Skincare Routine Malaysia untuk kulit cantik seperti wanita Korea! Betul ke berkesan?
Kecantikan kulit wanita korea memang di ketahui umum, Hari ini Maznee nak kongsikan rutin yang kita wanita Malaysia boleh ikuti langkah demi langkah.
Kalau tak dapat ikut 10 skincare routine, dapat buat separuh pun dah kira bagus sangat kan, ini kerana perempuan korea sangat obses dengan kecantikan kulit.
Klik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebut
Skincare Routine Malaysia, Inspirasi Dari Korea Untuk Kulit Cantik!
Nak ikut sepenuhnya boleh, tapi sudah tentu akan memerlukan kesungguhan & minat mendalam dalam penjagaan diri.
Paling baik, amalkan perlahan lahan sehingga jadi sebati dalam diri. Barulah kita tambahkan lagi rutin kulit cantik ini sehingga akhirnya cukup 10 langkah.
Cara ini, tak terasa sangat, berbanding buat sekali harung. Penat, dan akhirnya tinggal tak buat terus.
10 Skincare Routine Wanita Korea Untuk Kulit Cantik!
Langkah pertama adalah yang paling penting dalam rejim penggunaan skincare yang berkesan.
1. Penanggal Solekan + Pembersih minyak (MAKEUP REMOVER + OIL CLEANSER)
Bagi wanita yang bekerja, memang tak dapat elak untuk menggunakan alat solekan. Paling tidak pun mesti pakai bedak asas (foundation) supaya muka nampak lebih berseri.
Bagi wanita yang memakai make up, penting untuk menanggalkan solekan setiap kali ingin solat & juga selepas pulang ke rumah.
Pantang tak cuci muka sebelum tidur, mesti muka naik jerawat.
Penggunaan pencuci muka khas untuk menanggalkan alat solek & juga membersihkan minyak yang terkumpul sepanjang hari di permukaan kulit sangat penting.
Ada dari kita yang menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai untuk menanggal semua solekan sebelum tidur. Hasilnya, sarung bantal kita akan ada kesan kotor dari sisa kosmetik.
Lebih teruk lagi, kulit yang tidak di bersihkan dengan sempurna ini akan keluar jerawat kerana liang roma tersumbat. (Sumber nikmatterbaik.blogspot.com)
Cara terbaik untuk menanggalkan minyak dan make up ini ialah dengan menggunakan kombinasi makeup remover & pembersih minyak.
Ada banyak jenama pencuci muka di luar sana, youth ada, Safi & lain lain. Tinggal pilih saja ikut jenis kulit yang sesuai.
Urut dengan rata di kulit muka & leher untuk membersihkan alat solek dan kemudian bilas dengan air suam untuk menyingkirkan pembersih.

2. Pencuci Muka Berasaskan Air
Bukankah tadi kita sudah cuci muka? Kenapa perlu ada dua kali membersihkan muka?
Jika pembersihan pertama tadi lebih fokus dalam menyingkirkan alat solekan & minyak dari kulit.
Pencuci muka berasaskan air akan menyempurnakan & melengkapi tugas tadi dengan menyingkirkan lagi sisa sisa yang tertinggal dari pembersihan pertama.
Sebab itu ia proses pembersihan 2 peringkat.
3. Exfoliator / Pengelupas
Kulit kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar setiap hari. Pada masa yang sama ada juga kulit mati di permukaan kulit yang perlu dibersihkan supaya tidak hilang serinnya.
Lagi lagi yang kerja di KL & Selangor ni. Kilang industri banyak. Pencemaran tak payah ceritalah.
Inilah tujuan kita menggunakan exfoliator / pengelupas.
Kita ingin menyingkirkan kulit mati di permukaan kulit supaya kulit baru yang sihat & jelita dapat mengambil alih tugasnya.
Tapi, bagi kulit sensitif penggunaan exfoliator ini tidak boleh di lakukan setiap hari untuk mengelakkan kesan sampingan.
Jadi, apa yang perlu dibuat oleh mereka yang berkulit sensitif?
Mudah saja, hadkan penggunaan exfoliator kepada sekurang kurangnya dua kali seminggu untuk kulit yang cerah, & bersih.
Pembersihan sel sel kulit mati membolehkan semua produk skincare kulit kita dapat bersentuhan dengan liang liang roma kita & menyempurnakan tugas dengan baik.
Sapukan exfoliator / pengelupas secara perlahanlahan agar kulit lebih licin dan selembut sutera.
4. Toner
Tanah yang subur akan menjadi kering kontang kerana terdedah kepada sinaran matahari yang terik setiap hari.
Itulah di ibaratkan kulit kita, kulit yang lembap & cantik akan kehilangan lembapan kerana faktor persekitaran.
Cahaya matahari yang terik, angin penghawa dingin & sebagainya.
Kulit kita yang kering sukar menyerap khasiat dari produk skincare yang akan kita gunakan seperti krim siang & krim malam.
Sebab itu, ia perlu di lembapkan & disediakan terlebih dahulu untuk kesan yang lebih baik.
Penggunaan toner akan melembabkan kulit kita & mengimbangi paras pH.
Cara menggunakan toner yang bagus ialah dengan menggunakan pad kapas dan menyapu dengan lembut di sekeliling wajah kita apabila bekerja di luar.

