Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai 33 barang WAJIB bawa ke hospital!

Semasa kita sudah mengandung di trimester ke 3, elok buat persiapan awal untuk kelengkapan bersalin.

Persiapan awal boleh jimatkan banyak masa. 

Manalah tahu tiba tiba bersalin awal, kan naya!


Kelengkapan bersalin anak dan ibu ke hospital
Penting untuk buat persediaan sebelum due date. Sumber: Momtricks.com
Klik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebut
List.

Kelengkapan bersalin ibu dan anak yang mesti disediakan lebih awal!

Hari ini Maznee akan kongsikan semua keperluan yang kita perlukan semasa melahirkan anak untuk kegunaan kita selepas bayi dilahirkan. 

Pastikan kita dah pun siapkan barangan ini swaktu usia kandungan berusia 36 minggu mengandung. Maznee ada pengalaman bersalin awal semasa anak kedua.

Mujur dah sediakan awal awal.

Satu Maznee nak kongsi, keadaan bersalin di hospital kerajaan dan swasta amat berbeza. Paling ketara dari segi keselesaan.

Staf di hospital kerajaan sangat sibuk & bilangan ibu yang akan bersalin sangat ramai. Dan dari pengalaman sendiri, walaupun kita dah buat pemeriksaan di hospital swasta semasa hamil.

Tak ada jaminan yang kita tak akan di tukarkan ke hospital kerajaan atas komplikasi yang berlaku. Jadi, persediaan awal ini akan sangat sangat membantu kita buat persiapan untuk keadaan terburuk boleh berlaku.


Kenapalah anak keluarga tu pandai pandai ya? Kecil kecil dah pandai membaca. Sebenarnya tak ada rahsia pun. Baca buku ini  sekarang untuk jawapannya!

Satu tips yang bagus ialah menyediakan beg. Beg pertama untuk kegunaan kita semasa melahirkan di hospital.

Beg kedua pula untuk kegunaan bayi kita selepas dilahirkan untuk di tinggalkan di wad selepas bersalin.

Di bawah ini Maznee kongsikan senarai kelengkapan bersalin ya.


Di hospital kerajaan.

Apa kelengkapan bersalin yang perlu saya letakkan di dalam bag?

Maznee akan pecahkan barang barang di bawah ikut kategori.

Lebih mudah untuk buat rujukan kan.


Ibu dan anak.

Dokumen penting untuk dibawa semasa bersalin.

1. Pelan kelahiran dan rekod kehamilan. 

Ini akan melancarkan urusan kita mendaftar di hospital. IC jangan lupa bawa, kalut kelam kabut boleh lupa nak bawa.

Pastikan kita bawa rekod ini kerana hospital akan memerlukan ini untuk kenal pasti keadaan kesihatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Maznee rekemen pergi saja ke hospital kerajaan yang ada program rakan bayi seperti di Shah Alam & Klang. Tempat lain tak pasti.

Kena tanya.

2. Kad perlindungan perubatan. 

Sekiranya kita bekerja dan syarikat menyediakan kelebihan untuk kegunaan semasa bersalin elok pastikan kad tersebut di bawa bersama.


Kerja kerajaan banyak kelebihannya. Tinggal hospital pun senang dapat wad 1st class & 2nd class. Untung banyak benefit. Baca buku ini untuk rahsia lulus temuduga jawatan gomen!
Beg.

Pakaian untuk dibawa semasa bersalin.

3. Baju blouse yang selesa. 

Walaupun hospital akan menyediakan baju untuk kegunaan pesakit, boleh juga bawa baju sendiri.

Seeloknya sediakan baju yang berwarna gelap supaya jika ada kesan darah tidak akan ketara. Bolehlah baju ini di pakai lagi selepas bersalin.

4. Pakai cermin mata. 

Elakkan penggunaan kanta pelekap (contact lens) kerana akan mengganggu kita semasa bersalin nanti.

Kan susah sekiranya terjadi sesuatu nanti, dan kita terlupa menanggalkan contact lens.

5. Selipar yang selesa di gunakan. 

Dan pastikan selipar ini dalam keadaan baik (tapaknya masih belum haus).

