Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Makanan dilarang semasa hamil? Ibu mengandung elak 24 Lauk ini!

Ada 24 Makanan yang tidak baik untuk kita makan semasa mengandung! Klik untuk terus ke bahagian tersebut (BONUS: Shortcut untuk ibu hamil cukupkan khasiat!)

makanan dilarang ibu hamil
  1. Keju lembut
  2. Daging mentah atau separuh masak
  3. Makanan mentah atau tidak cukup masak
  4. Berhati-hati dengan jus buah-buahan
  5. Sushi
  6. Adunan tepung mentah
  7. Sos Salad
  8. Tiramisu
  9. Ikan Lautan Dalam Bermerkuri Tinggi
  10. Daging Proses
  11. Kacang / Bean
  12. Buah & Sayur Yang Kurang Bersih 
  13. Taugeh / Bean Sprout
  14. Smoked Seafood dan Fish
  15. Semua Keluarga Kerang Mentah
  16. Ikan Yang Di Pancing Sendiri
  17. Lauk Pauk Jamuan
  18. Susu yang tidak dipasteur
  19. Minuman dan makanan yang berkafein
  20. Alkohol, Minuman Berkarbonat dan Makanan Ringan
  21. Makanan Yang Di Bungkus
  22. Rokok
  23. Makanan yang dipanas berulangkali
  24. Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini

1. Keju lembut

Keju memang di gemari rakyat Malaysia. Jika makan burger lebih keju.

keju lembut dan ibu mengandung
.
Makan pizza tambah keju. Makan kek pun kek keju. Keju adalah salah satu makanan yang baik untuk kesuburan kerana khasiatnya.
.
Keju juga elok dimakan sebagai sumber protein untuk program kurus seperti diet atkins
.
Tapi, semasa hamil perlu lebih berhati hati sebelum makan keju kerana ada keju yang dibuat dari susu yang tidak di pasteur.
.
Bermakna kemungkinan keju tersebut di cemari bakteria adalah tinggi. 
.
kek keju leleh ibu hamil
.
Keju lembut yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria berbahaya.
.
Antara contoh bakteria yang boleh memberikan kesan negatif ialah kepada ibu dan bayi yang dikandung. 
.
Bakteria jenis Listeria mempunyai kemampuan seperti alkohol yang mampu menyeberangi tapisan uri.
.
Bakteria ini kemudian menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.
.
Daya tahan bayi tidak sekuat kita orang dewasa.
.
Apa lagi janin di dalam kandungan yang sangat kecil dan lemah.
.
Orang dewasa pun boleh masuk wad hospital kerana keracunan makanan.
.
Disini kami berikan contoh jenis jenis keju yang tidak elok dimakan semasa hamil.
  1. Brie
  2. Camembert
  3. Feta
  4. Blue cheese
  5. Ueso blanco
  6. Queso fresco
  7. Panela (Kecuali dengan label"Telah Dipasteur").
Jika nak makan keju,pastikan yang telah dipasteur.
.
Susah kita nak pastikan sebenarnya. Kecuali kita masak sendiri di rumah. 
.
Sebenarnya keju ini bagus untuk ibu hamil, sebab sumber protein yang bagus. 
.
Cuma sebab jumlah kalori yang banyak bakal membuatkan pertambahan berat badan anda naik secara mendadak semasa mengandung.
.
Bagi memastikan anda memperolehi protein yang cukup semasa hamil, saya cadangkan anda ambil ESP shaklee.
ESP shaklee lambat dihadam. Kenyang lama seperti makan oat (Kecuali ESP kaya protein).
.
Bila usia kandungan sudah masuk trimester ketiga. Mana larat nak makan banyak. Cepat mengahkan?
.
Alternatif yang baik. Boleh SMS 019 265 3791 untuk pertanyaan
.

