Baik untuk mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, kanser & darah tinggi

7. Kubis

Kubis untuk pesakit buah pinggang
1/2 cawan kubis hijau mengandungi = 6 mg natrium, kalium 60 mg, 9 mg fosforus
  • Kubis kaya fitokimia, sebatian kimia dalam sayur-sayuran yang memecahkan radikal bebas sebelum ia melakukan kerosakan dalam badan. 
  • Fitokimia dikenali dengan khasiat melindungi & melawan kanser, & bagus untuk kesihatan kardiovaskular.
  • Kaya vitamin K, vitamin C dan serat
  • Sumber vitamin B6 & asid folik yang baik. 
.

1 Sudu teh makanan ini mengandungi Semua kebaikan 7 Makanan diatas

Bila kita tak sihat. Mana lalu nak makan kan?
.
Walau sedap mana pun makanan tu
.
Jadi
.
Macam mana nak dapat khasiat?
.
Kita sebagai isteri, ayah, anak. Kalau nampak ahli keluarga kita sakit
.
Takkan tak nak buat apa apa kan?
.
Macam mana nak bagi mereka dapat khasiat makanan ni
.
Dah masak mereka tak ada selera
.
Jadi Maznee cadangkan kita beri 1 sudu teh makanan ini
.
Makanan apa tu?
.
Vivix Shaklee
.
Vivix ni kaya dengan khasiat & sebatian bernama resveratrol yang di percayai baik untuk kesihatan ginjal kita
.
Ada banyak kajian saintis kelas dunia
.
vivix shaklee untuk buah pinggang sihat

Melalui kajian yang telah di lakukan oleh saintis di seluruh dunia
.
Yang tidak mempunyai apa apa kepentingan pada hasil kajian
.
Tak ada "conflict of interest"
.

Selamat ke makan suplemen untuk pesakit buah pinggang?

Tak semua suplemen selamat
.
Kena pastikan ada KKM
.
Lepas tu
.
Siapa yang hasilkan suplemen tu?
.
Kalau saintis yang buat ada kemudahan makmal kelas dunia. Di negara maju seperti Jepun & Amerika pula tu
.
Bahan mentah pun kita tahu
.
Ada kajian bertulis & jurnal daripada universiti yang dipercayai
.
Memang yakin
.
Dan Vivix Shaklee memang menepati syarat tu
.
Kajian tentang resveratrol ni dah lama tau. Lebih 20 tahun. Nak tahu lebih lanjut boleh baca & klik gambar di bawah ni
.
Vivx Shaklee harga 2017
Rujukan lengkap tentang vivix shaklee & buah pinggang
.
Dan pastikan kita dapat pandangan doktor walaupun makan suplemen.
.
Jika puan memerlukan bantuan & pertanyaan tentang vivix shaklee untuk buah pinggang
.
Jangan segan segan untuk Whatsap Maznee di 019 265 3791
.
Insyaallah semua soalan akan di jawab sebaiknya.
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:
.
 Whatsupp / SMS: 
019-2653791 
Maznee Azmi
Pengedar Shaklee bertanggung jawab & di percayai
ID Shaklee: 963860
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

24 Responses to "Buah pinggang bengkak? Ini tanda awal & Punca ia berlaku!"

  1. saya pernah kena bengkak.. saya ada batu karang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang azab kena sakit batu karang

      Ayah saya baru kena tahun 2016

      Nak ke tandas susah

      Memang seksa

      Nak elak kena batu karang ni boleh makan makanan yang sesuai untuk elak batu karang

      Kesihatan kena jaga

      Padam
  2. jagalah buah pinggang kerana kita sudah diamanah menjaga organ sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan hanafi kerana singgah ke blog Maznee

      Walaupun buah pinggang kita ada 2

      Kena jaga kan tuan

      Nak tunggu organ untuk pembedahan panjang que nya

      Padam
  3. bawang putih memang baik untuk kesihatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawang putih banyak khasiat untuk kesihatan

      Dan juga untuk buah pinggang

      Kalau masak jangan tinggal masukkan dalam masakan

      Padam
  4. Inilah antara part dalam tubuh yang penting dalam sistem badan, syukurla mudah untuk dapat makanan yang baik untuk diamalkan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah ke mari sis aju mohit

      Makanan yang berkhasiat dan menyihatkan pun sedap di makan

      Lebih baik makan ini daripada ambil junk food

      Padam
  5. pemakanan mmg mempengaruhi sistem buah pinggang kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang di makan dan masuk ke dalam perut menentukan kualiti taraf hidup kita di kemudian hari

      Padam
  6. Salam!

    Penting untuk kita menjaga buah pinggang ni supaya ia sentiasa dalam keadaan yang elok. Kalau dah rosak, aduhai... bukan senang!

    Tapi biasalah, bila tak sakit adakalanya kita terleka juga. Bila dah sakit, mulalah mengenang nasib malang...

    By the way, permintaan yang dihantar tu saya dah 'luluskan'. Sekadar nak bertukar list, apa salahnya ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mummy dearie.

      Sebab itu elok untuk kita jaga kesihatan buah pinggang kan

      Kalau adh bengkak dan rosak

      Pergi tandas ada kencing berbuih

      Dah ada tanda tanda awal tu

      Padam
  7. perkongsian yang baik...terima kasih juga kongsikan mengenai makanan yang banyak khasiat seperti diatas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama tuan Arzmoha blogger utara

      Banyak makan kat di kedai kan tuan

      Elok makan makanan diatas untuk bantu buah pinggang sihat

      Padam
  8. kalau dah rosak buah pinggang memang payah nak harungi hidup. nak kena dialisis 3 kali seminggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 Kali seminggu lepas tu balik cuci badan terasa lemah sangat kan

      Arwah pak cik dulu macam tu lah keadaannya

      Semoga kita kekal sihat insyaallah

      Padam
  9. Takut je baca. Makan ubat antibiotik pun boleh memuncakan kepada masalah buah pinggang ni. moga dijauhkanlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu nak makan ubat kena ada panduan doktor

      Tak semua orang sesuai makan ubat yang sama

      Doktor lebih tau

      Padam
  10. Macam-macam boleh jadi punca ye.. Kena lebih berhati-hati sekarang nie.. Nice info mazni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak puncanya

      Kenalah hati hati

      Padam
  11. salam perkenalan new follower here

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana singgah sis permata biru

      Semoga berkekalan ukhuwah ya

      Padam
  12. Terima kasih di atas perkongsian..saya sedang mengalami masalah ini skrg..dr kedua-dua belah..skrg tinggal belah kiri je ada masalah nie..doktor masih cari punca kenapa.& diorg suggest buat CTu..doakan sya pulih mcm biasa.azab tahan bila sakit nie dtg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin

      Semoga Allah sembuhkan puan dan berikan kesihatan

      Memang besar nikmat sihat

      Padam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„