Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

17 Makanan tambah darah merah untuk ibu hamil! Elak anemia

Walaupun kita mengandung, nak makan sedap juga kan. Ini 17 Makanan tambah darah merah untuk ibu mengandung. Bagus untuk naikkan HB rendah & Elak anemia.

makanan tambah darah merah

Ada 17 makanan. Klik untuk MELOMPAT ke bahagian tersebut. BONUS Cara Paling power (Short cut untuk semua makanan ini)

Sub: 

Bahaya Anemia & kurang darah merah semasa hamil!

Macam mana nak tahu kita kurang zat besi semasa hamil?
.
kurang darah merah semasa mengandung
.
Senang je. Ada tak
  1. Rasa penat & tak larat
  2. Muka & tapak tangan pucat
  3. Rasa kebas pada tangan
  4. Susah nak tumpukan perhatian
Kalau ada
.
Kemungkinan tu tinggi
.
Apa jadi kalau kita kurang zat besi masa mengandung?
.
Kalau dibiarkan boleh kena anemia tau

Kenapa mesti elak anemia semasa mengandung?

Doktor memang jaga bacaan HB kita
.
Tiap kali pemeriksaan / check up
.
Mesti ambil bacaan ni
.
Keadaan HB rendah dipanggil Anemia
.
Keadaan ini di jelaskan oleh laman web ini apabila darah kita tidak mempunyai sel darah merah yang cukup.
.
bahaya ke anemia tak cukup darah merah semasa hamil
.
Bila tak cukup, oksigen tak dapat diangkut sebaiknya untuk keperluan badan ibu & bayi.
.
Banyak kesan buruk anemia.
.
Antaranya

  1. Kelahiran bayi pramatang
  2. Berat kelahiran yang rendah
  3. Gangguan pada perkembangan anak yang dilahirkan
  4. Ibu mengalami kemurungan / meroyan selepas bersalin.
Tapi
.
Semua ini boleh dielakkan
.
Macam mana caranya? Kita boleh amalkan 17 makanan untuk tambah darah merah ini
.

Sayur sayuran yang baik untuk tambah darah semasa mengandung

sayur sayuran yang bagus untuk tambah darah merah

1. Bayam

Sayur-sayuran hijau seperti bayam kaya dengan kandungan besi & sangat bagus untuk ibu mengandung
.
Memang tinggi tau
.
Jadikan bayam sebahagian utama diet kita jika ingin meningkatkan hemoglobin kita.
.
Pastikan kita masak sayur hijau ni betul betul. Jaga kebersihan supaya tak sakit perut
.
Kandungan zat besi dalam bayam: 4 miligram per 100 gram Bayam.
.

2. Brokoli

Sayur jenis krusifer memang banyak khasiatnya, brokoli adalah sumber besi yang kaya. 
.
Selain zat besi, sayuran ini juga  mengandungi nutrien penting lain seperti magnesium, vitamin A dan C. Bagus juga untuk kulit cantik.
.
Vitamin & mineral diatas juga sangat baik untuk sistem daya tahan ibu mengandung
.
Jika badan kita kurang kuat
.
Kerana kurang zat
.
Penyakit & jangkitan kuman pun mudah menyerang
.
Contoh penyakit di sebabkan kuman yang selalu menyerang ibu hamil ialah keputihan & kencing kotor
.
Jadi, pastikan kita jaga diet harian
.
Kandungan zat besi dalam brokoli: 2.7 miligram per 100 gram Brokoli.
.

3. Kentang

Kentang kaya dengan zat besi & vitamin C.
.
2 zat ini sangat penting & saling memerlukan untuk tambah darah merah
.
Sebab
.
Vitamin c tambah penyerapan zat besi
.
Ini menjadikannya sangat baik untuk tambah darah merah.
.
Kandungan zat besi dalam kentang: 3.2 miligram dalam satu kentang besar.
.

