Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

"Kenapalah banyak sangat pantang lepas bersalin ni? Boleh naik stress sebab serba serbi tak boleh makan"
pantang bersalin makanan elak


Mesti ramai dari kita yang terfikir perkara di atas semasa menjalani tempoh berpantang.

Dah lah badan sakit tak hilang lagi, nak makan sedap sikit pun tak boleh. Kena banyak bersabar. Tapi, semua yang di larang ini mesti ada sebabnya kan?

Hari ini kita akan kongsikan antara pantang larang makan yang banyak di amalkan oleh ibu ibu di Malaysia.

Dan kebaikan yang tersirat di sebaliknya.


Pantang larang ini boleh bantu kita jimatkan banyak duit!

Pantang Bersalin Czer & Normal? Ini Makanan Yang Elok Di Elakkan Semasa Berpantang Supaya Cepat Sembuh.

Di bawah ini Maznee senaraikan makanan yang kurang elok di makan supaya kita cepat sembuh.

Tak banyak pun.

Ada 8 jenis saja.

8 Jenis Makanan Yang Sering Di Larang Selepas Bersalin. Apa Sebabnya?

pantang bersalin makanan elak fast food
Sumber: Storiesofworld.com


Kita mulakan dengan minuman kegemaran ramai. Ramai dari kita ambil minuman ini untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Apakah ia?


8. Kafein

Ibu berpantang perlukan banyak rehat untuk cepat sembuh. Seboleh bolehnya perlu dapatkan tidur yang nyenyak & berkualiti.

Jadi pengambilan minuman berkafein akan mengganggu kualiti tidur ibu.

Kenapa?

Kafein di dalam minuman seperti kopi teh & nescafe menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Atau lebih teruk lagi insomnia. 

Tak boleh tidur. Kalau lelap pun tidur tidur ayam. Mudah terjaga.

Macam manalah nak cepat sembuh kan? Peluang tidur yang ada perlu di manfaatkan sebaiknya. Kajian ada di lakukan oleh saintis barat tentang pengaruh ibu yang meminum kafein & kesannya pada bayi.

Hasil kajian tersebut menunjukkan, kafein tidak menyebabkan bayi berusia 3 bulan ke bawah mengalami masalah gangguan tidur. Tetapi lebih banyak kajian perlu dilakukan lagi untuk memahami keadaan ini.


Apa yang ibu makan akan bantu anak kita menjadi pintar!
Mesti kita teringin lihat mereka berjaya

Ada kajian lain ada menunjukkan kafein yang di minum ibu akan masuk ke dalam susu ibu & akan masuk ke dalam badan bayi.

Ada bayi yang sensitif terhadap kafein menyebabkan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Seperti yang di tunjukkan kajian ini.

The American Academy of Pediatrics di dalam sebuah artikel menyarankan ibu bapa supaya tidak memberikan anak anak di bawah usia 12 tahun supaya tidak mengambil makanan & minuman berkafein.

Apatah lagi bayi yang baru di lahirkan.

Malam hari, semasa anak menangis, kita perlu berjaga tukar lampin & menyusukan anak.

Susu ibu yang sangat berkhasiat juga akan terjejas pengeluarannya disebabkan oleh kafein. Oleh itu, ibu yang menyusu harus mengelakkan kafein.

Sekiranya anak kita terkena demam kuning, lagilah penting untuk kita kerap menyusukan anak supaya demam jaundice ini cepat kebah. 

Pengambilan kafein yang berlebihan dapat meningkatkan 

  • Kadar denyutan jantung
  • Merangsang minda
  • Membuat tidur nyenyak lebih sukar.


Pengambilan kafein yang berlebihan juga dijangka boleh menyebabkan dehidrasi tubuh, ini kerana kafein bersifat diuretik dan menyebabkan kita kerap kencing.

Badan kita akan lebih mudah kekurangan air, bayangkan semasa berpantang kita tidak digalakkan minum banyak air untuk elakkan bentan.

Tiba tiba kerana minuman berkafein kita kekurangan air kerana kerap kencing. Belum ditambah lagi dengan ketidak selesaan kerana perlu kerap ke tandas & luka jahitan di kawasan czer.

Banyak betul gangguan tak langsung pada si ibu yang hendak berehat semasa pantang disebabkan pengambilan kafein.

7. Minuman Beralkohol

pantang bersalin makanan elak alkohol
Sumber: Dennisheppner.com


Sebagai orang islam, kita tak seharusnya ada masalah ini kerana ia di haramkan. Tetapi, jika ada ibu yang memang kerap mengambil minuman haram ini.

Ini adalah masa yang baik untuk berhenti.

Alkohol yang di minum oleh ibu boleh masuk terus ke dalam susu ibu dan masuk ke dalam bayi. Kajian ada di lakukan oleh saintis dan menunjukkan ibu yang mengambil alkohol semasa menyusukan anak akan 

Kajian ini di lakukan oleh saintis bukan islam, di mana masyarakat mereka tidak memandang pengambilan minuman keras sebagai satu jenayah.

Tetapi kita sebagai umat islam wajib yakin & percaya, pasti ada hikmahnya di haramkan minuman keras.