2. Daging mentah atau separuh masak 

.
Dalam masyarakat kita, telah menjadi kebiasaan untuk menghadiri kenduri kendara
.
wanita hamil makan daging mentah
.
Tak kira samada kenduri perkahwinan untuk meraikan pengantin baru. Ataupun kenduri aqiqah dan lain lain.
.
Semasa menghadiri kenduri samada untuk rewang ataupun sebagai tetamu, ada di kalangan dari yang merewang di tugaskan menguruskan daging.
.
Ada yang gemar memakan daging mentah kerana dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan. Dalam islam mana boleh makan daging mentah. Kalau nak lawa, makan je set kulit shaklee. Halal, selamat & berkesan
.
Lagilah senang

daging separuh masak tidak sesuai untuk wanita hamil
.
Kenapa tak elok makan daging mentah?
.
Tabiat ini berbahaya kepada ibu hamil. Ini kerana daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. 
.
Bakteria ini boleh menyebabkan kerosakan pada saraf orang dewasa dan kanak kanak terutama pada bahagian mata.
.
Sekiranya para suami berniat menunaikan hajat isteri yang mengidam makan daging semasa mengandung, pastikan semasa makan diluar, pastikan menu daging yang di beli betul-betul panas dan telah dimasak sempurna. 
.
Suhu yang sesuai untuk memasak daging dengan sempurna ialah

  1. Suhu 145° F utk daging
  2. 160° F untuk hamburger
  3. 165° F untuk ayam.
.
Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang melalui proses pencucian yang kurang bersih.
.
Jadi pastikan sayuran dibersihkan dengan baik, apalagi untuk salad dan ulam ulaman yang dimakan mentah.
.
Elakkan juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandungi bakteria toksoplasmosis.
.
Kedai kedai makan pada kebiasaannya mempunyai banyak kucing liar mencari makan.
.
Kemudian makanan yang dihidangkan terdedah. Cuba elakkan makan di kedai sebegini.
.
Kerana kemungkinan untuk berlaku pencemaran bakteria toksoplasmosis lebih tinggi.
.
Anda juga boleh cuba ESP Shaklee untuk mendapatkan khasiat protein lengkap untuk keperluan anda dan bayi dalam kandungan.

Tambah dengan perasa strawberi dan coklat. Atau minuman kegemaran anda. Memang sedap
.
Bawa saja ESP ke pejabat dan Shake. Mudah dan pantas disediakan.
.
Bersih dan selamat dari risiko makanan tidak masak.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


.

3. Makanan mentah atau tidak cukup masak

Sambungan kepada elakkan makan daging mentah. 
.
makanan separuh masak tidak baik
.
Elakkan semua makanan dan minuman mentah.
.
Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah.
.
Susu mentah? Ada susu mentah dan masak ke?
.
Susu mentah bermaksud susu yang belum di rawat. Perah dari lembu atau kambing tidak di rawat dengan teknik pasteur.
.
Bermakna di dalam susu tersebut kandungan bakterianya belum di musnahkan.
.
Pengambilan makanan mentah seperti susu mentah atau telur separuh masak yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. 
.
Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung
.
Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Bayi boleh dilahirkan mati semasa bersalin
.
Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan.
.
Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
.
Untuk sementara waktu elakkan makanan mentah seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. 
.
Telur separuh masak atau telur mentah, atau makanan yang disediakan dengan menggunakan telur mentah sebagai contoh mayonis buat sendiri
.
Seorang ibu hamil sangat dilarang untuk mengambil daging ayam mentah dan telur yang dimasak setengah masak.
.
Mungkin kelihatan sedikit janggal bagi kita, tapi di sesetengah kawasan memang ada resepi masakan ayam tanpa menggunakan api.
.
Pantang larang memakan daging ayam mentah dan juga telur setengah masak disebabkan oleh bakteria salmonella yang dapat menyebabkan penyakit cirit birit serius pada ibu hamil. 
.
Mazni juga selalu ingatkan diri sendiri untuk menjaga kebersihan piring serta alatan memasak yang digunakan.
.
Peralatan yang tidak di cuci dengan rapi menyebabkan keracunan makanan yang semestinya tidak elok untuk kedua dua ibu dan bayi.
.
Jadi, seeloknya perhatikan kebersihan premis dan kedai semasa membeli makanan di luar.

.
Kita yang akan menanggungnya.
.

.

