Pantang Bersalin Ceaser? Aduh Sakitnya! Ini 11 Makanan Untuk Luka Bedah Cepat Sembuh

Pantang bersalin makanan untuk ibu berpantang


Tahniah kepada puan kerana baru melahirkan cahaya mata.

Selepas 9 bulan lamanya mengandung & pelbagai ujian dihadapi. Kini si manja sudah lahir ke dunia.

Tugas seterusnya untuk memastikan kita sebagai ibu cepat sembuh semasa pantang bersalin.

Tempoh berpantang sangat penting, semasa ini susu ibu sedang banyak, berat mudah turun & luka cepat sembuh jika di jaga dengan betul.

Bayi kecil dalam pelukan kita pasti gembira kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang hebat seperti anda.

Dan semestinya kita akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bayi gebu, tembam, bijak dan sihat. 

Teringin Anak Yang Bijak? Baca Buku Ini

Antara perkara paling penting untuk di jaga semasa pantang bersalin ceaser terutamanya ialah pemakanan.
Klik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebut


Makanan dalam pantang bersalin.

Pantang Bersalin Ceaser? Aduh Sakitnya! Ini Makanan Untuk Luka Bedah Cepat Sembuh & Susu Ibu Banyak.

Pantang bersalin makanan untuk ibu berpantang 1
Imej Kredit: Momjunction.com


Semasa kita mengandung dan melahirkan anak, badan kita perlukan banyak tenaga dan nutrien.

Kita pasti tidak mahu jatuh sakit selepas bayi dilahirkan, terutama sekali di sebabkan pemakanan yang tidak seimbang.

Sebab itu bagus untuk kita amalkan makanan sihat semasa mengandung lagi.

Jika susu ibu kita banyak, dan kita memang merancang untuk menyusukan secara ekslusif dalam tempoh 2 tahun, kita mesti memilih makanan yang paling sihat untuk memastikan diri kita dan bayi anda sihat dan bertenaga. 

Selain itu, menyusukan susu ibu akan menjimatkan duit kita jangka panjang.

Anak akan lebih kuat & lasak melawan penyakit. Dan tak perlu beli susu formula.

Banyak duit boleh jimat tu.

Ada Banyak Cara Lain Untuk Jimat Duit Sehingga RM 1,000 Sebulan.

Jangan risau, di bawah ini Maznee kongsikan beberapa makanan yang dapat membantu kita menjadi ibu yang sihat & kuat semasa pantang bersalin & berterusan selagi kita menjaga diet ini.

Sudah bersedia? Kita mulakan


Normal / Pembedahan.

11 Makanan Terbaik Semasa Pantang Bersalin! Sedap di makan & bagus untuk kesihatan.

Terdapat banyak makanan yang baik untuk ibu berpantang. Di bawah ini Maznee kongsikan beberapa makanan terbaik.

Pantang bersalin makanan berprotein
Imej Kredit: Womehealthmag.com

A. Makanan Berprotein

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Ohio State University, ibu yang melahirkan anak memerlukan 71 gram protein tambahan lebih tinggi daripada keperluan harian mereka. 

Antara makanan yang bagus sebagai sumber protein berkualiti tinggi untuk ibu berpantang & menyusukan anak adalah seperti berikut.

Makanan pertama dalam senarai ini sangat mudah di dapati & murah harganya. Iaitu

11. Telur Ayam, Banyak Khasiat Untuk Ibu & Bayi!

Telur ayam memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, sangat mudah di dapati di kedai kedai pada harga berpatutan.

Makan telur setiap hari semasa pantang dapat membantu ibu memenuhi keperluan protein harian. 

Protein sangat diperlukan badan untuk membina tisu baru, dan menyembuhkan luka bersalin semasa pantang.

Protein yang cukup akan membuatkan kita kenyang lebih lama & bertenaga. Kajian menunjukkan memakan protein dalam diet harian akan meningkatkan metabolisme badan sehingga 33% lebih tinggi.

Wah, senanglah nak kurus & cantik semula selepas pantang.

Andai kata kita tak ada selera nak makan, jangan risau. Kerana ada saja suplemen protein di luar sana. Boleh minum ESP Shaklee semasa berpantang. 1 gelas setiap hari untuk keperluan protein yang diperlukan badan.

Telur mudah untuk dimasak, boleh saja kita makan telur rebus, salad telur, sandwich telur ataupun telur dadar. 

Ada pelbagai telur di pasaran, kita boleh pilih telur yang diperkayakan DHA, organik, kaya selenium untuk meningkatkan tahap asid lemak penting & nutrien dalam susu ibu.

