10 Set bersalin terbaik di Malaysia untuk ibu berpantang ceria!

set berpantang terbaik di malaysia

Maznee nak ucapkan tahniah kerana sedang hamil. Semoga anak yang lahir nanti baik & berbakti pada ibu bapa. 

Menyedari tarikh bersalin dah dekat, mesti dah mula cari kelengkapan bersalin kan?

Salah satu darinya adalah set bersalin untuk digunakan semasa pantang.

Hari ini Maznee nak kongsikan set berpantang terbaik di Malaysia.

List ini hasil dari carian ibu di Malaysia yang cari di Google.




Jadi, apa yang istimewa dengan set bersalin di atas?

Maznee akan kongsikan info tentang setiap set bersalin ini di bawah.


Semoga bermanfaat kepada ibu semua.

Set bersalin terbaik di Malaysia! Pelbagai jenama & harga. Anda mesti suka.

Senarai ini akan Maznee Maznee perolehi di Google.com.

Macam mana Google buat senarai ini ya?


Jawapannya mudah, setiap kali ada ibu membuat carian di enjin carian internet terbesar di dunia. Data ini akan di rekod.


Dan jumlah carian untuk 12 bulan terakhir untuk setiap set bersalin ini di rekodkan.


Baca dulu sampai habis, lepas tu gunakan panduan ini untuk memilih set bersalin terbaik. 



10 Set berpantang terbaik di pasaran Malaysia 2018!

Klik jadual di bawah untuk terus membaca tentang set bersalin tersebut.




Pilih & tekan untuk terus ke bahagian tersebut.



Shaklee.

1. Set bersalin shaklee.

Set bersalin pertama memang tidak asing lagi. Maznee pernah makan sendiri set berpantang yang pertama ni. Semasa melahirkan anak kedua.

Dalam 1 set berpantang shaklee terdiri dari



set berpantang shaklee terbaik di malaysia
  • Multivitamin Vita-Lea dengan Iron 120 biji
  • Vitamin B-Complex 120 bji
  • Vita-C Plus Sustained Released 120 biji
  • Ostematrix 120 biji
  • Energized Soy Protein 1 jar
  • Omegaguard 120 biji
  • Alfalfa Complex 330 biji



Set ini adalah dari jenis moden & bukan berasaskan jamu / herba yang panas.

Jadi tak ada masalah untuk ibu yang pantang bersalin untuk makan walaupun anak sedang kena demam kuning (jaundice).


Itu yang paling menarik hati, ye lah kan! Duit dah keluar mahal tapi tak boleh makan semasa awal berpantang. Puncanya, sebab nanti susu ibu panas kerana jamu.


Anak yang ada demam kuning tak boleh minum susu ibu yang ada jamu sebab panas. Nanti jaundice tinggi.


Satu lagi, makan set shaklee tak ada masalah kalau bersalin dengan czer / pembedahan.


Set bersalin shaklee memang moden sebab kebanyakannya pil & tablet soft gel.


Nak baca pengalaman penuh, dan baca kebaikan serta kelemahan set ini. Boleh KLIK link di bawah.


>Baca Pengalaman Menggunakan Set Bersalin Shaklee<


Maznee dah cerita seteliti yang boleh dalam entri di atas. Selain itu, boleh juga baca blog Ibusyurga untuk info makanan terbaik di makan semasa hamil.


Senang nak bersalin kemudian hari.


Baik.


Set bersalin seterusnya pun Maznee dah makan. Semasa bersalin anak pertama.



Nona Roguy.

2. Set bersalin Nona Roguy NR



Ini adalah antara set bersalin terbaik di pasaran, selain set shaklee.

Maznee beli dulu sebab masa tu, belum ada pengalaman lagi. Baca review sana sini kata set ni bagus.


Dan memang betul, puas hatilah pakai.


Set bersalin nona roguy atau dikenali sengan singkatan NR, berasaskan jamu.


Dalam set bersalin Nona Roguy ni ada 6 jenis produk. Ada :



set berpantang nona roguy nr terbaik di malaysia


  • Phythonatal - ada 90 biji.
  • Minyak Herbanika - 100ml.
  • Minyak Herbanika Barut - Seberat 60g
  • Akar Herbanika - ada 10 paket.
  • Uncang cuci Herbanika - ada 10 paket.
  • Herbanika Lulur - Seberat 100g

  1. Nak tahu lebih terperinci tentang set bersalin Nona Roguy? Baca di sini!

Bahagian jamu tu yang jadi masalah. Anak pertama Maznee teruk demam kuning. Jadi duduk lama dalam wad hospital.