4. Berhati-hati dengan jus buah-buahan

.
Buah buahan memang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.
.
Apa lagi jus segar yang baru di perah dan di minum sejuk di tengah panas.
.
Menyegarkan. 
.
Buah buahan kaya dengan vitamin & mineral untuk hasilkan darah merah. Dan bagus untuk mengawal tekanan.
.
Mazni suka minum jus oren, kalau tak dapat yang segar minum Marigold peel fresh pun sedap.
.
Satu sebab Marigold peel fresh dah di pasteurkan. Memang rasa yakin dengan kebersihan daripada minum di kedai.
.
Semasa mengandung, ibu hamil mesti peka dengan jus buah-buahan yang diperah terutama digerai-gerai makan atau restoran.
.
Ini kerana minuman tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e.coli. 
.
Ingat tak baru baru ini, Bulan Dis 2014 kerajaan hentikan import buah epal dari Amerika sebab ada pencemaran bakteria.
.
Pada masa yang sama, pencemaran bakteria juga boleh berlaku di sebabkan kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut? 
.
Kalau teringin baik buat sendiri di rumah. Kalau kurang rajin minum saja Peel Fresh.
.
Makanan yang tinggi kandungan vitamin A perlu dielakkan terutama sekali di awal kehamilan
.
Ini kerana kesan pemakanan vitamin A yang tinggi dikenalpasti menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. 
.
Semasa Mazni mengandung anak kedua dahulu, doktor pakar perbidanan yang menyelia sepanjang kehamilan amat titik beratkan perkara ini.
.
Jadi sebelum makan makanan tambahan untuk ibu hamil dari shaklee, set mengandung shaklee / prenatal set, Mazni bawa sendiri suplemen tersebut dan alhamdulillah mendapat lampu hijau dari doktor.

.
Larangan ini termasuklah dalam penggunaan bahan kosmetik luaran yang menggunakan vitamin A dalam dos yang tinggi. 

.
Vitamin A dan E biasanya digunakan oleh wanita untuk mendapat kulit cantik dan mulus. Kalau bonda sedang mengandung, nak kekal jelita & cergas. Makan saja set kecantikan shaklee. Dapatkan panduan dari pengedar shaklee yang dipercayai.
.
Sebab Vitamin A & E tak boleh di ambil berlebihan.

.
Dalam dos tinggi ia tidak selamat untuk anak dalam kandungan.
.
Ini kerana bahan tersebut akan meresap ke dalam kulit dan seterusnya memudaratkan bayi. Produk shaklee yang berasaskan pati buah kaya antioksida seperti vivix shaklee pun tak sesuai diambil semasa mengandung.
.
Jadi, Mazni sarankan kepada tuan puan semua supaya mengambil beta caroten seperti lobak merah, tomato dan sebagainya. 
.
Beta karoten akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan semasa sahaja badan memerlukan vitamin A.
.
Ini lebih selamat dan mengelakkan paras vitamin A yang terlalu tinggi.
.
Minyak sawit memang terkenal dengan kandungan beta karoten yang tinggi. Sebab itu warna minyat sawit merah.
.
Sumber beta carotene semulajadi yang baik
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini

.

5. Sushi

.
Berita buruk buat penggemar makanan jepun ini. Walaupun sushi merupakan diet sihat tanpa minyak yang enak di makan.

.
Dan rata masyarakat jepun mempunyai berat badan ideal dan sihat dengan memakan sushi. Sushi kan gunakan ikan lautan dalam yang kaya omega 3. Ini sangat bagus untuk kurus. Dalam ubat kurus shaklee pun ada minyak ikan berkualiti
.
Bagi terbakar lemak durjana tu

.
Tapi, untuk ibu mengandung sushi kurang sesuai dan kurang selamat.
.
Atas sebab apa?
.
Sayur dan ikan yang di gunakan tidak di masak dengan sempurna.
.
Tak lama pun, berpantang 9 bulan sahaja dari sushi. Lepas bersalin boleh minta suami belanja tau. 
.
Kalau bonda dah hampir bersalin, cuba  Menu berpantang bersalin czer & cara penjagaan pembedahan. Klik untuk baca
.
Ikan laut yang di gunakan untuk sushi bukan sahaja tidak cukup masak ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. 

.
Agensi FDA atau di kenali sebagai Food and Drug Administration dari Amerika Syarikat menggalakkan ibu hamil makan ikan dan makanan laut yang telah melalui proses masakan sempurna.
.
Pastikan makanan betul-betul masak
.

6. Adunan tepung mentah

.
Pernah makan ais krim cookie dough?

.
Sedap kan? Tapi sedarkah kita di dalam adunan tersebut mempunyai kandungan telur yang belum di masak?

