Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling Kelakar

Ramai yang suka tonton drama korea. Dan tipulah kalau kita tak cemburukan kecantikan kulit wanita korea

Kulit mereka bersih & putih gebu

Itu kulit pelakon mereka, tapi bagi kita yang pernah ke korea

Rata rata wanita korea memang mempunyai kulit cantik putih gebu

Apa rahsia mereka?

rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea
Rata rata wanita korea mempunyai kulit yang cantik & bersih. Apa rahsia mereka?
Hari ini Maznee akan kongsikan kepada wanita Malaysia

Supaya boleh cuba sendiri di rumah

Dan amalkan pantang yang betul, dari segi makanan berkhasiat serta tips penjagaan kulit

Sama sama kita cuba ok?

Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Bagaimana cara mereka melakukannya?

Wanita korea sangat berdisiplin dalam menjaga kesihatan kulit mereka

Setiap hari tanpa jemu

Tips pertama ini mesti kita tak sangka

Sebab apa?

Ia sangat mudah sampai ramai terlepas pandang

Semua wanita, sama ada anak dara, isteri orang, sedang hamil 

Atau pantang bersalin boleh amalkan

1. Pakai toner dalam masa 10 saat selepas mandi

Kan Maznee dah kata tadi

Mana kita buat semua ni

Betul kan?

Lepas mandi saja cepat cepat pakai toner

Pantang betul tak buat

Tips ini sering di berikan dalam majalah kecantikan korea

Apa logiknya buat semua ini?

10 saat pertama ini sangat penting kerana kulit kita dalam keadaan lembap lepas mandi air panas

Semakin lama kita menunggu

Kulit kita menjadi semakin kering

Dengan memakai toner sepantas mungkin, sepantas atlet olimpik berlari pecut 100 meter menuju ke garisan penamat

Lebih cepat kita boleh mengunci kelembapan itu dan memastikan kulit dilindungi sebaiknya

Kalau pelari pecut dapat hadiah pingat emas

Anggap sajalah hadiah yang bakal kita terima kulit yang bersih & cantik. Awet muda tu

Siapa tak nak kan?

Jadi, pastikan kita letakkan toner di bilik air di rumah kita

Dan juga di dalam beg tangan semasa kita keluar rumah, pergi bercuti di Melaka ke

Kita bina rutin & tabiat baru

Mula mula tu macam susah, tapi
"Alah bisa tegal biasa kan?"
Yang jadi cabaran tu, kalau kita sedang tak sihat

Contohnya masa alah mengandung yang teruk & juga masa pantang bersalin

Ada masa ke nak buat semua ni?

Tengok orang juga, ada orang sanggup

Kalau Maznee, kesihatan diri diutamakan dulu

Macam mana dengan rahsia kulit cantik pertama?

Best kan

Tips kulit cantik putih gebu kedua pun tak kurang ringkasnya

Aha

Nak tahu apa dia?

2. Basuh muka 2 kali, Sekali tak cukup!

Memang simple kan

Orang lain cuci muka sekali

Wanita korea cuci 2 kali, di sana boleh dikatakan ini bukan perkara aneh

Hampir semua orang melakukannya

Macam mana nak basuh muka 2 kali dengan cara yang betul?

Mula mula, bersihkan make up yang ada di muka menggunakan skincare yang ada

Maznee rekeman pakai pencuci muka semulajadi dari Shaklee

Kemudian 

Barulah cuci muka kita 2 kali

Kulit kita akan cantik seperti rama rama baru keluar dari kepompong

wajah yang cantik berseri seperti bidadari
Baju tradisional semua bangsa menampakkan kewanitaan & kelembutan mereka
Kalau diikutkan logikkan, sepatutnya wanita muslimah ada kulit yang lagi cantik betul tak?

Sehari berapa kali kita ambil wudhu?

