Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!

Kulit kering & kusam memang nampak tak cantik.

Kini, lega rasa hati kerana produk Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner akan membantu kulit muka yang kering  kembali segar sesejuk titisan embun di pagi hari.


Shaklee youth perfecting skin toner


Toner Shaklee akan membebaskan kulit kita dari sel-sel kusam dan pencemaran alam sekitar.


Dan menyerlahkan kepada dunia diri kita yang lebih cantik berseri seri. Tengok dicermin tak puas sekali.

Bagai menatap sang puteri secantik bidadari. 

Jerawat pun segan nak datang. Muka licin macam cermin, kulit halus & bersih macam mutiara. (Blog Nikmatterbaik.blogspot.com ada memberikan tips menarik untuk mengelakkan jerawat batu dari naik di muka.


Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner! Melembap & Mengecutkan Liang Roma di Wajah. Kulit Nampak Licin & Bersih.


Dengan menggunakan pelembap muka shaklee yang senang digunakan, pergi lebih jauh daripada langkah biasa untuk mengelupas, melembap, dan menyuburkan kulit kita dengan campuran 

  1. Vitamin
  2. Polifenol
  3. Tumbuhan botani 

Dan membantu mendapatkan kulit yang cantik & cerah bersinar seperti susu


Produk-produk YOUTH® adalah 

  1. 100% berasaskan tumbuhan / vegan
  2. Bebas dari kekejaman terhadap haiwan
  3. Dan bebas gluten.

Kelebihan yang dipunyai oleh Pelembap Youth Perfecting Skin Toner di kuasakan oleh: 

  1. Kompleks Vital Repair
  2. Ekstrak anggur muscadine
  3. Kompleks alga hijau keremajaan
  4. Kompleks YOUTH
Gunakan ia setiap hari untuk melihat hasilnya. Jerawat pun segan nak muncul.

Memang berbaloi & sesuai dengan peribahasa, "Alah membeli, puas memakai"

Satu bekas toner ini cukup untuk bekalan selama 60 hari di rumah.

Memang tahan lama kan! Bawa saja di dalam beg untuk ke pejabat. 

Manfaat toner untuk kesihatan & kecantikan kulit memang telahpun di kaji oleh saintis, antara kajian yang ada boleh di baca di laman ncbi.nlm.nih.gov.

Menurut dapatan dari kajian ini, penggunaan toner secara betul boleh mengurangkan jerawat & menjadikan kulit kita lebih cantik. Parut jeragat pun dapat dikurangkan.

Kelebihan Toner Shaklee YOUTH.


Bagi yang dah lama pakai Shaklee, mesti tahu yang sebelum ini ada produk nutriwhite. 

Tapi nutriwhite dah digantikan dengan skincare Youth. 

Dulu dalam nutriwhite pun ada toner juga, sekarang ni toner baru Youth dah dikeluarkan menggantikan produk tersebut. Pakai toner seeloknya di gandingkan dengan serum untuk hasil terbaik. (Nak tahu apa kebaikan serum Youth Shaklee? Baca ulasan lengkap ini.)


set skincare youth shaklee


Produk Skincare Shaklee terbaru yang dilancarkan pada 2017 ini, mempunyai lebih banyak kelebihan kepada kulit kita. 

Skincare ini akan memberikan perlindungan lengkap siang dan malam untuk kita semua. Siang pakai krim siang dengan perlindungan terhadap cahaya uv matahari. Malam pula pakai krim malam Shaklee. (Bagus pakai night cream Youth tau, baca review lengkap di sini.)

Skincare YOUTH dari Shaklee dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.

Bebas dari bahan kimia berbahaya & selamat digunakan semua golongan usia, termasuklah wanita hamil. (Skincare & suplemen Shaklee memang bagus untuk ibu hamil. Baca lebih lanjut.)

Jadi tak tak perlulah tukar skincare masa hamil, tak perlu risau kimia berbahaya memberikan kesan negatif pada anak dalam kandungan.

Maznee berikan senarai tumbuhan Botani yang digunakan di dalam toner shaklee ini.

1. Lotus japonicus

Kompleks Youth yang sedang menunggu paten, yang di manfaatkan bersama sama dengan Lotus japonicus akan:
  1. Mengaktifkan protein utama untuk awet muda untuk menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin, dan fibrillin.
  2. Ramuan Komplex Youth telah mengandungkan Lotus japonicus dengan ekstrak buah Schisandra chinensis, yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit kita setiap masa walaupun semasa hamil.