.
Adunan yang menggunakan telur dan tidak di masak boleh membahayakan ibu dan bayi kerana telur mentah mempunyai risiko mengandungi bakteria salmonella. 

.
Seperti bakteria listeria di dalam daging, sayuran dan ikan, bakteria salmonella di dalam telur ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk.

.
Ibu hamil tidak selamat memakan makanan yang menggunakan telur mentah dan tidak dimasak.

.
Sekiranya adunan tersebut tidak menggunakan telur, insyaallah selamat di makan.
.

7. Sos Salad

Bagi penggemar salad, sos salad yang menggunakan telur mentah samada dibuat di rumah atau yang di beli perlu di pastikan telah dipasteur. 
.

8. Tiramisu

Sama seperti sos salad dan adunan biskut mentah, memang banyak pencuci mulut menggunakan telur mentah. 
.
Elakkan makan tiramisu kerana sukar untuk kita pastikan samada telur yang digunakan untuk membuatnya telah di pasteur.

.
Jika mengidam dan teringin juga, lebih selamat untuk tuan puan membuatnya sendiri menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastur".
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini

9. Ikan Lautan Dalam Bermerkuri Tinggi

Khasiat ikan memang banyak. Sumber protein dan sedap di makan.
.
Terutama ikan segar, isinya masih kenyal dan manis pula rasanya.

.
Sedap. Ayah Mazni bekerja sebagai nelayan, jadi memang selalu makan ikan segar dari dulu.

.
Alhamdulillah. Tinggal di perkampungan di persisiran pantai memang menggamit ketenangan.

.
Namun begitu, ada juga ikan yang tidak bagus di makan dalam kuantiti banyak.

.
Terutama ikan lautan dalam. Ikan yu, ikan tuna, mackerel dan ikan-ikan besar mengandungi kandungan merkuri yang tinggi di dalam isinya.

.
Kesan merkuri pada ibu dan bayi ialah menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. 

.
Dan juga boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

.
FDA memberikan garis panduan hidangan sajian ikan terhad kepada 12 auns seminggu. 

.
Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia 
.
(a) IKAN DENGAN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0.09-0.29 ppm)
.
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6 kali atau kurang dalam tempoh 1 bulan. 
.
  1. Ikan cod dari alaska
  2. Ikan halibut dari atlantik dan pasifik
  3. Udang karang
  4. Tuna kalengan
  5. Ikan cakalang
  6. Ikan trout laut

(b) IKAN DENGAN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0.3-0.49 ppm)
.
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3 kali atau kurang dalam tempoh 1 bulan. 
.
  1. Ikan kerapu
  2. Makarel dari sepanyol
  3. Tuna kuning
  4. Sea bass 
  5. Bluefish.
.
Makanan laut di atas mempunyai kandungan merkuri atau raksa yang tinggi. Kalau boleh elakkan makan semasa mengandung.
.
Tetapi jika teringin, kurangkan kuantiti dan kekerapan ya.
.
Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


.

10. Daging Proses

Antara contoh makanan berasaskan daging yang di proses ialah burger, frankfurter dan daging kisar.
.
Daging mentah yang di proses mengandungi bakteria listeria.

.
Kuman listeria ini agak lasak kerana masih boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). 

.
Wow. Sangat degil kuman ini.

.
Sekali lagi, ibu mengandung sangat tidak di galakkan mengambil makanan daging proses.

.
Wanita bujang dan isteri yang tidak mengandung selamat mengambil makanan yang di cemari bakteria listeria. 

.
Lain pula kesnya untuk ibu hamil kerana risiko di serang penyakit berbahaya 20 kali lebih berisiko. 

.
Semasa serangan selesema H1N1, antara golongan yang mendapat mudarat dan berisiko tinggi diserang ialah ibu hamil.

.
Ibu mengandung yang mengambil makanan tercemar bakteria listeria berkemungkinan menerima kesan jangkitan yang lebih teruk seperti keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. 
.

11) Kacang / Bean

Semua orang kenal Rowan Atkinson aka Mr Bean. Sebut pasal kekacang, memang sedap di jadikan snek.
.
Daripada makan makanan rapu lebih baik makan kekacang sebagai makanan ringan.

