Maznee Azmi . Pengedar Shaklee pilihan hati. Yakin . Mesra . Berpengalaman

Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!

Serum Pengaktifan YOUTH, pembaharuan kulit berkuasa untuk kulit muka yang kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


shaklee youth activating serum

Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!

Produk wajib dimiliki dalam koleksi skincare Shaklee YOUTH! Lengkap dengan pembersih muka, toner, krim pelindung matahari, krim malam & sebagainya.


shaklee youth activating serum


Serum Pengaktifan di dalam Shaklee YOUTH mempunyai 10 kali bahan aktif untuk memberikan langkah pembaharuan kulit yang kritikal. 

Satu campuran vitamin, polifenol, dan Kompleks YOUTH  Shaklee menyokong pengeluaran dan pembaharuan kolagen  di peringkat sel untuk membaiki parut disebabkan jerawat & masalah kulit yang lain.

Pantang untuk kita sia siakan nikmat Allah yang telah diberi & tidak dijaga.

Gunakan serum shaklee youth setiap hari siang dan malam untuk rahsia kecantikan sejati.

Ini akan menjadikan kulit kita bertindak lebih muda berseri  seri seperti pengantin baru di atas pelamin.

Tersenyum mesra & penuh keayuan dengan tarikan wanita sejati.

Produk produk Shaklee YOUTH semua adalah 
  1. 100% vegan ( berasaskan tumbuh tumbuhan)
  2. Bebas kekejaman terhadap haiwan. Pantang besar ni.
  3. Bebas gluten .

Serum Shaklee Youth Penuh dengan Kuasa dari
  1. Kompleks YOUTHdengan ekstrak sel epal
  2.  Lotus japonicus
  3. Dan mengandungi vitamin A.

Sel stem pada epidermis kulit manusia  penting untuk menggantikan sel sel kulit yang hilang akibat penggantian berterusan. 

Sebab itu penting untuk kita amalkan pantang, dari segi pemakanan & juga cara hidup supaya sentiasa nampak muda.

Apabila sel stem epidermal berkurangan, bilangan sel kulit yang hilang atau mati mengatasi pengeluaran sel baru.

Ini akan menjejaskan penampilan kulit kita.

Seperti manusia, tumbuhan juga mempunyai sel stem. 

Bagaimanakah sel stem epal membantu kulit kita lebih cantik?

Kajian menunjukkan bahawa sel stem epal 
  1. Meningkatkan pengeluaran sel stem manusia
  2. Melindungi sel dari tekanan
  3. Mengurangkan kedut. 

Bagaimanakah ia berfungsi? 

Cecair dalaman sel tumbuhan ini mengandungi komponen yang membantu melindungi dan mengekalkan sel stem manusia. 

Sel-sel batang epal mengandungi metabolit untuk memastikan panjang umur kerana pokok epal  diketahui mampu memastikan buahnya kekal terpelihara dalam jangka masa yang lama.

Pantang ada anasir jahat & buruk dari luar, mesti akan dihapuskan dengan segera.

Inilah keupayaan sel pokok epal.

Selain itu,

Kandungan serum Shaklee youth juga mengandungi vitamin A, antara khasiatnya untuk kulit kita ialah:
  1. Mengurangkan kedutan jika digunakan secara luaran. 

    Vitamin A secara topikal dalam bentuk retinol dan asid retinoik terbukti melawan kedutan dan banyak cadangan dari pakar kulit (dermatologi) untuk memerangi tanda-tanda penuaan.

    Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bahan-bahan ini dapat merangsang pengeluaran kolagen.

    Jika kita amalkan setiap hari, pantang kedut nak keluar je terus terbantut.
  2. Vitamin A melindungi kulit kita daripada kerosakan UV & kesan penuaan.

    Kebanyakan pengambilan vitamin A anda berasal dari makanan yang kaya dengan beta-karoten dan provitamin A carotenoids, yang merupakan antioksidan yang kuat. 

    Bukan hanya radikal bebas yang merosakkan kolagen (struktur sokongan kulit anda) dan menyumbang kepada garis halus dan kulit kendur, vitamin A juga mengurangkan kepekaan kulit pada matahari, memberikan perlindungan semulajadi terhadap kemerahan dan pigmentasi yang disebabkan oleh matahari.
  3. Menyeimbangkan tona kulit & memberikan sinaran kulit.

    Krim vitamin A dapat membantu mencerahkan dan  bintik bintik coklat akibat cahaya matahari dan meningkatkan kecerahan kulit seperti susu dalam dua cara.
  4. Menggalakkan pengeluaran sel kulit yang sihat.

    Retina, retinol dan asid retinoik adalah penting untuk pengeluaran dan pertumbuhan sel. 

    Vitamin A juga merangsang fibroblas, sel sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tisu yang memelihara kulit dan sihat. 


Satu bekas serum Shaklee engandungi bekalan yang cukup untuk digunakan selama 60 hari bagi penggunaan berterusan.

Rahsia di sebalik kelebihan Serum Shaklee YOUTH

Produk Skincare Shaklee terbaru yang dilancarkan pada 2017 ini, setakat ini mempunyai 8 paten.

Dan bilangan paten ini dijangka bertambah kerana masih ada yang belum selesai. 

Skincare ini akan memberikan perlindungan lengkap siang dan malam untuk kita semua.

Setiap produk YOUTH dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.

Seperti yang Maznee kongsikan di permulaan tadi, produk ini  bebas daripada kekejaman terhadap haiwan.

Ini bermaksud, bahan mentah yang digunakan dari tumbuh tumbuhan.

Tiada bahan kimia berbahaya & selamat digunakan wanita hamil.