Tidak cukup dengan bahan pertama, tumbuhan seterusnya memang popular dikalangan pengguna Shaklee. (Sumber Shaklee.com)

Anggur yang kaya dengan bahan anti penuaan dalam tonik merah vivix shaklee.

Apakah bahan tersebut?

2. Anggur Muscadine

Kajian tentang anggur muscadine ini telah menemui polifenol anggur seperti resveratrol yang penuh kebaikan untuk kesihatan & sedang dalam dipatenkan oleh Shaklee. (Resveratrol memang banyak kebaikan untuk kesihatan. Baca lebih lanjut di sini.)

Anggur muscadine mengandungi sejumlah besar antioksidan, phytochemical yang bermanfaat yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin & antioksidan akan membantu kulit kita menghalang kesan negatif dari radikel bebas & mendapat khasiat untuk nampak cantik & muda. (Lebih info tentang vitamin shaklee yang bekalkan khasiat untuk kulit cantik.)

Radikal bebas yang sama menyebabkan kita tua lebih cepat.

Menurut kajian daripada Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan makanan pembekal antioksidan akan membantu mengurangkan risiko penyakit serius seperti
  1. Jantung
  2. Kanser
  3. Alzheimer dan penyakit kronik lain. 

Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa anggur muscadine merupakan sumber asid ellagic yang sangat baik. 

Asid Ellagic menurut kajian menunjukkan kemampuan untuk menghalang pembiakan sel sel kanser, menurut Institut Penyelidikan Kanser Amerika. (Baca lebih lanjut tentang suplemen & makanan anti kanser di sini.)

Sebab itu, pesakit kanser digalakkan makan makanan tambahan yang kaya asid ellagic seperti vivix.

Polifenol yang sama di dalam vivix kini ada dalam krim malam youth untuk melindungi dan membaiki DNA selular sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin. (Nak tahu apa kebaikan krim malam untuk kecantikan? Maznee rekemen baca artikel yang bagus di  laman Nikmat terbaik.)

Dan membuatkan kulit muka kita kelihatan muda lebih lama.

Cuba bayangkan hasil yang kita perolehi sekiranya pemakaian krim malam ini digunakan serentak bersama vivix.

Kesan perlindungan terbaik luar dan dalam badan untuk kulit cantik, manis & menarik.

Memang bahan penting untuk kecantikan diri wanita.

Dan seterusnya, ramuan rahsia daripada shaklee untuk kulit yang cantik berseri.

Apakah ia?

3. Vital Repair® + Complex

Bahan yang dikenali sebagai "Advanced Vital Repair+ Complex" yang mempunyai banyak paten akan
  1. Menyediakan nutrien antioksidan 
  2. Vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat. (Baca today.com untuk kebaikan memakai toner setiap hari.)
Tamat sudah penerangan untuk bahan mentah toner muka ini.

Label Shaklee Youth Perfecting Skin Toner!

shaklee youth perfectiong skin toner label



Bila masa terbaik menggunakan Toner Shaklee?

Selepas membasuh muka menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita, liang roma kulit akan terbuka dan mengeluarkan segala kotoran dan bakteria.

Selepas ini, masa terbaik menggunakan toner untuk memerangkap lembapan di dalam kulit.


7 Kelebihan Menggunakan Toner Dengan Betul Kepada Kulit Muka Kita!

Ada banyak kelebihan yang kita perolehi jika rajin memakai toner.

Di bawah ini Maznee senaraikan kehebatannya.

1. Toner akan mengecilkan saiz bukaan liang-liang roma.

Sapukan sedikit toner (Sumber wikipedia.com) pada bola / pad kapas atau pad lembut dan lap rata di seluruh muka secara perlahan lahan untuk mengeluarkan minyak dan mengecilkan kembali bukaan liang-liang roma.


2. Toner akan mengembalikan keseimbangan pH kulit kita.

Kulit kita secara semula jadi adalah berasid, dengan pada kebiasaannya mempunyai keseimbangan pH antara lima dan enam. 

Setiap kali kita membasuh muka kita dengan sabun pembersih wajah, keseimbangan ini akan terjejas disebabkan oleh sifat alkali sabun tersebut. 

Bagi mengembalikan pH kulit kepada keadaan asal, kemungkinan untuk ia mengeluarkan lebih banyak minyak.

Ini sebabnya kita selalu merasakan kulit kita lebih berminyak selepas mencuci muka. Bagi mengelakkan ini berlaku, penggunaan toner dapat membantu mengembalikan keseimbangan ini dengan cepat.


