Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Susu untuk ibu mengandung? Tambah tenaga & Kaya Kalsium!

Susu dan produk tenusu membekalkan nutrien penting yang diperlukan wanita hamil
.
khasiat susu untuk ibu mengandung
.
Memang banyak makanan berkhasiat yang boleh dimakan ibu hamil

.
Tapi
.
Banyak kajian menunjukkan pengambilan susu semasa wanita sedang hamil meningkatkan kesihatan ibu & bayi
.
Susu pun ada banyak jenis
.
Ada susu segar, susu rendah lemak & susu tepung (Yang ini tinggi gula)
.
Susu tanpa lemak & rendah lemak adalah pilihan yang lebih sihat bagi wanita hamil daripada susu segar
.
Ini disebabkan kandungan lemak dalam susu yang lebih rendah
.
Susu segar mengandungi lemak tepu yang tinggi.
.
Tapi kan
.
Secara peribadi Maznee lebih suka minum susu segar
.
Sebab kandungan lemak tu buat kita kenyang lebih lama.
.
Minum sikit pun dah kenyang
.
Sesuai minum masa sarapan
.
Bila kenyang lama
.
Kita tak makan banyak, jadi dapat kawal gula. Elak diabetes
.
Bagus kan
.
Walaupun susu banyak khasiatnya, ada ibu yang loya & mual tiap kali meminumnya
.
Mungkin memang sebab tak suka
.
Mungkin juga sebab alahan
.
Dan sebab masalah lactose intolerance. Asal minum susu saja sakit perut
.
Yang ini boleh cuba cara lain
.
Ok

Susu untuk ibu mengandung? Tambah tenaga & Kaya Kalsium!

Ada banyak kebaikan dalam susu yang boleh ibu & bayi manfaatkan
.
Dibawah ini Maznee senaraikan untuk rujukan bersama


ibu mengandung minum susu

Kebaikan susu untuk ibu mengandung

1. Sumber Kalsium untuk tulang & gigi yang kuat

Kepentingan susu ibu untuk ibu mengandung memang banyak! Ia kaya dengan kalsium untuk tulang & gigi yang kuat.
.
Susu merupakan sumber mudah kalsium untuk wanita mengandung. 
.
Sekiranya kita tidak mengambil makanan yang kaya kalsium seperti susu semasa hamil.
.
Badan akan kehilangan kalsium dari tulang untuk memenuhi keperluan bayi anda untuk mineral ini. 
.
Badan kita, semasa mengandung, memerlukan jumlah kalsium yang mencukupi. 
Berapa cawan susu perlu di minum ibu mengandung dalam sehari?
Bagus untuk ibu hamil minum 3 cawan susu setiap hari semasa kehamilan. Sumber ini diperolehi dari USDA
.
Bergantung pada usia ibu hamil, keperluan kalsium juga berbeza
  • Wanita berumur 19 tahun dan ke atas memerlukan 1,000 mg kalsium sehari
  • Wanita di bawah usia 19 tahun memerlukan 1,300 mg sehari. 
Satu cawan susu rendah lemak menyediakan 305 mg kalsium, jadi minum 3 cawan susu setiap hari boleh membantu ibu hamil memenuhi sebahagian besar keperluan kalsium harian anda semasa mengandung.
.

2. Protein untuk pertumbuhan bayi

Khasiat susu untuk ibu mengandung penting untuk pembesaran! Ini kerana susu kaya dengan protein untuk tisu & otot yang sihat.
.
Secawan susu rendah lemak yang membekalkan 8.22g protein 
.
Protein mempunyai beberapa fungsi penting semasa kehamilan iaitu
  • Pembentukan rahim
  • Bekalan darah
  • Perkembangan payudara untuk persediaan badan menghasilkan susu ibu
  • Pembentukan tisu bayi. 
Kekurangan protein dalam badan kita semasa hamil akan menyebabkan berat badan bayi yang dilahirkan rendah. 
.
Kajian dari Ohio State University menunjukkan pengambilan protein yang tidak mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan
  • Penurunan berat badan lahir 
  • Masalah kesihatan pada bayi. 
Pengambilan 3 cawan susu rendah lemak akan 
  • Menyediakan lebih daripada 90 peratus keperluan kalsium harian
  • Memenuhi lebih daripada satu pertiga daripada keperluan protein harian sepanjang kehamilan
Protein juga lambat dihadam & menjadikan kita kenyang lebih lama. Bagus untuk elak kencing manis
.
Gandingan protein & serat yang mencukupi dalam diet harian
.
Akan membantu kita kawal selera makan