.
Cuma, ada diantara kita mempunyai alahan terhadap kekacang. Jika makan kacang sahaja akan ada tindak balas.

.
Kaji sejarah perubatan keluarga anda, pastikan tiada alahan terhadap kekacang. 

.
Antara penyebab alahan yang teruk kepada alahan kekacang ialah G6PD.

.
G6PD adalah sakit bawaan genetik. Bermakna keturunan yang mempunyai sakit G6PD tidak sesuai untuk

.
  1. Ubat-ubatan tertentu
  2. Makanan seperti kacang kacangan
  3. Bahan-bahan tertentu
.
Penghidap G6PD akan mengalamai anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada bahan diatas.

.
Jika memang betul ada alahan, elakkan makanan dan minuman yang berasaskan kacang. 

.
Bagi mereka yang tiada alahan, insyallah tiada masalah, Jadi ambil secara bersederhana.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini

.

12. Buah & Sayur Yang Kurang Bersih 

Kebersihan adalah separuh daripada iman. Bersih jiwa bersih fizikal.
.
Apatah lagi, kita adalah apa yang kita makan. Dari sumber yang halal dan di yakini bersih.

.
Ini kerana sesuatu makanan yang baik pun akan hilang keberkatannya sekiranya ia tidak bersihkan dengan baik. 

.
Buah buahan yang berkhasiat adalah makanan yang baik untuk wanita mengandung.

.
Namun sekiranya tidak di bersihkan dengan baik, bakteria seperti toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak bersih.

.
Bakteria ini boleh membahayakan nyawa janin dalam kandungan ibunya.
.

13. Taugeh / Bean Sprout

Ramai tak suka makan taugeh. Salah seorang darinya suami Mazni.

.
Cukup susah dan tak suka makan taugeh.

.
Akhirnya selepas Mazni hamil dan tahu yang taugeh tak elok di makan.

.
Tersenyum lebar muka suami. Syukur katanya, Tak ada orang masak taugeh dalam rumah.

.
Sekurang kurangnya selama setahun.

.
Kenapa sampai macam tu? 

.
Bukankah taugeh banyak khasiat, kenapa ibu hamil tak di benarkan makan?

.
Ini kerana taugeh mentah boleh mengandungi bakteria.

.
Dan bakteria ini mungkin sudah wujud di dalam benih taugeh sebelum ia bercambah pun! 

.
Kalau nak makan taugeh juga boleh, masak betul betul di rumah.

.
Tapi tak apalah, Mazni elakkan terus sepanjang kehamilan.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


.

14. Smoked Seafood dan Fish

Memasak makanan laut dengan kaedah salai memberikan rasa dan aroma berbeza.
.
Memang sedaplah.

.
Ibu hamil tidak di galakkan memakan ikan salai dan makanan laut yang di masak sedemikian rupa melainkan ia di masak semula sebagai salah satu bahan. 
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


15. Semua Keluarga Kerang Mentah

Siapa yang tak suka makan kerang bakar. cecah pula dengan kuah cuka pedas.
.
kerang mentah listeria ibu hamil
.
Pedas campur masam dan lemak dari kerang.

.
Kecur air liur. Keluarga kerang tidak sesuai dimakan mentah.

.
Ini boleh menyebabkan keracunan makanan kerana mengandungi parasit dan bakteria. 

.
Pastikan kerang kerangan ini di masak dengan sempurna. Baru makan.

.
Keluarga kerang seperti tiram, kerang, kepah, kupang yang dimasak sempurna selamat dimakan semasa hamil. 
.

.

16. Ikan Yang Di Pancing Sendiri

Hidupan air seperti kerang dan ikan akan menyerap pencemaran dari kawasan persekitarannya.
.
Tanggungjawab kita untuk menjaga rantaian makanan supaya makanan yang yang diambil selamat di makan.

.
Sekiranya suami kita minat memancing ataupun ada rakan yang memberi ikan yang di pancing sendiri dari perairan air tawar.

.
Pastikan ikan tersebut dari kawasan yang tidak tercemar. 

.
Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. 
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


17) Lauk Pauk Jamuan

Pernah tak kita menolak pelawaan makan percuma?
.
Jarangkan. Makan percuma, siapa tak nak makan sedap.

.
Namun, makan lauk pauk jamuan tidak kira di pejabat secara "pot luck" atau pun katering masih berisiko kepada keracunan makanan.

