Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba

"Ikut tips dari pakar kecantikan ini untuk hilangkan garisan halus, kedutan, bintik gelap, dan tanda-tanda penuaan di muka supaya nampak awet muda"
Maznee pasti, ramai dari kita mencari cara untuk kelihatan lebih muda dari usia sebenar kita
.
Terutama yang selamat
"Dan tidak memerlukan produk kosmetik kan?"
Memang banyak produk kosmetik kita gunakan seharian. Daripada losyen anti-penuaan, serum, dan krim siang malam
.
Ada dari produk ni yang mempunyai bahan berbahaya tersembunyi di dalammnya
.
Dan boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan
"Sebab itu ramai orang kena kanser & penyakit yang tak wujud zaman mak ayah kita dulu"
petua awet muda lebih lama

Jadi
.
Maznee akan kongsikan hasil dapatan
.
Tentang perkara yang kita boleh amalkan setiap hari, yang jika kita amalkan
"Kulit makin sihat, badan makin cergas & kita akan kelihatan lebih muda dari usianya"
Tips ini diperolehi dari kajian saintifik & perkongsian pakar kecantikan di internet
"Baca sampai habis & pilih yang mana satu kita berkenan nak cuba hari ini"

6 Petua awet muda ini selamat & berkesan! Tanpa bahan kima

1. Berhenti merokok

merokok menyebab kita tua. Tips awet muda berhenti merokok

Zaman sekarang ni lelaki dan perempuan dah merokok
.
Tak menghairankan, yang bertudung pun ada lagi muda muda dah merokok
.
Merokok ni banyak kesan buruk kepada kesihatan dalaman seperti tekanan darah tinggi & kencing manis
.
Dan semestinya luaran
"Merokok akan buatkan kita tua lebih cepat"
Menurut kajian yang di lakukan Benerjee KK, yang di kongsikan di ncbi. Merokok menyebabkan kesan perlindungan vitamin c & glutathione dalam badan kita merosot
.
Kajian ini juga menyebut, kehadiran radikal bebas penyebab kanser yang lebih tinggi dalam badan perokok kerana kerosakan yang diakibatkan oleh asap rokok
.
merokok merosakkan vitamin c dan membentuk radikal bebas

Dalam kajian lain dilakukan oleh Doktor Gordon Shecktman & kumpulan penyelidiknya, Amalan merokok telah dibuktikan menurunkan paras vitamin c dalam badan. Boleh baca di bahagian perbincangan / discussion di laman ncbi
.
Vitamin c ni penting untuk pembentukan kolagen baru bawah kulit tau
.
Kalau vitamin c dirosakkan oleh asap rokok, tak hairanlah kita akan nampak lebih cepat tua
.
Kulit pun cepat kedut
.
Kesan negatif pada penampilan kita yang boleh dilihat, 
  1. Menyumbang kepada penuaan kulit pramatang
  2. Kedutan kulit
  3. Gigi hilang putihnya & berwarna kuning
  4. Risiko penyakit kulit psoriasis meningkat.

Asap rokok menghalang peredaran darah yang baik, ini membuatkan kita lebih cepat nampak tuan
.
Kemungkinan kita mendapat kanser paru-paru atau penyakit jantung lebih tinggi.
.