Kita dah boleh discharge keluar wad. Anak kena tahan lagi sebab jaundice tinggi.


Sudahnya, baru nak makan set berpantang NR, tak boleh makan dulu sampai baby baik demam kuning.


Dengan badan sakit sakit, ulang alik dari rumah ke hospital jenguk baby. Sedihnya hati. Badan pulak sakit sakit.


Sebab itu masa anak nombor 2 dah nekad tak nak pakai set ni.


Ini pengalaman Maznee. Kalau bukan sebab anak demam kuning teruk, rasanya tak ada masalah nak makan set NR.


Kita tak ditakdirkan bersama, Hehe.


Kalau nak cuba set berpantang ini, ada beberapa cara boleh dapat harga paling berbaloi. Mungkin ramai lagi belum tau. Maznee ada kongsikan cara tersebut di bawah

  1. Nak beli set bersalin Nona Roguy? Bandingkan harga dan dapat harga terbaik di sini.


Set seterusnya juga popular di Malaysia. Dalam kategori yang sama dengan set bersalin nona roguy. Jamu tradisional.

Set apakah itu?



Afiat.

3. Set bersalin Afiat

Salah 1 lagi daripada set berpantang tradisional berasaskan jamu. Elok berpantang pakai jamu ni berat turun dengan senang sebab panas.

Maklumlah pakai herba kan. Dalam set berpantang afiat mempunyai 10 barang.

set berpantang afiat
  • Minyak Afiat (250 ml)
  • Gel mandian serai wangi (125 ml)
  • Feminine care (60 ml)
  • Bedak Hangat Afiat
  • Pil Jamu Afiat (528 biji)
  • Makjun Bawang Putih 
  • Akar kayu periuk afiat
  • Barut afiat.
  • Balm afiat
  • Tali pembentan afiat


Anugerah.

4. Set bersalin Anugerah

Rupa rupanya jenama Anugerah ada set bersalin sendiri. Jenama anugerah ada banyak produk. Pencuci muka, minyak urut & banyak lagi. Blog nikmatterbaik ada tulis pasal ni.

Bagi set berpantang anugerah, ada 3 pilihan set bersalin jenama ini.


Harga set ini ada yang murah & ada yang mahal.


Set paling murah dari Anugerah ialah set normal & ia mengandungi 7 produk. Senarai produk tersebut ialah

set bersalin anugerah terbaik di malaysia

  • 1 botol Minyak Telon Anugerah - Isipadu 50 ml 
  • 1 botol Minyak Pilis Anugerah - Isipadu 30 ml 
  • 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah - Isipadu 250 ml 
  • Losyen Sejuta Khasiat Anugerah - Isipadu  150 ml 
  • 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah - Isipadu 200 ml 
  • 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah 
  • 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah - Isipadu 100 ml
Bila nak dapat anak baru, mesti nak kena banyak keluar belanja kan. Kan bagus kalau boleh dapat harga set Anugerah yang murah sikit. Memang boleh pun! Cuma kena survey harga. Di bawah ini Maznee berikan tempat terbaik untuk survey harga set pantang anugerah. 

  1. Nak dapat set bersalin anugerah yang lebih murah dan berbaloi? Survey di sini.



Sendayu tinggi.

5. Set bersalin Sendayu tinggi ST

Produk yang terkandung dalam set berpantang sendayu tinggi adalah seperti di bawah.
set berpantang sendayu tinggi st terbaik di malaysia


  • Baby telon
  • Body tone
  • Tummy tone
  • Amme massage
  • Amme heat
  • Kapsul amme complete
  • Pati herba amme 60 days
  • Ammy corset
  • Amme complete


Dherbs.

6. Set bersalin Dherbs

Di bawah ini adalah senarai produk yang kita dapat dengan membeli set berpantang Dherbs.
set berpantang dherbs terbaik di malaysia
  • Mandian herba mak bidan  (10 uncang) 
  • Pencuci wanita mak bidan
  • Bedak sejuk mak bidan 
  •  Pati herba mak bidan 1
  • Pati herba mak bidan 2
  • Sapuan badan mak bidan d'herbs


Amway.

7. Set bersalin Amway

Kalau di ikutkan, jenama Amway ni terkenal dengan vitamin & suplemen macam Shaklee. Kedua duanya adalah syariakt jualan langsung dari Amerika.