4. Ubi bit / Beetroot

Sayur ini kaya dengan kandungan folat.
.
Ubi bit harus menjadi pilihan kita untuk meningkatkan kadar hemoglobin kerana sama seperti kentang.
.
Ia kaya kedua dua sumber besi dan Vitamin C.
.
Memang makanan untuk tambah darah yang bagus
.
Kandungan zat besi dalam ubi bit: 0.8 miligram per 100 gram Beetroot.
.
Klik untuk terus terbang ke 
@Sayur sayuran @Buah buahan @Makanan laut @Daging @Bijirin & kekacang @Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari? KLIK SINI 

Sub 2: 

Buah buahan yang baik untuk tambah darah semasa mengandung


buah buahan tambah darah merah ibu mengandung

5. Tembikai

Buah yang sangat sedap & menyegarkan
.
Tembikai kaya dengan serat & membantu detoks badan.
.
Selain itu, makan tembikai semasa cuaca panas dapat bantu sejukkan badan
.
Buah tembikai merah sangat kaya dengan zat besi tetapi juga sumber vitamin C yang baik.
.
Ini membantu penyerapan besi yang lebih baik dan seterusnya diterjemahkan ke tahap hemoglobin yang lebih baik untuk kita.
.
Vitamin c juga antioksida yang bagus untuk hapuskan radikal bebas dalam badan
.
Punca masalah kesihatan seperti kanser
.
Sebab itu makanan yang mengandungi ke dua dua vita c & zat besi secara semulajadi adalah makanan tambah darah terbaik
.
Buah ini juga bagus di ambil untuk mengelakkan kencing manis. Tak kira semasa hamil atau pun tidak
.
Bagus kan
.

Kandungan zat besi dalam tembikai: 0.4 miligram dalam satu cawan tembikai.
.

6. Epal

Buah epal bukan sahaja baik untuk kesihatan kita.
.
Aa juga kaya dengan sumber besi. 
.
Rasanya yang sedap & manfaat yang diberikannya dapat naikkan hb rendah.
.
Ibu mengandung boleh makan epal pada bila bila masa
.
Terutama di waktu pagi
.
Alas perut
.
Boleh kurangkan alahan mengandung yang di deritai semasa 3 bulan pertama
.
Tapi harus diingat
.
Minum jus epal tak sama ya dengan makan buah epal
.
Jus epal tiada serat & tinggi gula. Memudaratkan untuk diambil ibu hamil
.
Terutama kalau minum banyak
.
Banyak pantang kena jaga masa mengandung ni kan
.
Semua supaya ibu & bayi sihat
.
Insyaallah
.
Kandungan zat besi dalam buah epal: 0.31 miligram dalam satu epal sederhana
.

7. Delima

Salah satu daripada buah buahan syurga
.
Rupanya cantik & istimewa.
.
Macam batu delima
.
Merah menyala
.
Tapi
.
Disebalik rupanya yang lawa
.
Delima kaya zat besi, kalsium, protein, serat dan beberapa vitamin dan mineral lain. 
.
Memang sempurna bagi ibu hamil yang ada hb rendah & kencing manis
.
Makanan tambah darah semua dalam 1
.
Cuma
.
Buah ni bermusim
.
Bukan senang nak cari kalau bukan musimnya
.
Dan harganya memang mahal. Terutama yang saiznya besar tu
.
Kalau dah mengandung, mengidam. 
.
Kasihan suami cari
.
Kandungan besi: 0.3 miligram dalam 100 gram delima.
.

8. Strawberi

Maznee memang suka sangat buah ni

Sayang kat Malaysia ni tak boleh tanam belakang rumah
.
Hehe
.
Buah merah ini mengandungi zat besi dan vitamin C. 
.
Dan ada banyak cara untuk menikmati rasa strawberi yang sedap
.
Buat smoothies. Salad buah, masak kek.
.
Fikirkan saja dah terliur
.
Kandungan zat besi strawberi: 0.4 miligram per 100 gram.
.
Klik untuk terus terbang ke 
@Sayur sayuran @Buah buahan @Makanan laut @Daging @Bijirin & kekacang @Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari? KLIK SINI 
.
Sub 3: 

Daging untuk tambah darah merah semasa mengandung


 daging untuk tambah darah merah ibu mengandung

9. Daging ayam bahagian dada

Daging ayam memang berkhasiat
.
Tapi
.
Daging bahagian dada paling bagus
.
Sebab kawasan ini kurang lemak & boleh di masak untuk banyak masakan
.
Lemak ayam banyak terdapat di bawah kulit
.
Dan
.
Ayam ternak ni di suntik hormon
.
Bahagian peha, leher & kepak memang tak di galakkan makan selalu
.
Sebab ini kawasan suntikan
.
Sebab itu
.
Ambil saja bahagian dada
.
Daging ayam kaya protein & zat besi yang diperlukan ibu hamil
.
Nak tambah penyerapan zat besi dalam daging ayam, makan bersama sayur yang tinggi zat besi.
.
Contohnya cili benggala
.
Manis & rangup
.
Kandungan zat besi daging ayam: 0.7 milligram setiap 100gms ayam.
.