2. Makan makanan yang kaya antioksidan

makanan kaya antioksidan akan buat kita awet muda

Kebaikan antioksidan memang ramai dah tahu
.
Tapi hakikatnya kesedaran untuk mengambil makanan kaya antioksidan masih rendah di Malaysia
.
Dari laman Webmd, Antioksidan bertindak melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas. 
.
Ramai pakar percaya kerosakan ini adalah faktor dalam perkembangan penyakit saluran darah (aterosklerosis), kanser, dan keadaan lain.
.
Diet yang sihat akan menyihatkan seluruh badan, tapi
.
Ada banyak lagi kelebihan lain
.
Contohnya, buah-buahan seperti anggur kaya resveratrol & mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E sangat baik untuk kulit. Sebab itu vivix kaya dengan antioksidan.
.
Dr Anaya Mandal dari laman news-medical.net berkongsi
"Terdapat beberapa sistem antioksidan dalam tubuh yang membantu mengatasi tekanan oksidatif yang dihasilkan daripada proses metabolik yang biasa."
Katanya lagi, kehadiran antioksidan dalam diet harian kita boleh membatalkan kerosakkan sel disebabkan tekanan oksidatif dari radikal bebas.
.
Apa sumber makanan yang kaya antioksidan?
.
Menurut laman medicalnewstoday, 
"Sumber terbaik antioksidan ialah tumbuhan (buah-buahan dan sayur-sayuran)"
Makanan yang sangat tinggi dalam antioksidan sering disebut sebagai "superfood"
.
Contoh makanan superfood ini termasuklah
  1. Buah buahan jenis beri seperti strawberi & beri biru
  2. Sayur-sayuran berdaun seperti bayam
  3. Terung
  4. Makanan yang kaya warna sering mengandungi  antioksidan yang tinggi seperti lemon, tomato & tembikai.
Selesai dengan antioksidan
.
Tips seterusnya, kalau di amalkan bersama dengan antioksidan
.
Kesannya jauh lebih baik
.
Iaitu

3. Makan lemak yang sihat

petua awet muda makan lemak sihat

Lemak yang sihat?
"Bukan kah semua yang berlemak tak sihat"
Itu salah faham ramai orang kan?
.
Tapi sebenarnya
"Lemak sihat seperti asid lemak omega 3 sangat baik untuk kesihatan. Apa lagi untuk awet muda"
Produk shaklee yang kaya asid lemak sihat ialah omegaguard. Terdapat banyak sebab untuk menyukai asid lemak omega-3. Antara sebabnya ialah
  • Ia membuat kita kenyang lebih lama
  • Membantu badan menyerap vitamin penting untuk kesihatan. Sebab tu elok makan omegaguard bersama vitalea supaya penyerapan lebih baik.
  • Ada kajian menunjukkan risiko penyakit kardiovaskular yang berkurangan dengan asid lemak sihat ini. 
  • Kulit yang lebih sihat, licin, lebih muda
kajian saintis petua awet muda asid lemak omega 3

Kajian saintis menunjukkan pengambilan omega 3 yang bercukupan akan membantu mengurankan risiko kencing manis
.
Laman diabetes.co.uk mengatakan
"Ujian menunjukkan  wanita yang sering mengambil tahap omega-3 yang lebih tinggi didapati mempunyai kesihatan usus yang lebih sihat. Faedah untuk kesihatan mikrobiomes yang pelbagai adalah penting kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko obesiti dan diabetes jenis 2, serta keadaan usus seperti Crohn atau kolitis."
Dan dalam 1 kajian lain oleh  Jason Hy Wu dan pasukan penyelidik yang diterbitkan di ncbi, membuat kesimpulan
"Berdasarkan semua bukti yang ada dari kajian, EPA + DHA dan ikan / makanan laut mempunyai kesan yang signifikan dengan risiko keseluruhan kencing manis, sementara Alpha linolic acid (ALA)  dari tanaman kurang mempengaruhi risiko menghidap diabetes yang lebih rendah"
.

4. Jadikan senaman cara hidup kita

petua awet muda banyak bersenam dari muda

Bersenam ada banyak kelebihan
.
Dan antara kelebihannya adalah awet muda
.
Sebab apa?
.
Menurut kajian, orang yang selalu bersenam akan mempunyai tahap tekanan yang lebih baik
.
Menurut Anxiety and Depression Association of America (Aada), 
"Senaman penting untuk mengekalkan kecergasan mental, dan dapat mengurangkan tekanan. Kajian menunjukkan senaman sangat berkesan untuk mengurangkan keletihan, meningkatkan kewaspadaan dan tumpuan, dan meningkatkan fungsi kognitif keseluruhan. Ini sangat berguna apabila tekanan telah menghabiskan tumpuan kita"
Orang yang kurang tekanan akan banyak tersenyum
.
Jadi lambatlah tua
.
Badan pun sihat sebab kita keluarkan toksin dari badan melalui peluh
.
Dan dapat bakar lemak berlebihan
"Pernah tak kita fikir, kenapa orang korea dan jepun nampak awet muda lebih lama?"
Mesti pernah kan?
.
Inilah dia tips untuk awet muda yang kelima
.
Apakah itu?