Paling tidak, yang wajib saja kita solat 5 kali sehari

15 kali kita cuci muka siang & malam

Selesai sudah tips kedua

Tips no 3 pun senang nak buat

3. Urut muka sendiri

Selalu kita urut badan bila sakit kan

Ibu berpantang wajib berurut nak betulkan urat

Tak pernah pula dengar orang kita urut muka

Wanita korea dah jadikan urutan muka ni rutin

Dan semakin ramai wanita seluruh dunia mengikut trend ini

Lakukan setiap hari untuk menggalakkan peredaran darah yang lebih baik ke otot dan sel di muka

Urutan yang baik akan meningkatkan peredaran darah 

Dan bekalan oksigen yang mencukupi di wajah kita akan menjadikan kulit muka bercahaya dan berseri.

Nak tahu apa lagi terbaik?

Amalan mengurut muka, jika dilakuan setiap hari membantu menegangkan dan menguatkan otot muka kita untuk membantu memerangi kedutan dan mencegah kulit daripada cepat tua

Maknanya

Siapa yang selalu buat akan nampak awet muda dan cantik

Sebenarnya sebelum ini Maznee pernah dengar, mengambil wudhu itu sebenarnya adalah urutan kepada anggota tersebut

Jadi sekali lagi, siapa yang buat dengan ilmu dia akan dapat manfaat

Ambil lah air whudhu tu sungguh sungguh

Memang patutlah ada petua, nak awet muda selalu ambil wudhu

Tamat tips ke 3

Tips no 4 akan buatkan kita rajin ke dapur

Dan murah pula tu caranya

Hihi, tak percaya?

4. Basuh muka dengan air basuhan beras

Alahai

Tips ni ramai dah tahu, tapi tak sangka orang korea pun buat kan?

Itulah, ilmu yang dimanfaatkan akan menampakkan hasil

Wanita di Korea dah amalkan tips mencuci muka dengan air beras berkurun lamanya

Ini kerana mereka tahu manfaatnya untuk kulit

Dari nenek moyang mereka turunkan kepada anak cucu

Ada banyak kebaikan air beras untuk kulit kita, antaranya ialah
  1. Pelembap semula jadi yang membantu melambatkan penuaan
  2. Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata
  3. Menghilangkan bintik-bintik penuaan
  4. Dan yang paling memeranjatkan, mencerahkan kulit
Macam mana cara nak sediakan air basuhan beras yang betul?

Ini caranya
  1. Rendam beras selama kira-kira 10-15 minit
  2. Kemudian kodekkan air rendaman beras tersebut sehingga bertukar warna kepada keputihan
  3. Asingkan beras untuk dimasak. Air beras jangan dibuang. 
  4. Gunakan air ini untuk membasuh muka

Amalkan tips mencuci muka dengan air beras untuk rahsia kulit cantik

Kita akan mendapati kulit menjadi lebih lembap & cerah

Murah & senang kan?

Cuma, janganlah kita selalu masak beras sebab nak cantik kan. Makan nasi banyak banyak berat badan naik susah nak turun

5. Amalkan pengambilan makanan tambahan

Wanita korea memang makan ginseng sebagai makanan tambahan mereka

Cuma makanan herba seperti ginseng mesti dimakan dengan betul supaya tidak berbahaya kepada buah pinggang

Makan dengan betul, buah pinggang tak ada masalah

Dan dalam ginseng terdapat sebatian polifenol, siapa yang makan shaklee mesti tahu vivix kaya dengan polifenol yang banyak

Antaranya resveratrol yang bagus untuk awet muda

Selain itu vivix juga kaya dengan antioksidan & anthocynin

Semua ini telah dibuat kajian & dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser

Ginseng adalah salah satu rahsia kecantikan wanita Korea sekian lama

Ia mempunyai sifat anti-penuaannya

Dan ginseng juga merupakan bahan utama dalam masakan Korea

Ginseng sangat baik untuk membantu detoksifikasi kulit dan menghilangkan bahan pencemar dalam badan

Kaya dengan antioksidan

Tamat tips ke 5

Tips no 6 mungkin agak luar biasa

Tapi itulah hakikatnya, nak cantik punya pasal

Wanita korea gemar melakukannya

Apakah ia?