.
Makanan ini tidak di ketahui cara penyediaan dan kebersihannya.

.
Pernah terjadi di pejabat Mazni, kawan sepejabat berkahwin. Jadi sempena majlis perkahwinan jemput kawan satu jabatan.

.
Lauk pauk di sediakan oeh katering.

.
Al kisah, semua hadirin hadirat yang hadir kena keracunan makanan. 

.
Kebetulan Mazni tak datang kerana urusan keluarga. Mungkin kalau hadir kena juga keracunan.

.
Antara tips untuk makan makanan jamuan ialah

.
  1. Makanan tidak di biarkan terdedah dalam suhu bilik melebihi 2 jam
  2. Jadi datang awal sementara lauk masih panas. Kurang risiko untuk keracunan makanan.
  3. Jika suhu bilik melebihi 90 darhah Farenheit, bakteria lebih mudah dan cepat membiak. Makanan hanya selamat selepas 1 jam sahaja.
.
Semoga bermanfaat.
.

.

18. Susu yang tidak dipasteur

Semua susu mestilah dipasteur terlebih dahulu sebelum selamat diminum oleh ibu hamil.

.
Sekarang memang tinggi kesedaran masyarakat tentang khasiat susu kambing.

.
Macam macam perasa ada. Ada coklat, jagung dan strawberi. Lagipun susu kambing ialah makanan sunnah.

.
Pastikan ia telah di rawat dengan tek pasteur supaya bakteria berbahaya seperti listeria telah di musnahkan terlebih dahulu.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


19. Minuman dan makanan yang berkafein

Siapa masih ingat kali pertama kita minum kopi teh dan nescafe?

.
Ya, semasa zaman kanak kanak dahulu.

.
Tuan Puan ingat lagi?

.
Saya ingat. Soalan Mazni, siapa yang rasa minuman ini sedap semasa kali pertama meminumnya?

.
Majoriti dari kita, hampir 90% tidak menyukai kopi teh dan nescafe semasa kali pertama minum.

.
Tapi, setelah kita mengetahui atau di momokkan oleh iklan di kaca televisyen.

.
Akhirnya minum juga, sampai yang tak sedap pun jadi sedap. 

.
Kita berjaya tipu diri sendiri.

.
Baik, perkara yang sama dengan makan sayur pahit dan ulam ulaman.

.
Pertama kali kita makan memang tak sedap langsung. 

.
Selepas melihat atuk dan nenek kita yang masih awet muda dan kuat bertenaga kerana makan sayur dan ulam.

.
Makan juga kita. 

.
Ok, sudah jauh melencong dari motif asal. Kenapa kopi teh nescafe dan makanan berkafein yang lain tidak sesuai untuk ibu hamil?

.
Ini kerana sifatnya yang anti nutrien. 

.
Kafein akan menghalang penyerapan zat dari makanan yang di ambil.

.
Kesannya, khasiat dari makanan yang di ambil tidak di serap badan sepenuhnya.

.
Alangkah ruginya, kesannya anak di dalam kandungan tidak mendapat zat yang cukup.

.
Sehingga boleh menyebabkan Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam badan.

.
Jika badan kita kurang zat dan mineral, akan ada tanda tanda seperti keguguran rambut, badan cepat penat dan cepat mengantuk.

.
Jadi, tuan puan kurangkan atau hentikan terus pengambilannya semasa kita merancang kehamilan.

.
Walaupun terdapat kajian yang mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat diambil semasa hamil. 

.
Hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12 auns cawan kopi). Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan kopi kaww.. Kopi O dan lain lain lagi.

.
Belum lagi mengambil kira kopi herba dan kopi pelik pelik di pasaran. Kopi jantan dan kopi segala kopi.

.
Malah, minuman tenaga seperti redbull dan livita juga mengandungi kandungan kafein 

.
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan yang sewaktu dengannya boleh memberi kesan buruk seperti 

.
  1. Perkembangan bayi dalam rahim yang tidak normal. 
  2. Risiko janin untuk berlaku keguguran yang tinggi
  3. Kelahiran pramatang dan tidak terjangka
  4. Anemia dengan menghalang penyerapan zat besi yang diperlukan untuk membuat sel darah merah
  5. Berat bayi yang ringan semasa dilahirkan.
  6. Kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.

