Produk Rumah Kegunaan Harian Penyebab Kanser! Cuba cek sekarang sebelum..

Rumah sepatutnya adalah tempat paling selamat untuk keluarga kita. Betul kan?

Daripada rumah sewa atau buat yang berkemampuan membina banglo idaman, kita mahukan semua ahli keluarga selamat & dilindungi.

Terutama sekali di dalam rumah sendiri.


produk isi rumah penyebab kanser

Produk Rumah Kegunaan Harian Penyebab Kanser! Ambil peduli sebelum terlambat


Tapi, realitinya kita mungkin akan terkejut apabila mendapati banyak produk yang biasa digunakan di dalam rumah kita mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser. 

Menakutkan bukan?

Tak sangka produk yang wangi dengan label luaran cantik & seksi sedang membunuh keluarga kita dalam diam.

Tak bermakna rumah mahal mahal, kalau penghuninya semua tak sihat. Pinjaman rumah belum habis bayar, tapi duit kita habiskan untuk kos rawatan hospital.

Kalau kerja kerajaan, kos rawatan di tanggung semuanya. Tapi kalau kerja swasta. Tak semua syarikat tanggung kos rawatan ahli keluarga (pasangan & anak anak)

Sebab itu perlu jaga jaga.

Kita menganggap produk ini semua selamat, bukan?

Terutama sekali kerana tidak ada laporan akhbar yang membongkarkan perkara ini ini? 

Tak mungkin produk ini boleh dijual & tidak diharamkan penjualan sekiranya ia berbahaya?

Malangnya, tidak.

Terdapat beribu ribu bahan kimia di luar sana yang tidak ada kajian terperinci tentang kesan jangka panjang ke atas kesihatan kita.

Syarikat-syarikat yang membuat produk (tak kiralah sabun pencuci, kosmetik, skincare anti jerawat & sebagainya) ini biasanya akan menjalankan ujian dan hanya mengemukakan hasil yang mengatakan bahawa mereka telah dijumpai selamat. 

Tiada ujian yang dilakukan mengenai pengumpulan dalam badan, dan tiada ujian yang dilakukan mengenai interaksi kimia. 

Apatah lagi kepada ibu mengandung & kesannya pada bayi dalam rahim.

Ibu yang hamil kan sangat sensitif dengan bahan kimia yang digunakan ibunya. Tak kiralah dalam skincare atau minyak wangi.

Sebab itu semasa hamil kena pantang betul dengan makanan & produk yang bukan bukan.

Ujian dilakukan pada haiwan (yang tidak selalu diterjemahkan untuk keselamatan manusia) sehingga mereka mendapati dos di mana haiwan itu tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya.

Kebanyakan produk isi rumah biasa ini dikaitkan secara saintifik dengan masalah seperti:
  • Gangguan hormon
  • Asma
  • Neurotoksisiti
  • Masalah kesuburan
  • Kanser.
Memang mustahil untuk mengelakkan semua bahan kimia beracun dalam dunia moden hari ini.

Tapi kita boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik atau kanser dengan mengambil langkah berjaga jaga di bawah ini.

Kenal pasti produk apa yang berbahaya, dan elak menggunakannya di rumah.

Lebih baiklagi kita cari alternatif dengan produk semula jadi, bukan toksik.

Teruskan membaca untuk mengetahu 10 produk isi rumah yang paling biasa yang mengandungi bahan kimia kanser. 

6 Produk Isi Rumah Penyebab Kanser. Membunuh kita dalam diam secara perlahan lahan

Di bawah ini adalah beberapa jenis produk yang menyebabkan masalah kesihatan.

Produk isi rumah menyebabkan kanser pada keluarga

1. Penyegar udara / Produk yang berbau wangi, musuh dalam selimut

Siapa lah suka produk yang berbau busuk kan?

Jadi, boleh dikatakan semua produk ditambah dengan pewangi untuk lebih laku & diterima ramai.

Orang perempuan terutamanya sangat suka bau wangi. Pantang ada minyak wangi baru mesti nak beli.

Tak kiralah produk tu mahal beribu ribu. Nak juga pakai.

Produk penyegar udara / pewangi iniboleh dikatakan ada di rumah kita dalam produk berbeza. 