6. Tampar muka kita! 

tampar muka untuk kulit cantik

Betul tu

Ramai wanita korea menampar muka sendiri untuk tujuan kecantikan

Anggaplah ia salah 1 jenis daripada cara mengurut wajah

Dan menggalakkan pengaliran darah ke kulit muka

Anda mesti lihat video di bawah ni
"Live demo untuk mencantikkan kulit menggunakan teknik yang betul!"

hikmat tamparan kulit cantik kuasa lemon
Rasakan hikmat tamparan kulit cantik kuasa lemon!!!!
Dan percaya atau tidak

Ini benar-benar teknik super popular di Korea

Wanita di Korea akan menampar muka mereka kira-kira 50 kali selepas menamatkan rejimen penjagaan kulit harian mereka

Tujuannya

Bagi melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot muka

Maznee tak galakkan kita buat tips ini

Kalau nak buat pun jangan lah kuat kuat, nanti merah merah muka tu

Orang yang tak tahu akan ingat kulit kita blushing kemerahan

Haha

Kesimpulan tips untuk kulit cantik wanita Korea

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang wanita korea amalkan setiap hari untuk dapat kulit yang bersih dan awet muda

Nanti Maznee kongsikan lagi ya

Terima kasih kerana singgah blog ini

Assalamualaikum

PS: Jika anda rasa artikel ini bagus & bermanfaat, boleh share kepada kawan kawan & keluarga

17 Responses to "Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling Kelakar"

  1. Bagus tios2 especially tamparan wanita Tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh buat kursus kecantikan berasaskan terapi tamparan muka

      😁

      Padam
  2. Alamak

    Jurus tamparan kuasa lemon tu betul betul boleh cantikkan muka ya

    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya macam tu lah ibu zaid

      Maznee pun macam susah nak percaya

      Tapi dah yang kongsi tips ni pun orang korea juga 😁

      Padam
  3. Balasan
    1. Adoii

      Tapi nak lawa dan dapat kulit putih gebu dan sihat macam orang korea

      Mesti ramai yang sanggup

      Padam
  4. Hahaha kena penampar terus semua urat muka berfungsi ye akak. Jenuh kena tampar dua belah muka. Sebelah aje tak seimbang pula otak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Urat urat saraf satu badan terasa dan terasa kesegaran kan ruby

      Kalau mengantuk pun boleh hilang

      Padam
  5. kalau saya wanita memang saya amalkan teknik dan tip ini.

    lelaki perlu jaga juga kecantikan kulit tetapi tak nak la terlalu detail.

    pelik rupa kalau lelaki dengan kulit yang terlalu licin,mulus dan flawless

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah macam lelaki korea

      Nampak tak macho

      Hilang aura kelelakian

      Padam
  6. kulit diaorang tak kira lelaki atau perempuan memang licin tanpa jerwat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam tu kan ema 😣

      Dah jadi budaya

      Pembedahan plastik pun sama kat sana dah macam makan nasi

      Padam
  7. Mama suka tips yang praktikal ni

    Tak banyak pakai duit pun boleh jaga kulit kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama, kita pakai apa yang ada saja

      Tak perlu keluar duit lebih

      Padam
  8. tips yang sangat bermanfaat, bab basuh muka dengam air beras tu pun baru tau, lepas ni jangan terus buang air basuhan beras tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips ni mengingatkan maznee pada amalan pakai bedak sejuk mak nenek kita dulu

      Bedak sejuk kan pakai beras

      Habis putih muka macam zombie 😁

      Padam
  9. yang pakai toner tu, selalu lewat.. lepas solat baru pakai.. time tu kering dah kan

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„