Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Bacaan gula darah normal untuk elak kencing manis!

Mempunyai tahap gula dalam darah yang normal sangat penting untuk menyokong kecergasan badan
.
bacaan gula darah normal dan kencing manis

.
Dan bagus untuk kesihatan kita. 
.
Berapakah paras gula darah normal yang sihat?

Bacaan paras gula darah yang normal & Sihat!

Bacaan paras gula darah normal
Sukat paras gula darah dengan alat pengukur gula darah

Paras gula darah boleh berubah bergantung pada makanan yang kita ambil
.
Dan masa bacaan diambil seperti sebelum dan selepas makan.
.
Kandungan gula darah orang dewasa & kanak kanak  pun tak sama. 

Artikel ini akan membantu kita memahami
  1. Gula darah normal
  2. Julat gula darah untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  3. Gula darah antara pesakit diabetes.
Bagi orang yang menghidap penyakit kencing manis
.
Sangat penting untuk sentiasa pantau tahap glukosa darah. 
.
Supaya tidak naik terlalu tinggi
.
Atau turun terlalu rendah
.
Penting sangat
.
Terutama sekali untuk wanita hamil untuk mengawal Bacaan & tahap gula dalam darah semasa mengandung.
.
Tahap paras gula darah normal perlu berada dalam julat di bawah (Dapatkan pandangan doktor untuk penerangan lebih lanjut)

Julat gula darah

cara mengukur paras gula darah

1. Paras gula tidak berpuasa

Bacaan gula sebelum makan: 70 - 130 mg / dL.
Bacaan gula 2 jam selepas makan: kurang daripada 180 mg / dL.

2. Paras gula darah semasa berpuasa

Bacaan gula darah berpuasa (8 jam tidak makan): kurang daripada 100 mg / dL.
.
Sebelum tidur: 100 - 140 mg / dL.
.
Menurut laman Diabetes.co.uk pula, julat yang diberikan dibawah adalah garis panduan umum yang diberikan oleh National Institute for Excellence Clinical (NICE).
.
bacaan paras gula darah dari NICE

Jadual NICE diatas menunjukkan tahap glukosa darah untuk 
  • Orang dewasa dengan diabetes jenis 1 & diabetes jenis 2. 
  • Kanak-kanak dengan diabetes jenis 1.
  • Tahap gula bagi orang yang tidak menghidap kencing manis / diabetes yang ditetapkan Persekutuan Diabetes Antarabangsa.
NICE ni apa?
.
The National Institute for Health and Care Excellence (NICE) adalah badan bukan kerajaan dari jabatan kesihatan di United Kingdom yang menerbitkan garis panduan dalam 
  • Penggunaan ubat-ubatan baru dan sedia ada (rawatan dan prosedur)
  • Smalan klinikal (panduan mengenai rawatan dan penjagaan yang sesuai dengan orang yang mempunyai penyakit dan keadaan tertentu)

Penting untuk tahu yang bacaan ini adalah secara umum saja
.
Terutama sekali panduan ni untuk negara UK
.
Kita masih berbincang dengan doktor di Malaysia untuk tetapkan paras gula yang selamat
.
Sebab cara hidup & cara makan orang Asia tak sama dengan orang eropah.
.

Kesan Tahap Gula Darah terlalu rendah & tinggi!

Bagi pesakit kencing manis
.
Akan ada masanya paras gula akan turun rendah 
.
Dan pada masa yang lain naik tinggi di luar julat normal
.
Penting untuk mengekalkan paras gula darah normal kita.
.
2 keadaan ini di kenali sebagai
  1. Gula darah rendah (hypoglycemia) - paras di bawah 70 mg / dL 
  2. Gula tinggi (hyperglycemia) - paras melebihi 200 mg / dL.
Kedua dua keadaan ini boleh memberi kesan negatif ke atas badan kita. 
.
Kesan macam mana tu?
ambil makanan yang berkhasiat untuk kawal gula darah