Anak kita akan mendapat khasiat dari apa yang ibu makan semasa bersalin.


10. Produk Tenusu Yang Rendah Kandungan Lemak!

Makanan yang diperbuat daripada susu seperti yogurt, susu, atau keju sangat bagus untuk diamalkan setiap hari oleh ibu.

Produk tenusu memainkan peranan penting dalam penyusuan susu ibu yang sihat. 

Susu membekalkan keperluan protein, vitamin D & kalsium yang di perlukan badan. 

Produk tenusu merupakan salah satu sumber kalsium terbaik untuk ibu menyusu. Jika kalsium dalam diet harian kita tidak mencukupi, badan ibu akan menukarkan kalsium dari gigi & tulang untuk dibekalkan kepada anak melalui susu ibu. 

Sebab itu gigi & tulang rasa sakit.

Semasa kita menyusukan anak, susu ibu akan memerlukan kalsium untuk membantu tulang bayi kita berkembang.

Jadi penting untuk anda makan kalsium yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya tiga cawan susu setiap hari dalam diet.


9. Daging lembu (Bahagian kurang lemak!)

Maznee cukup suka makan daging lembu dalam diet. Cuma, penting untuk kita pilih bahagian yang kurang lemak.

Bahagian yang banyak lemak seperti daging tetel sangat sedap di masak kari yang pekat. Tapi lemak ini tidak sihat jika di ambil berlebihan.

Bahagian daging lembu yang kurang  lemak seperti bahagian peha & batang pinang memang mahal.

Tapi bahagian ini kurang lemak, dan merupakan sumber protein berkualiti tinggi, vitamin B, zat besi & mineral lain yang diperlukan badan.

Kekurangan zat besi akan menjadikan kita lesu tidak bermaya, umpama superman jumpa batu bercahaya hijau kriptonite, dan menyebabkan pengeluaran susu ibu turun mendadak.

Stress tau.

Ibu yang sedang menyusu perlu makanan yang kaya kandungan protein dan vitamin B-12 untuk mengelakkan ini berlaku. Sebab itu Maznee makan vitalea Shaklee. Saja nak topup mana yang kurang.

Tapi kan.

Kalau saya ada darah tinggi, mana elok makan daging lembu selalu?

Jangan risau, boleh makan makanan seterusnya.


8. Kekacang / Legum, Rasamu sedap penuh nikmat!

Sumber alternatif bukan haiwan untuk mendapatkan bekalan protein mencukupi. Kekacang biasanya diambil oleh vegetarian & juga mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Kena pantang makan daging lembu.

Kekacang kaya dengan zat besi, terutama sekali jenis yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah.

Ini adalah makanan untuk ibu menyusu yang terbaik kerana harganya yang mesra bajet untuk protein berkualiti tinggi.

Dan semestinya rasanya pun sedap.

Selesai dengan protein.

Seterusnya makanan yang akan membuatkan kita kenyang lama


Pantang bersalin makanan bijirin penuh
Imej Kredit: Caloriesecrets.net

B. Bijirin penuh

Selain protein, ibu berpantang & menyusukan anak memerlukan karbohidrat untuk sumber tenaga segera.

Kita akan memerlukan banyak tenaga untuk menghasilkan susu untuk anak kita yang baru lahir. 

Makanan manis memang kaya dengan karbohidrat ringkas, sumber tenaga segera. Tetapi kita akan cepat lapar & makanan ini juga akan meningkatkan paras gula darah dengan mendadak. 

Ini akan menyebabkan kita makan lebih kerap & banyak. Meningkatkan risiko kencing manis. Penyakit yang tiada ubat setakat ini. 

Menakutkan bukan?

Ubat kencing manis yang paling mujarab adalah mengamalkan pemakanan sihat. Dan mengambil bijirin penuh sebagai sumber karbohidrat kompleks adalah satu pilihan bijak.

Karbohidrat kompleks yang terdapat dalam biji-bijian seperti quinoa, beras merah, barli, dan oat adalah pilihan yang baik.

Di bawah ini Maznee kongsikan beberapa jenis bijiran yang baik sebagai sumber karbohidrat.


7. Beras Perang, Warna Coklat Mu Menawan!

Makanan berkarbohidrat sangat penting untuk membekalkan tenaga. Tetapi mengambilnya secara berlebihan akan meningkatkan berat badan kita. 

Susah nak kurus kan. Sebenarnya tak susah nak kurus. Amalkan cara makan yang sihat.

Jadi penting untuk ambil dalam kuantiti yang betul. Beras perang adalah salah satu sumber karbohidrat yang baik untuk ibu berpantang.