Jadi tak tak perlulah tukar skincare masa mengandung, senang kerja kan.

Di bawah ini Maznee senaraikan tumbuhan Botani yang memberikan kuasa kepada serum muka ini.

1. Lotus japonicus

Kompleks Youth yang sedang menunggu paten, yang di manfaatkan bersama sama dengan Lotus japonicus akan:
  1. Mengaktifkan protein untuk awet muda utama untuk menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin, dan fibrillin.
  2. Ramuan Komplex Youth telah mengandungkan Lotus japonicus dengan ekstrak buah Schisandra chinensis, yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit kita setiap masa walaupun semasa hamil.

Tidak cukup dengan bahan pertama, tumbuhan seterusnya memang popular dikalangan pengguna Shaklee.

Anggur yang kaya dengan bahan anti penuaan dalam tonik merah vivix shaklee.

Apakah bahan tersebut?

2. Anggur Muscadine

Kajian tentang anggur muscadine ini telah menemui polifenol anggur seperti resveratrol yang penuh kebaikan untuk kesihatan & sedang dalam dipatenkan oleh Shaklee.

Anggur muscadine mengandungi sejumlah besar antioksidan, phytochemical yang bermanfaat yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas. 

Radikal bebas yang sama menyebabkan kita tua lebih cepat.

Menurut Harvard School of Public Health, pengambilan diet berasaskan makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti

  1. Jantung
  2. Kanser
  3. Alzheimer dan penyakit kronik lain. 

Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa anggur muscadine merupakan sumber asid ellagic yang sangat baik. 

Asid Ellagic dilihat mampu menghalang pembiakan sel kanser, menurut Institut Penyelidikan Kanser Amerika. 

Sebab itu, pesakit kanser digalakkan makan makanan tambahan yang kaya asid ellagic seperti vivix.

Polifenol yang sama di dalam vivix kini ada dalam krim malam youth untuk melindungi dan membaiki DNA selular sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Dan membuatkan kulit muka kita kelihatan muda lebih lama.

Cuba bayangkan hasil yang kita perolehi sekiranya pemakaian krim malam ini digunakan serentak bersama vivix.

Kesan perlindungan terbaik luar dan dalam badan untuk kulit cantik menarik.

Memang bahan penting untuk kecantikan diri wanita.

Dan seterusnya, ramuan rahsia daripada shaklee untuk kulit yang cantik berseri.

Apakah ia?

3. Vital Repair® + Complex

Bahan yang dikenali sebagai "Advanced Vital Repair+ Complex" yang mempunyai banyak paten akan
  1. Menyediakan nutrien antioksidan 
  2. Vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.
Tamat sudah penerangan untuk bahan mentah serum muka ini.

Label Serum Shaklee YOUTH

label shaklee youth activating serum

Cara menggunakan serum YOUTH!

Tekan dan pam 1 hingga 1 ½ ke hujung jari dan sapu rata secara perlahan di seluruh muka. 

Gunakan 2 kali sehari untuk kesan terbaik.

Amaran & Penjagaan Dalam Penggunaan Serum.

Elakkan bersentuhan dengan mata. Sekiranya berlaku kulit kering atau menggelupas, pastikan untuk kita hadkan penggunaan serum ini sekali setiap hari.

Ulang dan lakukan ini sehingga kulit kita serasi dengan serum.

Kemudian kembali kepada 2 kali sehari untuk kegunaan harian. 

Ambil perhatian untuk menggunakan pelindung matahari / Sunscreen apabila memakai produk ini pada siang hari.


Kesimpulan

Memang betul pemakaian serum dapat membantu mencantikkan kulit.

Tetapi biarlah dilakukan dengan ilmu & cara yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.

Sampai jumpa lagi.

10 Responses to "Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!"

  1. Serum shaklee pun ada ya Maznee. Tak payah pakai jenama lain kan sebab dari suplemen vitamin untuk kecantikan.

    Sampai skincare semua shaklee ada

    BalasPadam
  2. Siapa yang nk putih kulit boleh try produk shaklee ni. Sebab dah well known bahan2 yg diguna selamat. Kita tak leh nak pakai sebarang produk yg tak terjamin keselematan dia lagi tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Produk yang berkualiti memang orang mudah percaya sebab dah ada nama kan.

      Serum shaklee youth ni berapa harga maznee?

      Rasa tak jumpa pulak atas tu

      Padam
  3. Shaklee youth ada serum ya. Bagusnya, ibu nak cuba lepas dah keluar di pasaran Malaysia.

    Berapa harga nya ya Maznee?

    Rasanya tak letak kat atas tadi

    BalasPadam
  4. Banyaknya produk yang wanita gunakan seharian untuk nampak cantik.

    Makanan tambahan kena ambil, lepas tu nak pakai skincare yang pelbagai.

    Dari pencuci muka, toner, serum lagi.

    Semoga selamat dan berbaloi dengan semua duit dan masa yang dihabiskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betapa besar pengorbanan seorang wanita untuk suami tersayang. Nak jaga keharmonian rumah tangga segala macam produk dipakai.

      Padam
  5. Orang macam AS ni, niat nak kulit awet muda tu ada..tapi "M" tu besar sangat haha.. Malam-malam kira nak terus bummm je atas bantal..ahaks!
    sapa mommies yang ada "rajin" extra..transfer sat kat AS sikit.

    BalasPadam
  6. berapa harga satu set ni maznee? macam berminat pulak nak tau sebab bagus untuk kulit muka

    BalasPadam
  7. memang tengah mencari serum sekarang ni.. boleh masuk senarai dulu product shaklee ni

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„