10 Kesan tahap gula dalam darah terlalu rendah!

  1. Tubuh terasa lesu.
  2. Kulit kelihatan pucat.
  3. Berpeluh.
  4. Badan rasa sangat letih.
  5. Rasa lapar.
  6. Rasa resah
  7. Susah untuk fokus
  8. Mudah naik angin
  9. Rasa tidak stabil untuk berjalan
  10. Kejang
Tanda tanda gula darah rendah tidak terhad kepada 10 diatas sahaja
.
Bagaimana pula tanda gula dalam darah tinggi

9 Tanda paras gula dalam darah terlalu tinggi!

  1. Berat badan turun dengan banyak.
  2. Selera makan meningkat.
  3. Badan terasa letih.
  4. Selalu rasa haus.
  5. Selalu buang air kecil.
  6. Rasa resah
  7. Pandangan menjadi kabur.
  8. Kulit hilang serinya
  9. Selalu berlaku masalah jangkitan kuman pada gigi & gusi.

Perbandingan paras gula darah normal untuk orang sihat dan diabetes

Badan yang sihat mempunyai kemampuan hebat
.
Kemampuan untuk stabilkan gula dalam darah
.
Bila rendah akan naikkan semula
.
Dan bila tinggi akan rendahkan
.
Prinsipnya sama macam pelampung dalam bilik air atau kolah di masjid.
.
Nak elakkan air melimpah & juga air kolah kering.
.
Bila kita menghidap kencing manis
.
Badan hilang kuasa ini
.
Umpama pelampung tu rosak
.
Kajian telah dilakukan 
.
Dan
.
Ini bacaan gula darah bagi kebanyakan lelaki & wanita yang sihat
  1. Bacaan semasa berpuasa : 4.0 hingga 6.0 mmol / L  atau (72 hingga 108 mg / dL)
  2. Bacaan untuk 2 jam selepas makan :  7.8 mmol / L (140 mg / dL)
Ini pula bacaan gula darah bagi pesakit kencing manis lelaki & wanita
  1. Bacaan sebelum makan: 4 hingga 7 mmol / L untuk pesakit diabetes jenis 1 atau jenis 2
  2. Bacaan selepas makan
    • Pesakit kencing manis jenis 1 : Lebih rendah dari 9 mmol / L
    • Pesakit kencing manis jenis 2 :Lebih rendah dari 8.5mmol / L 

Kenapa kawalan paras gula darah penting untuk kesihatan kita?

Penting sangat untuk mengawal paras gula darah kita
.
Supaya dapat elak mendapat penyakit yang disebabkan kencing manis.
.
Antara punca penyakit yang berlaku disebabkan diabetes ialah
  1. Penyakit buah pinggang
  2. Kerosakan saraf
  3. Penyakit retina
  4. Penyakit jantung
  5. Strok
  6. Masalah tidak subur lelaki & wanita

Bila sesuai kita nak buat ujian gula dalam darah?

Bagi individu yang di syaki menghidap kencing manis
.
dan perlu untuk melakukan ujian gula
.
Ini masa yang sesuai untuk pantau gula anda
  1. Semasa puasa : dilakukan selepas berpuasa & tidak makan sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
  2. 2 jam selepas makan. Ujian ini dikenali sebagai ujian toleransi glucosa
  3. Pemeriksaan secara rawak
  4. Ujian gula 6 minggu selepas melahirkan anak. Disarankan untuk ibu yang mempunyai kencing manis semasa hamil
  5. Ujian darah setiap 3 bulan sekali untuk menguji nilai HbA1c

Perlu ke saya membeli alat pengukur gula darah?

Alat untuk menyukat bacaan gula darah penting & mesti dimiliki oleh orang yang menghidap kencing manis. 
.
Kenapa? 
.
Dengan alat ini
.
Pesakit kencing manis boleh memantau paras gula darah setiap hari.
.
Sebelum & selepas makan. Lepas minum susu ke
.
Boleh kita sukat paras gula darah
.
Dan perkembangan penyakit kencing manis dapat di kawal rapi.

Bagaimana memilih alat pengukur gula darah yang baik?