Di dalam Al Quran, perintah untuk larangan minum arak turun secara berperingkat. Ayat pertama tentang larangan ini adalah dari Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 219:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (٢١٩)

Ertinya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Dan ayat terakhir tentang larangan minum arak  secara mutlak pada ayat 90 dari Surah al-Maidah (سورة المائدة):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


6. Makanan Yang Tinggi Kandungan Lemak & Minyak!

Sumber: Khushkhazana.com


Semasa mengandung, ibu hamil sangat di galakkan mengamalkan pemakanan sihat. Makanan manis & berlemak perlu di elakkan.

Ini kerana semua makanan di atas akan menambahkan berat badan.

Lebih teruk, risiko untuk menghidap kencing manis semasa hamil GDM akan lebih tinggi. Takut sungguh kena minum air gula kan?

Kesan jangka panjang pada diri ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan yang mengalami kencing manis semasa hamil sangat menakutkan.

Jadi, selepas melahirkan anak, sangat penting untuk kita menjaga berat badan. Selain nampak kurus, kita akan kembali cantik menawan semula.

Memang normal untuk mengalami kenaikan berat badan ketika hamil, berat ini dapat di turunkan dengan mudah dan pantas semasa berpantang.

Dengan mengamalkan pantang larang seperti tidak mengambil makanan berminyak tinggi & kaya lemak, sangat mudah untuk berat kita turun.

Selain faedah menurunkan berat, mengamalkan pantang makanan berminyak juga bagus kerana ia menyukarkan pencernaan dan mudah menyebabkan rasa tidak selesa perut.

Sistem pencernaan ibu selepas bersalin belum pulih sepenuhnya dan makanan berminyak lebih cenderung menyebabkan masalah pencernaan. 

Oleh itu, para ibu dinasihatkan untuk menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan banyak lemak. 

Ini kita boleh lakukan semasa penyediaan makanan untuk ibu pantang, disyorkan untuk membuang bahagian kulit daging ayam (yang banyak lemak) dan buang lemak yang kelihatan pada daging.

Atau lebih mudah, pilih saja bahagian daging yang kurang lemak seperti dada dan peha.

Sedikit perubahan boleh membawa banyak kebaikan.


5. Makanan Segera / Rapu

Ibu yang baru melahirkan dan menyusukan anak memerlukan makanan berkhasiat yang di perlukan badan.

Makanan ini akan membekalkan nutrien penting seperti kalsium, vitamin dan mineral supaya segala luka luaran dan dalaman yang dialami ibu semasa bersalin.

Makanan yang segar dan di masak menggunakan sayur sayuran mempunyai khasiat seimbang di perlukan oleh tubuh ibu.

Sebaliknya, makanan rapu yang di jual oleh restoran makanan segera bukan saja tidak berkhasiat malah memudaratkan.

Ini kerana kandungan makanan rapu ini mempunyai garam, gula yang tinggi & kandungan asid lemak omega 6 yang di kaitkan dengan radang juga tinggi.

Makanan yang telah di proses dengan suhu tinggi ini telah kehilangan banyak khasiatnya.

Makanan dalam tin diproses juga harus dielakkan kerana kandungan garam yang tinggi di dalamnya boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam badan (edema), mulut kering dan rasa haus melampau.

Elakkan semasa berpantang kerana tidak sesuai untuk ibu lepas bersalin.


Artikel ini ada bahagian kedua. Maznee akan sambung kemudian hari supaya tidak terlalu panjang.
Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh Reviewed by Mazni Azmi on April 10, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Bagusnya ada panduan makanan yang perlu di ikut semasa pantang bersalin.

    Barulah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. kalau tak ikut pantang bersalin, jawabnya tanggung la sakit yang lain huu.. pentingnya pantang ni

    ReplyDelete
  3. MANA mana pantang larang yang elok dan boleh diamalkan, amalkanlah kan..utk kesihatan tubuh badan..lama lagi nak guna hehe

    ReplyDelete
  4. siapa yang tahan berpantang...

    akan mudah sembuh la jawapnya.

    jadi lebih elok kalau berpantang

    ReplyDelete
  5. Berpantang semasa bersalin sangat penting supaya badan ibu cepat sembuh dan sihat semula.

    ReplyDelete
  6. elok berpantang sedisiplin yang mungkin untuk pastikan badan pulih sediakala. rindu pulak saat tu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis Maznee. Apa khabar hari ahad ni. Pantang bersalin memang kena jaga sungguh sungguh.

    ReplyDelete
  8. Hari ni susah nak jumpa orang yang pantang betul-betul. Makanan pun tak dijaga dengan baik. Kesan di hari akan datang kan sis.

    ReplyDelete
  9. Tq for info. Mmg amat aerguna buat ibu bersalin, berpantang Dan menyusu

    ReplyDelete
  10. Suami yang hensem lagi kacak bergaya menjadi idaman isteri mestilah boleh di harap semasa isteri sedang berpantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terbaik dapat suami yang jaga isteri masa pantang

      Delete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. 😉 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim 🌄

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.