Mana-mana barang isi rumah yang mengandungi beberapa jenis "fragrance /wangian" atau "parfum" mempunyai bahan kimia toksik yang disebut phthalates. 

Ini termasuk segala-galanya dari penyegar udara dan sabun pencuci.

Pernah Maznee beli produk pencuci muka organik semasa hamil anak kedua (kena jaga pantang kan), memang betul tak ada bau wangi pada produk ni.

Harga memang mahal lah.

Tak macam pencuci muka biasa.

Racun yang berbau manis dalam produk ini telah diuji dan menunjukkan bahawa phthalates menyebabkan masalah dengan penghasilan hormon lelaki. 

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh University of Washington tahun 2008 mendapati bahawa penyegar udara mengeluarkan bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen. 

Kerana banyak produk ini ingin menyimpan rahsia bau mereka sebagai rahsia dari pesaing, kita tidak akan menemui perkataan phthalates pada sebarang label di belakang produk.

Nnamun, jika kita melihat kata-kata "parfum" atau "wangian," maka lebih daripada kemungkinan produk tersebut mengandung phthalates .

Walaupun pendedahan utama terhadap toksin ini adalah melalui penyedutan, mereka juga boleh diserap melalui kulit melalui sabun wangi atau lotion. Ini amat berbahaya kerana kulit tidak mempunyai perlindungan daripada bahan kimia, tidak seperti sistem pencernaan kami; bahan kimia pada kulit pergi terus ke dalam aliran darah dan organ-organ badan.

Seboleh-bolehnya, pilih produk bebas dari kandungan "fragrance" / wangian. 

Kita boleh membuat bau rumah dengan baik dengan minyak pati semulajadi dan dengan menggunakan produk pembersihan semula jadi.


2. Racun serangga perosak & rumput, membunuh lebih dari serangga


Dalam rumah kita, mesti ada racun serangga paling tidak pun ubat nyamuk.

Racun dibuat untuk membunuh serangga seperti nyamuk, semuk, lipas dan rumput rumpai.

Tetapi pada masa yang sama juga boleh membunuh atau memberikan mudarat kepada kesihatan kita! 

Salah satu racun rumput yang paling popular, RoundUp (Yang masih dijual di pasaran), telah ditunjukkan dalam kajian untuk menyebabkan kerosakan buah pinggang & kesuburan.

Manakala racun serangga untuk membunuh semut dan lipas popular yang terdapat di hampir setiap rumah telah ditunjukkan oleh kajian memberi kesan negatif kepada
  • Kulit
  • Mata
  • Sistem pernafasan
  • Sistem saraf pusat
Cuba cari penyelesaian semulajadi kepada masalah serangga & rumput tanpa menggunakan racun.

Contohnya
  • Tarik rumpai dengan tangan sebelum mereka pergi ke benih atau, untuk rumpai yang tumbuh di retak simen atau kaki lima
  • Siram air mendidih ke atas rumput sudah cukup untuk membunuh ia.
  • Menanam bunga kekwa di sekitar rumah dan taman anda adalah cara yang baik untuk secara semulajadi menghalang kutu, semut, nyamuk, labah-labah, dan kutu. 


3. Bahan kimia dalam syampu rambut dan perapi

Rambut adalah mahkota wanita, jadi trend pula sekarang ini untuk syampoo pelbagai jenama untuk keluarkan pelbagai golongan umur.

Syampoo khas untuk wanita bertudung pun ada.

Ramai orang tidak menyedari toksin yang digunakan dalam barangan penjagaan diri termasuklah syampoo, walaupun dilabel sebagai organik atau semula jadi.

Baca label dan kita akan menemui bahan kimia seperti
  • Polietilena glikol (PEG)
  • Cocamide DEA
  • Natrium lauryl sulfate
Bahan bahan ini boleh menjadi agen penyebab kanser apabila ia digunakan bersama-sama.

Baca label dengan berhati-hati dan gunakan produk yang semulajadi, atau buat produk penjagaan diri anda sendiri di rumah.

Terdapat puluhan resipi di internet yang memberitahu kita langkah demi langkah untuk melakukan ini dengan bahan-bahan yang sedia ada.


4. Aluminium Chlorohydrate Deodoran anti peluh 

Pernah tak kita masuk ke dalam komuter & kereta api semasa pulang kerja.