6. Stokin.

Ikut pengalaman bersalin 2 orang anak, suhu di bilik bersalin boleh jadi sangat sejuk. Memakai stokin yang selesa boleh membantu memanaskan badan & mengelakkan kita menggigil kerana kesejukan.

Hospital tak sediakan stokin tau. Sebab itu elok sediakan sendiri.

7. Pakaian basahan.

Ambil baju di rumah yang selalu di pakai di rumah kerana baju tersebut akan kotor semasa melahirkan anak.

8. Bra khas untuk menyusu. 

Ini akan memudahkan kita menyusu anak selepas bersalin dengan selesa. Di samping itu mudah juga untuk pam susu.

9. Getah rambut.

Ini untuk mengikat rambut yang panjang. Atau boleh saja gunting rambut kepada fesyen yang lebih pendek di minggu akhir kehamilan

10. Pad bersalin. 

Penggunaan pad bersalin untuk menyerap darah nifas akan memastikan kita selesa & kawasan kemaluan sentiasa kering.

11. Seluar dalam. 

Bawa lebih untuk kegunaan di hospital.Seeloknya dari bahan kapas.

12. Pakaian untuk di gunakan untuk pulang. 

Bawa pakaian yang selesa seperti kain batik dan baju t shirt lengan panjang dari kain kapas.


Selalu tak cukup duit? Amalkan tips ini untuk kumpul RM1,000 setiap bulan. Tak payah tunggu naik gaji untuk mula menyimpan!
Senarai barang.

Produk penting untuk di bawa semasa bersalin.


13. Barangan penjagaan peribadi. 

Jika kita diperlukan untuk tinggal di wad (mungkin kerana demam atau keadaan lain yang memerlukan pemantauan berterusan dari doktor. Bawa tuala, ubat gigi, pencuci muka safi dan lain lain.

14. Minyak atau losyen urut.

Ini bagus untuk memberikan sedikit kelegaan dari sakit semasa menunggu bersalin.

15. Makanan dan minuman.

Makanan yang dapat membekalkan tenaga segera semasa bersalin

Kalau semasa mengandung kita wajib jaga pemakanan untuk elakkan kencing manis dan Hb sentiasa cantik.

Semasa bersalin kita perlu makanan yang memberikan tenaga untuk meneran.

Contoh makanan yang baik ialah madu & minuman sukan isotonik.

Badan kita memerlukan tenaga yang banyak untuk melahirkan anak.

Apatah lagi selepas bersalin, kita wajib berpantang untuk cepat sembuh.

16. Set berpantang.

Ada set bersalin yang boleh di makan ibu sejurus saja selepas melahirkan anak. Antaranya set bersalin shaklee. 

Sediakan set ini semasa pantang supaya badan ibu dan anak mendapat nutrisi yang cukup.

Lain lain untuk di bawah. (Tak wajib)


17. Bahan bacaan.

Majalah ataupun buku zikir yang dapat membantu menenangkan minda. Ini akan bantu kita sibukkan diri dari risau menunggu waktu bersalin.


18.Bantal. 

Ada dari kita yang tak boleh tidur dengan baik sebab tak ada bantal yang sesuai. Lebih baik bawa bantal yang kita suka dari rumah. 


19. Telefon pintar & earphone. 

Memasang surah al quran dan zikir dari aps pemain muzik akan membantu kita menenangkan fikiran. 

20. Powerbank. 

Caj powerbank sehingga penuh untuk kegunaan di waktu kecemasan.

21. Pengecas telefon pintar. 

Ada hospital yang tidak membenarkan kita mengecaj telefon bagi tujuan keselamatan. Tapi lebih elok kita bawa saja.

22. Pam susu. 

Walaupun hospital kerajaan ada menyediakan pam susu, tetapi masih perlu berkongsi. Tak perlulah berjalan berulang kali ke bilik pam susu. 

Dan kita juga boleh elakkan dari mengalami bengkak susu. Sakit sangat tau.

Persiapan bayi.