Di bawah ini Maznee berikan beberapa tips untuk memilih alat yang bagus
.
Di luar sana ada banyak jenama & harga pun ada yang murah
.
Sehingga yang mahal
.
Tak perlulah beli yang terlalu canggih
.
Sampai mengalahkan alat doktor di hospital

1. Harga alat pengukur gula darah

Pilih alat yang sesuai dengan kemampuan kita.
.
Tapi pada masa yang sama, baca review di internet.
.
Sama ada alat ini tahan lasak & berbaloi dengan harganya.
.
Tak guna beli murah tapi asyik rosak.
.
Dan asyik kena beli baru kan?
.
Selain membeli alat in, kita juga menggunakan kertas jalur yang perlu ditukar setiap kali penggunaan.
.
Kena ambil kira harga kertas jalur ini juga.

2. Mesra & mudah digunakan! Mudah diurus

Ada banyak model & jenama alat pengukur gula darah di pasaran. 
.
Ada yang mudah digunakan.
.
Ada pula susah.
.
Ini tips untuk kita memilih
  • Pilih alat yang senang digunakan.
  • Alat mestilah mudah untuk diselenggara. 
  • Pilih alat yang sedikit besar supaya huruf yang dipaparkan mudah dilihat. 
  • Mudah untuk meneteskan darah pada jalur pengukuran. 
  • Khidmat sebelum & selepas jualan yang baik. Dapatkan penerangan terperinci cari penjual & minta mereka mengajar cara menggunakan alat ini.

3. Memori Penyimpanan

Pilih alat yang mampu merekod memori bacaan lepas supaya sejarah bacaan gula darah direkod dengan baik tanpa merakam kertas.

4. Sokongan

Jika alat tersebut rosak, pastikan jelas cara untuk diperbaiki atau di ganti baru semasa dalam tempoh jaminan
.
Selain 4 perkara diatas.
.
Ambil kira juga ketepatan nilai alat pengukur gula darah / glukometer yang kita akan beli.
.

Kesimpulan untuk paras gula darah

Sudah sampai ke akhir artikel
.
Semoga informasi ini bermanfaat kepada tuan & puan
.
Jaga pemakanan pasti hidup kita aman.
.
Kerana dengan mengawal pemakanan, insyaallah kesihatan kita akan lebih terjamin
.
Rujukan gambar
  1. Healthstatus
  2. Vitamonk

13 Responses to "Bacaan gula darah normal untuk elak kencing manis!"

  1. Lama tak check gula dalam darah.. Kena check juga nanti nie..

    BalasPadam
  2. Perasan jugak lah tang part org yg nak check kencing manis tu mesti kena puasa kan. huhue. tp musykil jugak kenapa bila tahap gula tinggi berat badan turun pulak? err

    BalasPadam
  3. After bahaya jika hidap diabetes ketika mengandung. Mujur Ada supplement Dan ubat apt shaklee

    BalasPadam
  4. huu ..main bab gula ni rasa gerun sikit.. tq sharing..

    BalasPadam
  5. eloknya awal2 lagi elak makan benda benda manis

    BalasPadam
  6. Kalau tak kawal kadar gula memang memudaratkan badan kita. Elok kawal dari sekarang. Dulu saya kuat manis. Suka minum air gas semua. Sekarang minum bila nak je.. Lebih suka minum air suam

    BalasPadam
  7. Thanks share, sy mmg tgh cari info pasal bacaan gula hihi

    mellyacrayola.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Teringat bekas rakan sekerja yang ada penyakit kencing manis walaupun tak 'pemanis' orangnya ^_^ Kalau paras gulanya rendah, memang nampak dia pucat lesu tak bermaya. Ada masanya sibuk mencari rakan mana yang ada simpan stok gula-gula.

    Lama juga tak check paras gula ni. Rasanya macam naik aje...

    BalasPadam
  9. Umur mcm sis ni mmg kena berjaga jaga, kurangkan makanan yg bergula. Maklumlahkan hihu. Takutlah Maznee..

    BalasPadam
  10. Mak mak mengandung dan pesakit kencing manis elok baca ni kan Maznee

    BalasPadam
  11. Pening kan nak makan apa bila badan dah tak sihat ni

    nak makan itu ini semua ada pantang nya

    BalasPadam
  12. Hmm lama dah tak cek gula dalam darah. Last masa enam bulan lepas bersalin hari tu.

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„