Ia akan mengenyangkan kita, dan boleh di makan dengan daging ayam & lauk lain untuk hidangan lengkap.

Karbohidrat yang cukup juga akan membantu penghasilan susu ibu yang banyak.


6. Roti Gandum Bijirin Penuh, Banyak Serat Penuh Khasiat!

Makan nasi hari hari pun jemu juga kan.

Jadi, makanlah roti gandum berasaskan bijirin penuh sebagai ganti. Bagus untuk kenyang lama & elakkan gula naik mendadak.

Salah satu makanan yang bagus untuk elak kencing manis. Selain itu, roti gandung bijirin penuh juga sumber asid folik yang baik.

Asid folik sangat penting semasa kita mengandung untuk perkembangan bayi di peringkat awal kehamilan. 

Tetapi, asid folik adalah nutrien penting dalam susu ibu yang diperlukan ibu & bayi untuk kesihatan yang baik.

Roti ini boleh di makan dengan daging, sayur sayuran & telur untuk sandwich yang sedap.


5. Oat, Sedap di makan sejuk & panas penuh nikmat!

Salah satu bijirin yang popular di bulan puasa. Sebenarnya semasa pantang bersalin pun bagus makan oat.

Tambahkan oat bersama susu, kekacang & buah buahan untuk rasanya yang sedap.

Boleh juga kita sediakan di malam hari, untuk resepi over night oat yang lazat.

Kandungan serat larut di dalam oat akan melambatkan proses penghadaman dan membuatkan kita kenyang lama.

Gula dalam darah pun akan terkawal dengan stabil dan membuatkan kita bertenaga sepanjang hari.

Nak elak kencing manis elok selalu makan oat semasa sarapan. Dan kurangkan makan benda manis.


Tempoh.

Tempoh pantang bersalin.

Dalam masyarakat melayu sekarang ni, ada 2 tempoh pantang bersalin. Ada yang pantang selama 44 hari.

Dan ada yang pantang 100 hari.

Mana satu yang lebih baik? Di bawah ini Maznee kongsikan kelebihan masing masing.

Kebaikan pantang 44 hari.

  1. Tempoh yang lebih pendek.
  2. Lebih ringan & mudah untuk diikut. 
  3. Lebih di terima ramai sebab cuti bersalin pun 2 bulan kan.


Kebaikan pantang 100 hari.

  1. Badan kita akan mempunyai lebih masa untuk pulih luar & dalam.
  2. Dipercayai mendatangkan manfaat kepada kesihatan jangka panjang. 
  3. Dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang boleh timbul kerana tidak menjaga pantang bersalin seperti sakit pinggang, menjejaskan hubungan suami isteri, dan organ peranakan jatuh.
  4. Pantang 100 hari menjadikan badan ibu lebih masa untuk sihat & bertenaga serta stabil dari segi emosi.



Tak ramai yang sanggup pantang 100 hari kerana sibuk dengan tanggungjawab. 


Artikel ini akan di sambung di masa akan datang untuk bahagian kedua.

Sekiranya ada pendapat & soalan, sila kongsikan di ruangan di bawah. Terima kasih sekali lagi kerana singgah.

Pantang Bersalin Ceaser? Aduh Sakitnya! Ini 11 Makanan Untuk Luka Bedah Cepat Sembuh Reviewed by Mazni Azmi on April 04, 2018 Rating: 5

28 comments:

  1. Para suami yang sayang isteri mesti jaga baik baik masa pantang bersalin ceaser.

    Barulah isteri dan anak anak sayang lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami yang pandai serba serbi, terutama jaga isteri pantang memang sukar di cari. Untunglah siapa yang dapat.

      Delete
  2. Masa anak ketiga Mimi cze. Masa oantang banyak makan buah sunquick sebab nak cepat elokkan luka operate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus betul mimi sebab makan makanan berkhasiat semasa berpantang

      Delete
  3. emmm bole suggest kan kat org yg baru lepas bersalin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat kepada ibu berpantang bersalin. Insyaallah membawa kebaikan

      Delete
  4. Lengkap info entri sis ni. Bagus utk jadikan panduan masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ana masih memasang impian nak tambah barisan anak anak. Hehe

      Delete
  5. Pantang bersalin ceaser masa anak no 2 tu memang banyak ujian. Anak pula teruk demam kuningnya. Memang perlu jaga betul betul

    ReplyDelete
  6. ibu2 kene pastikan makan makanan beekhasiat untuk manfaat ibu dan kualiti susu yang baik untuk.baby

    ReplyDelete
  7. Kak Mirror singgah ptg.
    Takut nak komen pasal org bersalin, Kak Mirror ingat mcm nak tutup kilang dah walaupun bestnya ada baby. Tunggu je lah dpt cucu.