10. Daging lembu / daging merah

Satu lagi pilihan hebat, daging merah / daging lembu adalah sumber besi yang sangat baik. 
.
Daging merah (kambing /kerbau/ lembu) ada kelebihan tersendiri berbanding daging putih
.
Ia lebih kaya dengan protein, vitamin & mineral seperti zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil
.
Kesemua mineral ini dapat tambah darah merah dengan cepat.
.
Pastikan bahawa daging yang kita beli & makan bukan bahagian yang banyak lemak. 
.
Contohnya daging tetel
.
Tahu kan?
.
Yang orang selalu guna untuk buat bubur lambuk
.
Kaya lemak & kolesterol
.
Tu yang sedap
.
Daging merah (lembu / kerbau) juga mempunyai lemak  lebih tinggi berbanding daging putih (ayam).
.
Selalu buat pilihan bijak dengan memilih daging ayam
.
Ini kerana lemak berlebihan boleh meningkatkan risiko pada jantung
.
Tapi
.
Bukan semua jenis lemak tak sihat
.
Asid lemak omega 3 sangat bagus diambil ibu mengandung. Ini kita cerita bahagian makanan laut nanti
.
Kandungan besi: 2.1 miligram per 85 gram.
.

11. Hati

Hati ni tempat pengedaran makanan yang telah di hadam sebelum dihantar ke seluruh badan
.
Hati juga tempat racun & logam berat di kumpulkan
.
Memang betul makan hati ni bagus untuk zat besi
.
Tapi pada masa yang sama
.
Kena hati hari juga
.
Dari mana sumber hati haiwan ni. Kasihan buah pinggang kita
.
Kerja keras nak menapis sisa & bahan beracun dari makanan
.
Jadi berpada padalah
.
Boleh makan hati ayam & hati lembu. 
.
Tapi kan
.
Kalau diberi pilihan
.
Maznee makan hati ayam sebab kandungan kalori & kolesterol yang lebih rendah.
.
Kandungan zat besi dalam hati ayam: 9 miligram besi per 100 gram hati ayam (Memang tinggi ni)
.
Klik untuk terus terbang ke 
@Sayur sayuran @Buah buahan @Makanan laut @Daging @Bijirin & kekacang @Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari? KLIK SINI 
.
Sub 4: 

Makanan laut untuk tambah darah merah semasa mengandung


makanan laut yang baik untuk tambah darah merah ibu hamil

12. Udang

Antara makanan laut kegemaran ramai
.
Maznee pun suka sangat makan udang segar
.
Walaupun udang kaya dengan zat besi, kena hati hati juga
.
Terlebih makan boleh terkena gout
.
Hmm
.
Sebab kandungan asid urik tinggi. Beringatlah
.
Kandungan zat besi udang: 3 miligram per 100 gram udang.
.

13. Ikan kembung

Tahukah kita? Ada ikan ni jenis berminyak
.
Dan minyak dari ikan ini bagus untuk kesihatan. Contohnya ikan kembung
.
Tinggi kandungan asid lemak Omega 3 disamping sumber zat besi. 
.
Ikan juga sumber protein yang bagus.
.
Cuma
.
Hati hati sikit makan ikan lautan dalam
.
Kemungkinan untuk tercemar dengan merkuri tu ada. Ibu mengandung kena lebih berwaspada
.
Biasanya ikan importlah. Ikan tempatan ok
.
Hati hati tetap perlu

.
Kandungan zat besi: 1.7 miligram per 100 gram ikan.
.