5. Essence
Salah satu bahagian terpenting dalam skincare routine wanita korea ialah menggunakan essence. (coveteur.com)
Fungsi essence dalam memastikan kulit kita menjadi cantik dan bersih ialah untuk menghidrat (mengembalikan lembapan) dan membantu pembaikan kulit dan penggantian sel baru.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, sapukan pada kulit yang baru di sapu dengan toner.

6. Rawatan kulit (Serum)
Bagi keadaan kulit khas, contohnya kita mahu awet muda & mungkin juga ada pigmentasi yang menyebabkan warna tona kulit tidak seragam.
Penggunakan produk khas untuk merawat masalah ini sangat di galakkan.
Antara produk khusus untuk keadaan ini alah penggunaan serum iaitu pati pekat yang secara langsung merawat isu isu kulit yang hendak kita atasi tadi.
Antara fungsi khusus produk rawatan kulit khusus yang ada di pasaran ialah mengembalikan sinar kulit kusam, mengecutkan liang roma yang kelihatan besar, pigmentasi, kedutan, & jerawat.
Kita di galakkan menggunakan serum di dalam skincare routine untuk mendapat kulit yang cantik bersih. (www.ncbi.nlm.nih.gov)
Sapukan kepada kulit kita dengan lembut. Harga serum kulit yang bagus biasanya mahal, sebab itu tak ramai yang sanggup berbelanja besar.

7. Topeng muka (Face mask)
Penggunaan essence & topeng muka dalam skincare routine yang berjaya sangat penting.
Cara menggunakannya sangat mudah tak perlu di lakukan setiap hari pun.
Cukup sekadar 1 atau 2 kali dalam seminggu & 20 minit setiap sesi untuk kesan terbaik kepada kulit kita.
Topeng rawatan muka ini akan membekalkan kulit kita dengan khasiat yang di perlukannya untuk kelihatan cantik & jelita.
Sambil sambil pakai topeng ni bolehlah bertenang, nak berzikir, berselawat ke, atau nak baca buku terpulang pada kita.

8. Krim mata (Eye cream)
Kulit di bahagian bawah mata kita memang unik kerana tidak mempunyai kelenjar peluh.
Jadi kawasan ini mudah kering & kehilangan lembapan menyebabkan kedutan mudah timbul apabila usia bertambah.
Penggunaan krim mata di kawasan ini akan membantu menyediakan bantuan tambahan dari segi hidrasi & perlindungan.
Tekan lembut kawasan ini dengan jari yang di krim mata dan ratakan di kawasan bawah mata.

9. Pelembap (Moisturizer)
Bagi mendapatkan kulit yang tegang & awet muda, tak ada rahsia pun. Kita mesti menjaga lembapan kulit.
Kulit yang mengandungi lembapan yang cukup akan sentiasa kelihatan gebu & bersinar.
Jadi, penting untuk mencari pelembap yang serasi dengan jenis kulit kita. Moisturizer untuk kulit ada dalam pelbagai bentuk di pasaran.
Dari emulsi, losyen, gel, atau krim. Nak guna pelembap semulajadi seperti madu & susu pun boleh.
Semua ini berfungsi untuk mengunci kelembapan di dalam kulit & menghilangkan garis halus penuaan.
Tekan lembut pelembap ke kawasan muka dan leher kita setiap pagi dan malam setiap hari.