    ReplyDelete
  8. Kesimpulannya.. makanan berprotein mmg sgt bagus kan

    ReplyDelete
  9. Makanan berkhasiat tu memang penting untuk ibu ibu bersalin ceaser. dan kena jaga luka betul betul. anak pertama saya bersalin normal. harap harap yang kedua ni pun normal jugak

    ReplyDelete
  10. Masa syira czer tahun lepas memang pantang betul betul. Tak makan benda gatal. Banyakkan vitamin c. Especially buah oren

    ReplyDelete
  11. aida, alhamdulillah, bersalin normal semuanya.
    meskipun normal, aida berpantang secara tradisional.
    jaga semua sekali ikut adat melayu dan islam.
    baik dari makanan, minuman dan gerak fizikal.
    100 hari? aida berpantang setengah tahun :)

    ReplyDelete
  12. Menjaga ibu bersalin dalam pantang bukan tugas biasa-biasa. Banyak benda yang diperlukan dan patut suami sediakan. Paling penting kehadiran suami di sisi isteri semasa berpantang..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian... Saya masa pantang czer memang makan buah oren setiap hari selain vitamin c ia juga cepat kecutkan luka dalaman

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang sangat bagus. Nanti boleh saya kongsikan dengan rakan yang bakal bersalin ceaser tak lama lagi

    ReplyDelete
  15. Anak ketiga Mimi bersalin caesar.memang bila bius dah habis sakitnya Allah saja tahu tau.nak gerak ke mana mana pun seksa sebab bila dah duduk nak vangun berjalan makan masa nak berdiri.lebih rela bersalin normal dari caesar..tapi semua tu bagi satu pengalaman buat mimi

    ReplyDelete
  16. selama ini makan gamat dan ikan linang jer boleh sembuhkan luka dalaman rupanya banyak lagi makanan yang blh membantu mempercepatkan kesembuhan lepas pembedahan. thanks sharing this

    ReplyDelete
  17. Bersalin secara pembedahan ceaser memang perlu banyak perhatian kerana memang mudah luka dan kawasan tu terkena jangkitan. Nanti lambat baik lagilah leceh

    ReplyDelete
  18. Makanan yang kita ambil semasa pantang sangat penting sebab badan kita akan gunakan untuk memulihkan diri kita sendiri dari dalam dan luar. Jadi pilihlah makanan yang betul

    ReplyDelete
  19. Pemilihan makanan memang pentingkan dalam kehidupan kite.. tambahan lagi pada mereka yang pernah operation, bersalin ceaser. Pemilihan makan memang sangat penting untuk sembuhkan luka kite.. terime kasih untuk info ini :D

    ReplyDelete
  20. Masa sis mengandung dulu x ada sape yg jaga..kena jaga diri sendiri so pantang mmg ke laut. Anak ke 2 ceaser..belum habis pantng kena drive sendiri..sampai jahitan yg hujung terbukak..aduhh seksa sgt. Sb tu lah..org ckp masa pantang ni lah mcm2 kena jaga..yg sakitnya kita..bukan org lain

    ReplyDelete
  21. Bagus juga ada petua-petua ni dan ditulis dalam blog supaya ibu-ibu muda dan belum ada pengalaman tahu apa yang perlu dimakan dan tidak boleh dimakan. :)

    ReplyDelete
  22. Saya bersyukur dapat rasa bersalin normal dan cesarean. Masa bersalin normal, berpantang tak la extreme sebab Luka jahitan sembuh dalam masa 2 minggu. Tapi, bila bersalin cesarean... Aduhhh. Saya jadi trauma nak hamil lagi. Anak pun saya takmo tengok. Tapi sebab ada support dari suami masa jaga saya, saya mula sayang anak saya. Berpantang memang susah. Saya takut nak makan banyak, batuk dan bersih pun saya takut. Tahan kencing memang takda la. Seram perut terburai. Wuwuwuw. Saya berpantang makan nasi, Ikan tenggiri bakar, sup lobak putih dan Air kosong. Buah limau Sunkist sahaja. Lain saya tak makan. Takutt

    ReplyDelete
  23. Memang betul pantang bersalin sangat menyeksakan dan memerlukan penjagaan rapi supaya osteri tersayang cepat sembuh dan anak pun sihat

    ReplyDelete
  24. Masa berpantang csear memang lambat baik. Sebab tu kita perlukan makanan yang membantu bagi tenaga dan pulihkan luka csear dengan cepat.. Thanks sharing info

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.