Kelengkapan bersalin anak dan ibu ke hospital barangan baby
Barangan ibu dan baby untuk di bawa ke hospital. Sumber Naturallyfreelife.com

Apa kelengkapan bayi yang perlu saya sediakan?

Di bawah ini Maznee berikan cadangan barang barang kelengkapan bayi yang baik di bawa ibu dan ayah ke hospital.

Seperti biasa, sediakan awal awal lebih baik.


1. Dua atau tiga pakaian tidur yang selesa. 



Kain kapas memang terbaik.



2. Selimut bayi. 



Cuaca sekarang yang tidak menentu boleh menyebabkan anak kita mudah terkena selesema. 

Selimut ini mungkin kita tidak akan gunakan di hospital, tapi semasa discaj dari wad dan boleh di bawa pulang. 

Lebih baik kita selimutkan bayi supaya selesa.

3. Lampin bayi (Saiz new born).

Bayi kita akan kerap buang air dan perlu sentiasa menukar lampin. Ini dapat mengelakkan bayi terkena ruam lampin.

Maznee lebih suka gunakan lampin jenis pants sebab senang, sarung saja.

4. Kain tuala (Besar dan kecil).

Mengeringkan anak selepas mandi.

5. Sepasang sarung tangan dan sarung kaki.

6. Topi bayi.

Melindungi kepala bayi daripada cuaca sejuk.

7. Satu pakaian bayi untuk di gunakan untuk pulang ke rumah.

8. Susu formula untuk bayi.

Sekiranya susu ibu kita tidak keluar atas pelbagai faktor, bawa sedikit susu formula. 

9. Barangan penjagaan bayi.

Produk yang sesuai untuk kulit bayi sangat penting untuk mencegah ruam dan selesa untuk kulit anak kita yang masih muda dan sensitif.

Pilihlah sabun mandi, minyak urut yang selamat seperti shaklee baby.

10. Baby wipes.

Tisu segera untuk bersihkan bayi semasa menukar lampin. Sangat berguna di saat ketiadaan air.

11. Kerusi kereta bayi. 

Ibu yang baru bersalin kehilangan banyak darah dan telah menggunakan banyak tenaga semasa melahirkan anak. 

Penggunaan kerusi bayi akan menjamin keselamatan bayi yang sangat lembut. Hati hati memandu di jalanraya!

Nyawa isteri dan anak berada di tangan pemandu.

12. Botol untuk menyimpan susu yang di pam.

Mengepam susu dengan kerap dan berdisiplin akan menambahkan kuantiti susu ibu.


Kesimpulan tentang kelengkapan bersalin di hospital.

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Di harap dengan senarai di atas dapat membantu anda menghadapi detik detik bahagia menyambut kelahiran zuriat tercinta.

Anak kita mahukan perlindungan dan belaian kasih sayang dari ibu dan ayahnya.

Dan siapa lagi yang lebih bertanggungjawab menyediakan keperluan mereka dari kita sendiri?

Kita tak dapat memilih anak yang di lahirkan, tetapi kita dapat memilih untuk menjadi ibu dan ayah terbaik idaman anak anak.

Sampai jumpa lagi di lain masa.

Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai 33 barang WAJIB bawa ke hospital! Reviewed by Mazni Azmi on April 23, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Mama datang singgah blog walking blog sis maznee. Memang bagus buat awal awal supaya tak lah terkejut.

    Mama ada pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  2. Membalas kunjungan blog walking. Memang penting untuk buat persediaan awal kelengkapan bersalin.

    Terutama sekali buat mak ayah yang menanti anak pertama

    ReplyDelete
  3. Lengkap info semua. Bagus jadi rujukan ibu2 yg bakal bersalin.

    ReplyDelete
  4. nampaknya semua kelengkapan dah ready, didoakan semoga dipermudahkan bersalin mazni hendaknya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis Maznee di rahmati Allah. Amin. Bagus sediakan kelengkapan bersalin pembedahan untuk di bawa ke hospital

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga sis maznee sihat dan di murahkan rezeki

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking. Diam tak diam dah 4 tahun anak kedua ibu.

    Kelengkapan bersalin memang wajib sediakan awal.