10. Pelindung matahari (Sunscreen protection)
Tinggal di Malaysia yang mempunyai pendedahan cahaya matahari sepanjang tahun memang rahmat dari Allah.
Tapi, cahaya matahari yang membekalkan vitamin D yang di hasilkan kulit juga boleh menjejaskan kulit kita.
Sekiranya kita kerap berada di luar atas urusan kerja, sangat di galakkan untuk menggunakan pelindung matahari.
Mana tau pergi bersenam di petang hari, joging untuk kurus dan bakar lemak kan?
Mesti kena cahaya matahari.
Ini adalah cara yang paling mudah & berkesan untuk mencegah penuaan pramatang.
Ini juga mengurangkan risiko terkena kanser kulit.
Seeloknya, pakai pelindung matahari di awal pagi untuk perlindungan yang berpanjangan.

Kesimpulan Tentang Skincare Routine Malaysia
Apa yang Maznee kongsikan tadi sekadar cadangan sahaja. Bagi mendapatkan kulit yang cantik & awet muda memang banyak pengorbanan masa dan duit.
Kalau kita ikut betul betul rutin di atas, agak agaknya mengganggu tak rutin harian kita?
Nak bekerja, menguruskan rumah tangga & juga suami.
Sebab itu di awal artikel tadi, Maznee ada kongsi supaya ambil mana yang termampu saja. Selamat mencuba.
Kongsikan komen dan pendapat di ruangan komen yang di sediakan di bawah. Jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.
Kalau kita ikut betul betul rutin di atas, agak agaknya mengganggu tak rutin harian kita?
Nak bekerja, menguruskan rumah tangga & juga suami.
Sebab itu di awal artikel tadi, Maznee ada kongsi supaya ambil mana yang termampu saja. Selamat mencuba.
Kongsikan komen dan pendapat di ruangan komen yang di sediakan di bawah. Jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.
Skincare Routine Malaysia untuk kulit cantik seperti wanita Korea! Betul ke berkesan?
Reviewed by Mazni Azmi
on
April 17, 2018
Rating:

Saya x terikut cara korea ni.biasa tempek krim waktu siang jer.mlm...ingat nk tido je
ReplyDeletewahh bukan senang nak kulit macam wanita korea nih .. :D.. thanks for the tips
ReplyDeletenice info :)
ReplyDeleteOoo Baru tau fungsi essensetu. Patutlah org Korea kulit cabtik2
ReplyDeleteSebelum cuci muka memang akan rwmove makeup guna wet tissue.lepas tuh bru cuci muka dengan cleanser. Toner jarang pakai.selalu pakai serum
ReplyDeletebanyak langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat. tapi memang berbaloi
ReplyDeleteBanyak betul . tak larat sungguh nak guna semua
ReplyDeleteBanyaknya skincare routine malaysia yang di amalkan. Patutlah kulit cantik. TApi kerja rumah terabai macam ni.
ReplyDeleteKalau ada maid mungkin boleh.
Banyak nya skincare routine orang perempuan korea. Asalkan isteri saya nampak manis untuk mata sendiri dah cukup.
ReplyDeleteEsok hari Jumaat penuh berkat,
ReplyDeleteHari ni khamis hujan gerimis,
Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
Mama singgah blogwalking blog sis
Maznee buat apa hujung minggu ni?
yang penting rajin dan istiqamah, insha allah pasti dapat kulit cantik idaman semua wanita
ReplyDeleteSkincare routine orang islam lagi senang, selalu ambil wudhu. Paling kurang 5 kali sehari. Sedikit sebanyak muka akan nampak serinya
ReplyDeletekalau ikut cari korea memang kulit muka mesti cantik punya lah
ReplyDeleteNak cantik pakai produk di farmasi pun berkesan ya. Menarik ni. Tak perlu keluar belanja besar
ReplyDeleteassalamualaikum mazni...patutlah muka org Korea ni cantik.licin dan gebu jer kn...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat Hari Eaya. Macam mana nak dapat kulit sihat dan cantik kalau malas nak jaga kan.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. MZ singgah sini.. selamat berhujung minggu :)
ReplyDeleteaduiyai memang banyak betul step penjagaan kulit ni sampai tak terikut dibuatnya
ReplyDeletewoww banyaknya rutin skincare.. kekadang tahu tapi malas nak buat ish ishhh patut la kulit tak cantik macam orang korea hahaha
ReplyDelete