20. Alkohol, Minuman Berkarbonat dan Makanan Ringan

Buat pembaca beragama islam dan hidup mengamalkan ajaran yang mulia ini.
.
ibu mengandung dan alkohol tidak elok
.
Alhamdulillah, hikmahnya memang terasa.

.
Kita tidak perlu risau kerana ia sememangnya di haramkan oleh islam.

.
Islam mengharamkan perkara yang memudaratkan tubuh dan masyarakat umunya.

.
Walaupun ada orang islam yang mengambil alkohol, ini pilihan individu tersebut sendiri.

.
Kerana setiap dari kita bertanggungjawab atas dirinya.

.
Antara kesan yang berlaku kepada ibu hamil yang mengambil alkohol 

.
  1. Menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi
  2. Keupayaan mental yang kurang pada bayi yang di lahirkan
  3. Perkembangan janin yang tidak normal 
.
Pada tahun 1986 seorang doktor yang berasal dari Perancis, P.Lemoine mengenalpasti hubung kait yang di alami 127 janin selama hamil, disebut Fetal Alkohol Syndrome (FAS).

.
Menurut sebuah kajian lain yang di lakukan Paul D.Connor dari Universiti Washington, Amerika pada tahun 2005, terhadap ibu hamil yang mengambil minuman beralkohol sejak trimester pertama. 

.
Kemudian, kecerdasan bayi yang di lahirkan ibu tersebut di perhatikan semasa

.
  1.  Bayi baru lahir
  2. Usia 8 bulan
  3. 18 bulan
  4.  3 tahun
  5. 6 tahun
  6. 10 tahun
Hasil kajian tersebut menunjukkan kemampuan kognitif mereka lebih rendah dibanding anak-anak seusia. 
.
Saintis di negara barat memang banyak melakukan kajian tentang pengaruh alkohol dan ibu mengandung.

.
Kemudian, pada satu kajian lain yang di lakukan pada tahun 2006 oleh Jennifer A.Willdrof dari Pittsburgh School of Medicine di Amerika Syarikat.

.
Kajian Jennifer telah berjaya membuktikan anak-anak yang lahir dari ibu yang mengamalkan minuman alkohol, tahap kepintaran anak mereka 2-7 mata lebih rendah dibanding anak-anak sebayanya. 

.
Ok, selesai dengan kesan alkohol kini kita beralih pada pengambilan gula semasa hamil.

.
Ibu hamil di nasihatkan mengurangkan pengambilan gula ketika hamil. Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.

.
Malah, kencing manis yang di alami semasa ibu hamil juga boleh menyumbang bayi di dalam kandungan mendapat sakit jantung berlubang.

.
Antara minuman yang sangat tidak sihat untuk kesihatan ialah minuman bergas atau berkarbonat.

.
Ini kerana minuman berkarbonat

.
  1. Mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin. Sangat tinggi
  2. Menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang
  3. Ibu hamil berisiko mendapat kencing manis yang akan mempengaruhi kesihatan anak dan bayi.
  4. Keadaan paras gula tubuh bayi dalam kandungan akan tidak stabil.
  5. Anak yang lahir oleh ibu yang mengalami kencing manis / diabetis semasa mengandung berisiko lebih tinggi untuk menghidap kencing manis selepas dewasa
.
Kasihan anak cucu dan keturunan kita.

.
Sekiranya tidak dapat mewariskan kekayan ilmu dan harta, kita wariskan penyakit diabetis pula.

.
Bagi individu biasa yang sihat, penggunakan gula yang berlebihan dilarang, apatah lagi ibu mengandung. 

.
Kencing manis oleh ibu mengandung juga boleh menyebabkan bayi besar daripada kebiasaan. 

.
Proses kelahiran menjadi lebih sukar kerana bayi yang besar perlu melalui bukaan pintu rahim yang kecil.

.
Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. 

.
Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. 

.
Kerap kali semasa bekerja di pejabat, di atas meja kawan kawan penuh dengan makanan ringan.

.
Asam dan gula gula perlu dihadkan perlu dikurangkan kerana ia tergolong dalam kategori makanan rapu yang tiada nutrien dan mengandungi MSG aka Ajinomoto.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


.

21. Makanan Yang Di Bungkus

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). 
.
Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. 