Dan tiba tiba terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Tak ada siapa suka bau badan yang busuk. Sebab itu kita menggunakan deoderen & minyak wangi untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini.

Barulah keyakinan diri terasa lebih tinggi.

Hampir semua orang bergantung kepada beberapa jenis deodoran untuk mengawal bau badan dan peluh.

Tai, produk ini mengandungi bahan kimia penyebab kanser seperti aluminium chlorohydrate.

Bahan bahan yang terdapat dalam produk ini diserap terus dari kulit ke dalam darah dan menyebabkan kanser.

Ini dipercayai salah satu sebab kanser payudara menjadi sangat lazim di barat.

Banyak produk anti peluh / antiperspirants juga mengandungi parabens, yang meniru estrogen di dalam badan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Pendedahan kepada paraben juga dikaitkan dengan loya, gangguan sistem saraf pusat, dan merosakkan sistem pencernaan. Boleh cari resepi buat deoderen semulajadi.


5. Triclosan dalam ubat gigi.

Kita mungkin pernah mendengar bahan kimia Triclosan, sejenis sebatian antibakteria dalam beberapa jenis ubat gigi popular.

Bahan ini digunakan di dalam untuk membunuh kuman di dalam plak punca kaviti.

Tidak ada bukti kukuh dari kajian yang menunjukkan bahawa triclosan mempunyai kesan lebih baik daripada sabun.

Atau menjadikan kita lebih selamat daripada patogen dalam apa jua cara.

Hasil beberapa kajian yang dijalankan (anda boleh baca disini jika mahu. Panjang & rumit), terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa triclosan mengganggu hormon badan kita.

Selain manusia, triclosan berbahaya kepada kehidupan air dan membunuh alga, dalam sumber makanan penting bagi banyak akuatik haiwan.

Bila kita rasa ragu ragu, lebih baik kita elakkan terus kerana kesan jangka panjangnya kita belum pasti.


6. Klorin dalam agen pencuci / peluntur

Kalau sebut tentang peluntur, tak boleh elak daripada klorin.

Klorin boleh didapati dalam hampir setiap jenis pemutih pakaian, pembersih tandas, dan pembersih dapur.

Klorin juga ditambah ke dalam air untuk membunuh bakteria.

Walaupun kegunaan klorin sangat banyak, tapi kita haruslah berhati hati menggunakannya kerana ia boleh merengsa saluran hidung dan pernafasan, dan merupakan penyebab utama kelenjar tiroid tidak berfungsi.

Antara cara semulajadi yang boleh kita gunakan ialah menggunakan cuka dapur untuk memutihkan pakaian.

Atau boleh saja menggunakan detergen bersifat organik seperti yang di keluarkan Shaklee.


Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi produk harian dalam rumah kita yang menyebabkan kanser & penyakit berbahaya.

Pilihan terbaik adalah menggunakan bahan semulajadi sebanyak mungkin sebagai pengganti produk kimia.

Keluarga Maznee sendiri, akan utamakan produk dari alam semulajadi dulu, kemudian baru  gunakan produk Shaklee.

Pilihan paling teruk baru guna produk biasa.

Kalau kita rasa produk semulajadi itu mahal, cuba semak caj rawatan kanser.

Macam langit dan bumi bezanya.

Bertindak segera (Macam agen Ali pulak)

Jumpa lagi di lain masa. Sebarang idea & perkongsian pendapat,  boleh kongsikan di ruangan komen.

Produk Rumah Kegunaan Harian Penyebab Kanser! Cuba cek sekarang sebelum.. Reviewed by Mazni Azmi on March 15, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Dalam syampu pun ada? Terus check syampu yang Mimi guna

    ReplyDelete
  2. Kena mula ambil tau ingredients setiap produk yg diguna

    ReplyDelete
  3. nice share.. saya pernah tulis artikel pasa sodium lauryl sulphate tu.. tapi bukan sebagai carcinogenis tapi lebih kepada bahan yg boleh membuatkan iritasi pada kulit.

    ReplyDelete
  4. suka baca entri sis, penting untuk ambil tahu bagi memastikan family kita terhindar dari bahan kimia yamg membahayakan

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.