3. Toner akan menambah lapisan perlindungan kulit.

Toner membantu menutup liang roma & mengetatkan jurang sel selepas pembersihan dilakukan.

Ini sekali gus mengurangkan kekotoran dari alam sekitar masuk kembali ke dalam kulit. Sesuai dipakai semasa bekerja & melancong ke tempat menarik di dalam & luar negara.


4. Toner memerangkap lembapan.

Sesetengah toner, seperti YOUTH Perfecting Skin Toner bersifat humectants, yang membantu memerangkap lembapan di dalam kulit.


5. Toner menyegarkan kulit.

Bagi wanita bekerja yang terlalu sibuk dengan tugas, kita kerap terlupa mencuci muka.

Jangan risau, toner boleh digunakan sebagai pengganti mencuci kulit apabila ia berminyak atau kotor. 


Sangat sesuai digunakan untuk menyegarkan kembali kulit kita walaupun semasa sedang dalam perjalanan.


6. Detoks

Zaman sekarang ni, serba serbi bahan kimia digunakan dalam makanan & produk harian.

Banyak toksin yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit kita berasal dari bahan kimia buatan industri. 

Toner muka yang bagus akan berfungsi untuk menghilangkan toksin / racun yang berasal daripada alam sekitar seperti asap dan bahan kimia lain yang melekat pada kulit kita sepanjang berada di luar. 

Ini akan membantu membuatkan kulit kita kelihatan lebih cerah dan sihat, dan ini dapat dilihat daripada kemunculan jerawat yang semakin kurang, dan kedut di muka pun segan nak timbul.


7. Kurang Masalah Jerawat.

Masalah jerawat memang tidak menyenangkan. Selain menyakitkan dan tidak sedap dipandang, jerawat boleh menyebabkan parut muka yang berkekalan. 

Jerawat juga boleh menyebabkan kulit kita kelihatan lebih berminyak dan kusam. 

Wanita sering mengalami perubahan hormon, contohnya semasa hampir datang haid, ataupun semasa mengandung.

Sebab itu kulit jadi lebih berminyak semasa hamil atau datang period, dan jerawat pun mudah datang.

Dengan mengurangkan risiko kulit terlalu berminyak & sisa kulit mati, toner muka membantu mengurangkan kerosakan pada kulit muka.


Dan semestinya mengurangkan masalah jerawat yang mungkin kita hadapi di masa depan.

Cara Menggunakan Toner Youth Shaklee!

Lembapkan kain tisu atau kapas dengan perfecting skin toner dan sapu dengan lembut di atas muka. 



Gunakan dua kali sehari setiap hari.


Amaran & langkah berjaga jaga semasa menggunakan toner Shaklee.


Toner ini mestilah di elakkan dari bersentuhan dengan mata semasa menggunakannya.



Kesimpulan

Sekiranya kita inginkan kulit yang lebih bersih tanpa masalah jerawat, boleh pertimbangkan untuk menggunakan toner.

Penggunaan toner bersama sama dengan pencuci muka yang sesuai akan membantu kita menyelesaikan masalah jerawat di masa akan datang.


Apa yang penting, kita disiplin dalam menggunakannya.
Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner! Reviewed by Mazni Azmi on February 07, 2018 Rating: 5

11 comments:

  1. Pakai pencuci muka mesti pakai sekali dengan toner baru kulit jadi makin cantik.

    Sama macam lagu dan irama, tak kan berpisah

    ReplyDelete
  2. Patutlah orang korea kulit lawa lawa kan, sebab rejim pemakaian skincare mereka jauh lebih ketat dari orang lain.

    Siap pakai toner, pencuci muka, krim sana sini lagi

    ReplyDelete
  3. wahh nampak mewahhh dan ekslusif gtu .. terbaik lah shaklee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani kena cuba ni, nak bagi awet muda πŸ˜πŸ˜†πŸ˜€πŸ˜€

      Mama tunggu review wani

      Delete
  4. menarik...kalau guna mesti nampak youth kan..hehe

    ReplyDelete
  5. shaklee semakin mengorak langkah dengan adanya product penjagaan wajah

    ReplyDelete
  6. Wah dah ada toner pula.bagus pulak tuh vegan 100%

    ReplyDelete
  7. Kalau dah hari hari tepek toner di muka mesti bertambah cantik kan

    ReplyDelete
  8. Kandungan bahan-bahannya nampak menarik..

    ReplyDelete
  9. toner ni bagus jika digunakan...mengurangkan kulit kusam.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.