14. Kerang

Sedapnya dapat makan kerang bakar
.
Cicah pula dengan sambal cili bercuka yang pedas
.
Rasa masam manis & pedas yang sangat menyelerakan.
.
Teringat pun dah terliur
.
Cuma kalau ada morning sickness tak payah lah makan pedas.
.
Menjadi jadi loya & mual tu nanti
.
Dalam senarai ini
.
Keranglah paling tinggi kandungan zat besi
.
Lebih "power" lagi, kerang juga kaya dengan vitamin C & B12.
.
Terbaiklah
.
Tapi
.
Kerang ni haiwan akuatik yang sensitif
.
Bila air sungai atau laut tu tercemar dengan logam berat & sisa lain
.
Kerang antara yang paling awal di cemari
.
Tambah pula
.
Kalau kita ada resdung & sakit gout. Kawal kawal makan kerang ni. Habis gatal 1 badan
.
Tapi
.
Cuba lihat berapa banyak kandungan zat besi kerang. Tinggi betul
.

Kandungan besi: 28 miligram per 100 gram kerang.
.
Klik untuk terus terbang ke 
@Sayur sayuran @Buah buahan @Makanan laut @Daging @Bijirin & kekacang @Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari? KLIK SINI 
.
Sub 5: 

Bijirin & Kekacang untuk tambah darah merah semasa mengandung

bijirin dan kekacang tambah darah merah ibu mengandung

15. Kacang soya

Kacang memang kaya dengan zat besi
.
Sebab itu vegeterian makan kacang sebagai sumber utama zat besi harian mereka (menggantikan daging)
.
Kacang soya juga mengandungi folat dan vitamin C.
.
Memang baik untuk kesihatan
.
Selepas kerang, kandungan zat besi tertinggi dalam senarai ini dimenangi oleh kacang soya
.
Kandungan zat besi: 15.7 miligram per 100 gram kacang soya.
.

16. Beras perang

Beras perang lebih tinggi kandungan zat besi berbanding beras putih
.
Ibu hamil yang ingin tambah darah boleh cuba
.
Indeks glisemik beras perang juga lebih rendah
.
Kandungan besi: 0.4 miligram per 100 gram beras perang.
.

17. Bijirin penuh

Barli, & oat adalah 2 contoh bijirin penuh yang bagus untuk ibu hamil mengalami kekurangan zat besi. 
.
Ia juga kaya serat & buat kita kenyang lebih lama
.
Paras gula darah ibu hamil akan lebih terkawal
.
Bagus untuk elak diabetes semasa hamil (GDM)
.
Kandungan besi: 2.5 miligram per 100 gram semua jenis bijirin.
.
Sub 6: 

Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari?

Selesai sudah 
.
Tapi kan, sebaik mana pun makanan ini
.
Kalau kita terlalu sibuk dengan kerja di pejabat & di rumah
.
Macam mana nak cukupkan khasiat?
.
Faham sajalah emak emak ni
.
Komited & bertanggungjawab
.
Mujur ada 1 cara mudah untuk lengkapkan
.
Kita boleh dapatkan nutrisi yang di perlukan ibu & bayi semasa mengandung
.
Jadi
.
Puan boleh cuba makan set mengandung shaklee
.
set mengandung shaklee untuk tambah darah merah
Set mengandung shaklee
1 set vitamin Shaklee ini mengandungi rumusan lengkap untuk keperluan ibu mengandung yang sibuk
.
Supaya cergas bertenaga
.
Tapi suka Maznee ingatkan, Cara makan set mengandung shaklee jauh lebih penting
.
Supaya hasilnya terbaik
.
Sebab itu penting untuk dapatkan set ini dari pengedar Shaklee yang betul
.
Insyaallah
.
 Maznee boleh bantu

  • Pengalaman tambah darah merah & kawal paras gula dalam darah semasa mengandung dengan bantuan set mengandung shaklee