    ReplyDelete
  8. Salam isnin, salam kejayaan dari saya. Terima kasih kerana selalu melawat blog

    ReplyDelete
  9. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Kelengkapan bersalin patut sediakan awal. Baby keluar terus sedia

    ReplyDelete
  10. Aaaa memang nak cari artikel camni nak preparation.
    Saya baru masuk second trimester hohoho...
    omg banyak lagi tak beli and kene beli...risaunya.

    ReplyDelete
  11. banyak jugak barang nak bawa ke hospital ye, rasa macam nak pindah rumah plak. tapi bagus info ni

    ReplyDelete
  12. Betul tu. Memang penting untuk kita buat persediaan awal sebelum bersalin. Pengalaman sebelum ni, bila dah mula buat check up setiap minggu, beg pun dah standby dalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada beg dalam kereta, apa apa jadi pun tak lah tergamam kan. Kita hanya mampu merancang, semoga Allah swt permudahkan urusan

      Delete
  13. Masa dulu, ruby selalu last minute nak sediakan beg bersalin. Waktu tu juga lah nak guna kain batik dalam beg, tshirt besar dalam beg. Hahaha. Perangai sangat kan. Hahahaha.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya bila tengok kawan- kawan bersiap sedia nak bersalin macam ni..i really missed that moments 14 years ago..huwaaaa...nak rasa lagi....thanks sharing yang..biasa kalau ibu muda atau ibu baru first experience macam keliru kan...

    ReplyDelete
  15. Bila nak bersalin memang kena buat persiapan awal.Macam Mimi selalu 1/2 bulan sebelum dah buat persiapan senang kan dir sendiri juga kan

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing. Good info untuk mommy to be yang masih mencari list kelengkapan untuk ibu dan anak. Memang kena buat preparation awal-awal & standby bag dalam kereta.

    ReplyDelete
  17. Nak bersalin memang banyak kena prepare

    ReplyDelete
  18. Nie wajib tahu buat mereka yg 1st time nak bersalin, masa kite dulu yg teringat cuma buku merah ajer.. Sbb rekod kesihatan semua dlm tu. Beg baju tu mmg kena standby dlm keta kan seawal 7bln kalau kite..

    ReplyDelete
  19. Kalau kakmmg galakkan persiapan awal sblm bersalin, siapkan 1 bag kwperluan Bayi utk ke hospital.

    ReplyDelete
  20. seronok nyer !!!!
    teringat time anak ke2. tak disangka dari klinik terus ke spital, terus la bersalin. awal 2 minggu.
    tak bwk apapun. sib baik la misi tak marah. settle je bersalin, atas katil labour room, call mr.asben :) hi hi hi
    terkejut dia yg bini dia da selamat bersalin, mazni.
    penting semua tu.

    ReplyDelete
  21. Bagus lah tips ini sangat berguna terutama buat keluarga yang baru pertama kali menerima cahaya mata tak ada pengalaman orang lelaki jadi lah tak tahu nak bawa apa. Kita sendiri tak ada pengalaman pun hehehe tak tahu bila...

    ReplyDelete
  22. Saya dah 7 bulan pregnant ni tp masih belum buat apa+apa persiapan lagi. Masa anak pertama pun persiapan lambat buat

    ReplyDelete
  23. Bagus panduan yang lengkap. harap semua bakal ibu baca ni, takde lah kalut dan panik jika barang itu ini tak bawa di saat kritikal nak bersalin nanti. Nice sharing

    ReplyDelete
  24. Semua kelengkapan ni memerlukan belanja, kalau beli awal awal dan buat tabung kan senang dari awal. Mempunyai keluarga memerlukan perancangan kewangan dan lain lain

    ReplyDelete
  25. Memang banyak mak ayah kena sediakan untuk menyambut kelahiran baru. Maklumlah, nak dapat ahli baru kan. Terutama sekali kalau anak pertama

    ReplyDelete
  26. Wah banyaknya hendak kena prepare. Sebab itu perlu buat persiapan awal. Senang tetiba hendak bersalin. Hanya grab beg dan bawa.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.