3. Vitamin D untuk penyerapan kalsium & kesihatan bayi

Pengambilan susu untuk ibu mengandung akan memastikan ibu & bayi sihat sepanjang kehamilan.
.
Susu adalah salah satu daripada beberapa sumber diet vitamin D, nutrien penting semasa mengandung untuk mencegah rheumatik neonatal dan berat lahir rendah. 
.
Dan banyak kajian mengenai minum susu semasa hamil & berat kelahiran telah dilakukan
.
Pengambilan susu akan memenuhi keperluan vitamin D sebanyak 59%.
.
Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam "Journal of Medical Association Journal" pada tahun 2006, sedangkan kebanyakan nutrisi dalam susu mungkin diperoleh dari makanan atau suplemen lain, vitamin D jarang terdapat dalam sumber makanan di luar susu yang diperkaya. 
.
Satu cawan susu diperkaya, rendah lemak menyediakan 117 IU daripada 600 IU vitamin D yang anda perlukan setiap hari kehamilan; 
.
Tiga cawan setiap hari menyediakan 59 peratus daripada keperluan anda.
.

4. Antacid untuk masalah gastrik semasa hamil

Susu adalah antacid yang bagus.
.
Mengurangkan asid perut yang boleh menyebabkan gastrik
.
Pedih ulu hati adalah keadaan biasa berlaku semasa kehamilan. 
.
Terutama sekali semasa trimester ketiga
.
Sebab saiz perut mengecil ditekan bayi
.
Dan kita mudah lapar
.
Perlu kerap makan
.
Minum susu sejuk membantu meringankan masalah pedih ulu hati dan masalah gastrik lain.
.

5. Membekalkan air yang diperlukan badan

Susu membantu membuat anda terhidrasi. 
.
Menjaga diri anda terhidrasi semasa mengandung adalah sangat penting untuk anda dan juga bayi anda. 
.
Ia membentuk semua kehilangan cecair di dalam badan anda.


6. Anak membesar lebih tinggi & risiko diabetes berkurang

Menurut dailymail, wanita yang minum susu semasa mengandung lebih cenderung mempunyai anak yang lebih tinggi & mengurangkan risiko diabetes sepanjang hayat.
.
Wah banyaknya kebaikan minum susu kan
.
Penemuan ini telah diterbitkan dalam  European Journal of Clinical Nutrition yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang minum susu semasa hamil
.
Mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi dalam aliran darah
.
Jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang kurang minum susu.
.

Kesimpulan

Memang terdapat banyak jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran
.
Nak pilih yang mana ikut harga & citarasa
.
Pastikan kita minum susu ikut keperluan
.
Sebabnya
.
Ada antara susu ini yang tinggi kandungan gula
.
Jadi periksa kandungan gula dan kalori dalam jadual pemakanan di kotak susu
.
Selamat mencuba

11 Responses to "Susu untuk ibu mengandung? Tambah tenaga & Kaya Kalsium!"

  1. Kalaulah tau banyak khasiat susu masa mengandung memang paksa jugak minum susu.
    Hakak dulu masa mengandung tak suka minum susu Mazni. Agaknya org kg kot. Mana biasa minum. Bila dah semakin tua ni baru rasa sedap susu tu hihi..

    BalasPadam
  2. Susu amat penting utk kesihatan Kita esp semasa mengandung lagilah Kita memerlukan nya kan

    BalasPadam
  3. memang penting untuk kesihatan ibu dan bayi, pengalaman saya dua kali lepas bersalin mesti kene cabut gigi huhuhu

    BalasPadam
  4. Huuu sebut pasal susu ni pun kurang suka jugak, tapi kena telan jugakk,, masuk tekak

    BalasPadam
  5. saya jenis yang tak minum susu pun.

    BalasPadam
  6. Masa preggy sy minum susu coklat yg jual kt kedai tuh x minum susu khas utk ibu preggy pun sbb tekak xleh msuk

    BalasPadam
  7. Terliur pulak tengok gambar susu ni. lagi2 saya ni peminat susu ^^

    BalasPadam
  8. Ana memang peminat no 1 susu segar. Tp maasa pregnant yg lepas langsung tak boleh minum susu segar langsung. Last2 kena tukar ke susu coklat pula. Penangan pregnant tu. Hehe

    BalasPadam
  9. susu bagus utk tulang dan gigi
    tinggi calcium

    BalasPadam
  10. Ibu ni memang jenis suka minum susu

    jadi kalau mengandung alhamdulillah tak ada masalah

    BalasPadam
  11. Sha rajin minum susu masa ngandung anak pertama.. Anak kedua sha alahan dengan susu.. tapi try juga minum sikit-sikit.. sebab baguskan..

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„