Beberapa bulan lepas, Maznee dihubungi oleh seorang ibu. Kak Zah
.
Kak Zah ni ibu bekerja yang sibuk
.
Anak lasak 
.
Biasalah
.
Hero
.
Hehe.
.
Jadi bila usia dah meningkat, dan mengandung lagi
.
Bekerja pulak tu
.
Masa Kak Zah Whatsap Maznee
.
Ada masalah darah rendah. Dan juga ada kencing manis masa mengandung
.
Jadi apa lagi
.
Nak bagi yang terbaik
.
Dapat no Maznee. Whatsap saja. Masa ni 18 feb 2017
.
shaklee klang maznee
.
Satu perkara penting Maznee nak kongsi. Sebenarnya
.
Tak makan shaklee pun boleh je sihat
.
Betul
.
Asalkan kita pandai jaga makan
.
Dan amalkan cara hidup sihat. Tapi itulah kan
.
Langit tak selalu cerah. Kita ni dah lah sibuk di pejabat.
.
Balik rumah je anak anak dah berlari berkejaran 100 m acara pecut
.
Nampak pula rumah macam medan perang
.
Tak ke naik temperature kepala tu
.
Mendidih macam air masak
.
Kat dapur
.
Hehe
.
Mana lah sempat nak jaga kan
.
Sebab itu kita perlukan bantuan. Bantuan dari suplemen
.
Dan juga bantuan dari Maznee. Ehem ehem
.
Cara makan Maznee guide ok
.
Buka sekali dapat
.
Terus senyap
.
Tak 
.
Maznee guide sampai 
.
Sampai bila bila. Asalkan puan nak dengar
.
Maznee akan kongsi pengalaman. Asalkan makan ikut sukatan
.
Dan ikut keperluan. Tak ada masalah
.
Sedangkan
.
Makan nasi berlebihan pun boleh kena kencing manis kan?
.
Apa jadi lepas Maznee guide Kak Zah makan
.
Selepas fikir masak masak
.
Kak Zah setuju
.
Tempah awal bulan Mac. Maznee hantar terus sampai depan rumah di Klang

pengedar shaklee rantau panjang klang
.
Lepas beberapa hari
.
Satu ketika pada jam 2.22pm. Lepas Kak Zah makan lunch.
.
Hehe
.
Dah sendawa agaknya
.
Dapat berita gula dah turun. Tapi masih belum bawah 5.
.
Adjust lagi cara makan ikut jadual kerja Kak Zah
.
Dan kongsi beberapa tips
.
Esoknya Maznee "menyibuk" lagi
.
(Menyibuk macam ni tak apa. Allah sayang! Itqan dalam bekerja ok. Hehe)
.
cara makan kak zah
.
Esok tu gula turun lagi
.
Tambah semangat Kak Zah. Sebab belum buat lagi semua tips yang Maznee bagi
.
Nak di jadikan cerita
.
Atas sebab masing masing sibuk kerja. 
.
Ada 1 minggu lebih kami buat urusan masing masing
.
Lepas tu Maznee tanya khabar lagi
.
Jeng jeng jeng
.
Suspen
.
bacaan dah cantik
.
Dapat berita gembira tau
.
Dah 1 minggu bacaan gula cantik & mulus. Atas kad laporan tu
.
Dapat markah baik
.
Kalau kat sekolah dulu, tak adalah cikgu merotan kan
.
Hehe
.
Nak di jadikan cerita
.
Sampai lah ke tarikh akhir mengandung. Kami saling bertanya khabar
.
Bersalin pun akak ni pakai set bersalin shaklee
.
makan set berpantang pula
.
Selain kak Zah
.
Maznee bagi contoh kedua.
.
Kak Rohani ni lagi teruk kencing manis ketika hamil nya. Tinggi bacaan gulanya. Sampai 14. Siap kena cucuk insulin!
.
Tapi lepas makan dengan betul.
.
Dan ikut panduan diberikan Maznee
.
Gula turun ke 5.3.
.
Dan baru makan 1 minggu, pernah terturun sampai 2.8
.
Rendah sangat pun tak elok.
.
Nanti hypo (gula rendah dalam darah)
.
Dah tak payah suntik insulin
.

kak rohani makan set mengandung shaklee untuk kencing manis
Lega sangat hati Kak Rohani. Tak payah suntik insulin lagi