5. Makanan yang kaya protein

petua awet muda korea jepun makan protein ikan

Seperti yang Maznee tanya tadi
.
Kenapa orang korea & jepun, wanita mereka nampak lebih awet muda? Antara sebabnya ialah
"Mereka banyak makan ikan & sayur sayuran"
Ikan kan sumber protein yang baik
.
Malah sesetengah ikan kaya dengan asid lemak omega 3 & vitamin.
.
Gabung pula dengan sumber protein yang baik.
.
tips awet muda wanita jepun makanan berprotein

Kebanyakan wanita perlu makan 46 gram protein setiap hari (Dan lebih banyak diperlukan jika kita hamil atau menyusu). 
.
Antara sumber protein yang baik adalah soya iaitu bahan mentah ESP.
.
Apa kelebihan pengambilan protein yang cukup dalam diet? Memang banyak

  1. Bantu kawal selera makan kerana kita kenyang lama
  2. Membantu menurunkan berat badan & lebih kurus
  3. Bentuk badan kekal menawan
  4. Protein membantu membina dan mengekalkan jisim otot, yang selalu hilang dengan pertambahan usia
  5. Penting untuk rambut yang sihat & kuat.

Tapi, pastikan kita ambil protein dengan sederhana
.
Kerana pengambilan berlebihan akan beri beban lebih pada buah pinggang. Boleh bengkak organ penting kita ni
.
Lepas tu protein akan keluar ikut air kencing. Tu yang berbuih
.
Kita kan nak pakai lama buah pinggang tu. Daripada nak awet muda, lain jadinya
.
Sebab itu amalkan pemakanan sihat & seimbang supaya kita cantik & cergas. Makanan yang baik untuk buah pinggang elok di makan setiap hari. 
.
Kalau tak jaga makan, nanti dah rosak baru nak cari vivix.
.
Paling teruk, kena dialisis.
.
Cakap tentang dialisis dan buah pinggang rosak
"Tips awet muda no 6 ini salah satu sebab utama kerosakan buah pinggang"
Apakah ia?

6. Kurangkan pengambilan gula

awet muda kurangkan makan manis gula

Bukan setakat gula menyebabkan obesiti iaitu berat badan berlebihan, diabetes, dan penyakit jantung
.
Gula mungkin memberi kesan tidak baik pada kecantikan kulit kita. 
.
Dalam kajian tahun 2010, para penyelidik menemui satu hubungan antara gula  seperti glukosa dan pengeluaran advanced glycation end products (AGES).
.
Jadi makan & minumlah hidangan manis secara berpada pada
.
Sebab ia akan buatkan kita nampak tua

Kesimpulan

rahsia awet muda amalkan tips diatas

Ada banyak lagi tips untuk kelihatan muda lebih lama. Kita akan sambung di kemudian hari
.
Dah ada yang berkenan di hati?
"Cuba pilih 1 daripada 6 tips diatas & kongsikan di ruangan komen"
Nak juga tahu tips mana yang paling popular
Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cuba Reviewed by Mazni Azmi on November 27, 2017 Rating: 5

8 comments:

  1. huu terung tu pun memang pantang x leh makan ..

    ReplyDelete
  2. Awet muda dan nampak cantik memang idaman hati wanita

    ReplyDelete
  3. dalam bab merokok lah paling saya hairan..

    walaupun difatwakan haram masih ada juga orang Islam masih hisap rokok..

    memgambarkan hukum fatwa tersebut tiada.apa-apa

    senang cerita ...cegah diri dan ahli keluarga dari merokoklah yang mampu untuk dilakukan

    ReplyDelete
  4. selain berkesan, paling penting produk kena selamat..barulah berbaloi awet muda..hhe

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni memang amalkan bantak minum air suam

    ReplyDelete
  6. sy mmg penggemar ikan..ikan kn sumber protein. plus plak suka sangat mkn buah2an..nasib baik ada dlm senarai petua awet muda..hehe

    ReplyDelete
  7. Siapa lah tak nak awet muda kan

    banyakkan berzikir dan kawal makan

    insyaallah awet muda

    bukankah mengingati Allah hati akan tenang

    ReplyDelete
  8. Jom amalkannnn!. Mari muda sampai nenek2.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.