.
Elakkan menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.
.
BONUS: Puan terlalu sibuk dengan kerja & tugas dirumah? Tak terjaga makan berkhasiat semasa mengandung? Cuba makanan di bawah ini


22. Rokok


Rokok bukan makanan. Tetapi ramai merokok selepas makan.
.
ibu hamil di larang merokok
.
Tidak kiralah di mana saja.

.
Di kedai makan juga sama. Kita yang tak merokok juga terkena tempias asap rokok dari jiran meja sebelah.

.
Secara tak langsung, tuan puan menjadi perokok pasif.

.
Ya, kerana asap rokok tersebut dihidu kita sendiri.

.
Tahukah tuan puan, perokok pasif lebih berisiko mendapat penyakit berbanding perokok itu sendiri.

.
Jadi, jauhkan diri dari perokok semasa merokok.

.
Isteri isteri yang sedang hamil, jauhkan diri dari suami semasa mereka merokok.

.
Terutama di dalam ruang tertutup seperti di dalam kereta.

.
Apa kesan buruk rokok terhadap ibu mengandung?

.
Asap rokok mengandungi racun dan bahan kimia. Termasuk tar jalan raya yang akan mendap di dalam paru paru.

.
Kesannya, bahan karsinogen atau penyebab kanser ini akan mengurangkan oksigen larut didalam darah kerana paru paru sudah terjejas.

.
Ini menyebabkan bayi didalam kandungan ibu tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

.
Kasihan anak di dalam kandungan. Apa nasib mereka tercungap cungap di dalam kandungan kerana tabiat merokok orang orang di sekeliling ibu bapa mereka.

.
Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan
.
  1. Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  2. Terbantut pertumbuhannya 
  3. Berat badan yang rendah.
  4. Kes-kes kematian mengejut bayi di dalam kandungan 
  5. Keguguran bayi bagi ibu yang merokok.
.

23. Makanan yang dipanas berulangkali

Mestilah dipanaskan dengan kepanasan maksima untuk memastikan bakteria tiada lagi.
.
.

24. Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

Terima kasih kerana membaca sehingga habis artikel ini. Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat.
.
Semoga 24 Makanan Yang Dielakkan Semasa hamil ini membantu ibu hamil lebih sihat dan bertenaga. Insyaallah
.


Cara mudah untuk ibu hamil seperti anda cukupkan vitamin semasa hamil biarpun sibuk seharian
.
Set berpantang shaklee 2017
.

13 Responses to "Makanan dilarang semasa hamil? Ibu mengandung elak 24 Lauk ini!"

  1. Banyak juga ye makanan yg tak boleh makan masa pregnant. Ada yg jd fav ana pulak tu. Tq sharing info ni. Boleh jd rujukan masa akan dtg :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih singgah ana

    Semoga bermanfaat

    Nanti masa mengandung boleh lah amalkan

    Sedap makan rojak ya

    BalasPadam
  3. perkongsian yang sangat bagus.. thanks for sharing.. ;p

    BalasPadam
  4. Masa preggy anak ketiga Mimi paling suka makan keju dan telur goyang (kuning cair)..Alhamdulillah mujur kandungan sihat

    BalasPadam
  5. Lengkap betul panduan yang maznee buat ni

    Bagus untuk panduan ibu mengandung

    Betul tu Maznee

    sibuk sangat kebelakangan ni

    Hehe

    BalasPadam
  6. perkongsian yang bagus sis mazni.
    nanti kalau ada rezeki sy kahwin dan hamil boleh la guna panduan ni.
    :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..

    isteri yang itu saya tiada masalah semasa hamil..

    syukur sanga-sangat..

    BalasPadam
  8. Makanan yg mentah mmg patut dielakkan

    BalasPadam
  9. Yg akak hengat masa anak sulung suka minum kopi, anak no 2 suka makan potato chips , anak no 3 suka makan beras mentah....mmg tak healthy semuanya huhu

    BalasPadam
  10. hmmm yang tak boleh makan ni lah yang sedap kan sis hahaha

    BalasPadam
  11. Keju tu memang best.. hehehe.. Bila baca info nie bagus untuk ibu mengandung tambahan makanan sekarang banyak tercemar.. Sekurang-kurangnya kita mencegah lebih awal..

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„