Sampai duduk wad sebab gula tinggi sangat

Sedangkan 1 minggu sebelum mula makan, kena insulin dos 14. Kita makan shaklee kena ada orang guide baru nampak hasil. Maznee boleh guide step by step

kak rohani ikut pandangan maznee untuk vitamin shaklee
Maznee bukan doktor & pakar pemakanan. Nasihat doktor kena ikut. Itu paling penting
 .
Sekali lagi Maznee nak kongsi
.
Kak Zah & Kak Rohani ni sihat bukan sebab makan Shaklee. Tapi sebab cara makannya betul
.
Dan badan cukup nutrien yang diperlukan untuk sihat
.
Boleh berfungsi dengan lebih baik
.
Kalau tak nak makan shaklee
.
Dan
.
Boleh amalkan makanan berkhasiat & sihat
.
Tak perlu lah makan Shaklee. Kecuali kalau sibuk & nak shortcut.
.
Dan malas nak pening kepala nak masak apa
.
Menu apa sesuai
.
Makanlah Shaklee dengan bimbingan Maznee
.
Kalau makan sendiri
.
Tak ada orang guide
.
Salah makan kita tanggung sendiri. Bahaya kan
.
Whatsap Maznee 019-2653791
.
Untuk dapatkan set mengandung shaklee & bantuan berterusan
.
Insyaallah satu set ini membantu membekalkan khasiat yang di dambakan badan kita & bayi semasa mengandung
.
Ini kerana nutrisi yang mencukupi dapat membantu mengawal paras gula &  mengurangkan risiko di atas.
.
Kita pun mesti nak yang terbaik kan?
.
Boleh klik gambar di bawah
.
Untuk manfaat penuh

Set mengandung shaklee 2017

.
Sub 7: 

Minuman untuk tambah darah merah ibu mengandung

Selain dari 17 makanan diatas, ada alternatif lain untuk dapat zat besi
.
Maznee cari diinternet, laman web ini memberikan 3 minuman tinggi zat besi

1. Jus buah prune

Jus prune kaya dengan zat besi.
.
1 cawan jus prune mengandungi 3 miligram besi
.
Banyak tu. 
.

2. Jus tomato

Jus tomato membekalkan sumber vitamin C, kalium & zat besi yang baik. 
.
1 cawan jus tomato mengandungi kira-kira 1 miligram zat besi
.
Orang Malaysia mungkin tak biasa minum jus tomato
.
Tapi di Amerika lain ceritanya
.

3. Teh Bunga raya / Hibiscus

Bunga kebangsaan Malaysia ini rupanya ada khasiat yang tinggi
.
Kaya zat besi. Siap boleh buat teh lagi
.
Tapi
.
Hairan tak pernah jumpa lagi di Malaysia kan
.
1 cawan teh bunga raya yang memberikan kira-kira 20.5 miligram besi
.
Banyak tu
.
Klik untuk terus terbang ke 
@Sayur sayuran @Buah buahan @Makanan laut @Daging @Bijirin & kekacang @Cara dapat khasiat 17 Makanan ini dengan mudah setiap hari? KLIK SINI 
.
Akhirnya
.
Sampailah kita di akhir artikel
.
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:
.
 Whatsupp / SMS: 
019-2653791 
Maznee Azmi
Pengedar Shaklee bertanggung jawab & di percayai
ID Shaklee: 963860
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at hargasetbersalin.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

10 Responses to "17 Makanan tambah darah merah untuk ibu hamil! Elak anemia"

  1. Info yang bermanfaat Maznee. Sesuai untuk yang baru lepas derma darah dan yang ada anemia. actually one of my siblings pun ada yang ada anemia. tp syukur alhamdulillah tak serious :)

    BalasPadam
  2. utk rujukan ibu2 hamil..wajib tahu kan..

    BalasPadam
  3. Bagus info nih sgt manfaat utk ibu ibu mengandung.

    BalasPadam
  4. saya juga merasakan darah saya semakin kurang sekarang ini..

    minta-minta la jangan ada perkara buruk

    BalasPadam
  5. pernah ada jugak sekejap.. tapi ikut nasihat doktor supaya makan brokoli.. paksalah diri untuk makan jugak walaupun tak suka.. alhamdulillah.. dah tadak dah sekarang

    BalasPadam
  6. nice info tentang nk tmbh HB ni. Kebetulan sy tgh mengandung :)

    BalasPadam
  7. orang kata makan hati ayam pun tak elok jugak huu.. terima kasih sudi share info,,

    BalasPadam
  8. Masa anak sulung dulu hb mmg tinggi 15 gitulah...tp bila sampai anak no 3 dah jadi rendah sikit... masuk ot pun kena standby darah...

    BalasPadam
  9. Sha tak pernah minum jus buah prune.. Tapi Sha memang suka makan buah prune masa mengandung.. Bantu HB Sha..

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„