Tapi set berpantangnya berasaskan cara pantang tradisional. Lengkap dengan minyak urut & herba lain.


Setiap pembelian set bersalin Amway akan mendapat



set berpantang amway terbaik di malaysia


  • Teh Herba – 10 uncang
  • Herba Lepas Bersalin 1 – 60pcs kapsul sayuran
  • Herba Lepas Bersalin 2 – 80 pcs kapsul sayuran
  • Herba Pembersih Wanita – 20 uncang
  • Herba Mandian – 20 uncang
  • Campuran Peramping Perut – Tapel – 20 sachet
  • Campuran Penghangat – Param – 15 sachet
  • Campuran Penenang – Pilis –  15 sachet
  • Minyak urut herba –  60ml
  • Minyak Bayi – 60 ml
  • Bengkung Eksklusif yang bernilai RM75


Spa & Ma

8. Set bersalin Spa & Ma

Set berpantang Spa & Ma Mengandungi 11 Produk


set berpantang spa & ma terbaik di malaysia


  • Jamu Ratu Dara - 60 kapsul
  • Shape Up Lotion - isipadu 1 botol ialah 150 ml
  • Pilis Herba - 50 g
  • Bengkung Ratu - 1 Helai
  • Gamat Emulsion - 245 ml
  • Herba Mandian Spa - 5 gm x 10 Uncang
  • Feminine Cleanser - 100 ml
  • Lulur Frangipani - 250 gm
  • Extra Virgin Coconut Oil - 130 ml
  • Tungku Herba - 200 g
  • Minyak Seri Herba - 50 ml


Tanamera.

9. Set bersalin Tanamera

Di dalam 1 set berpantang Tanamera mengandungi 10 produk untuk kegunaan ibu semasa pantang bersalin.

Set ini juga bukan jenis suplemen / moden tapi lebih kepada penjagaan luaran & juga penggunaan jamu.


Produk produk di dalam set ini ialah



set berpantang tanamera terbaik di malaysia


  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100ml
  • Feminine Herbal Wash 14 sachets x 10gm 
  • Herbal Bath 14 sachets x 10g
  • Herbal Massage Oil 100ml
  • Firming Herbal Blend Paste 14 sachets x 15g
  • Abdominal Wrap / Bengkung (1 tali)
  • Herbal Tea 14 sachets x 2g
  • Calming Herbal Blend Paste 4 sachets x 20g
  • Boreh Body Scrub 4 sachets x 20gm
  • Brown Soap 125g


Jamu Jelita.

10. Set bersalin Jamu jelita

Set bersalin terakhir dalam senarai ini juga menggunakan pendekatan berpantang tradisional masyarakat melayu.

Sesuai di gunakan untuk mereka yang mahu berpantang cara old school. Set berpantang jamu jelit terdiri daripada 7 produk.

set berpantang jamu jelita terbaik di malaysia
  • Air Selusuh
  • Balm Hangat Berherba + Kolagen
  • Jus Tradisi Wanita
  • Minyak Selesa
  • Rendaman Herba
  • Sabun Nyaman
  • Serbuk Nyaman

Kesimpulan.

Maznee dah senaraikan 10 set bersalin terbaik di Malaysia hasil dari carian sebenar di Google. Mesti ada sebabnya kenapa ramai ibu mengandung memilih untuk menggunakan produk di atas kan?

Kepada ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin, Maznee doakan supaya semua urusan anda di permudahkan. Insyaallah.


Semoga list ini membantu anda membuat keputusan. Jumpa lagi.
10 Set bersalin terbaik di Malaysia untuk ibu berpantang ceria! Reviewed by Mazni Azmi on June 09, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Ada banyak betul pilihan set bersalin di Malaysia kan. Banyak lagi tak masuk dalam list yang Maznee buat

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan buat pengguna.

    Selamat hari raya sis. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Maznee

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak. Pemilihan set bersalin yang sesuai sangat membantu isteri saya berpantang.

    ReplyDelete
  5. Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis Maznee sihat.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni.

    ReplyDelete
  7. Mama singgah raya petang ahad ni.

    ReplyDelete
  8. Masa SA bersalin dulu, SA guna jamu Salindah..hahaha..mak SA la tu pi beli jamu tu..kena paksa makan yang jenis bancuh..allah x leh ingat la..la ni dah 14 tahun berlalu..lepas ni kalau ada rezeki..nak beli yang jenis tablet je..senang nak telan

    ReplyDelete
  9. Aida dulu tiga-tiga kali guna Mustika Ratu. Yg lain mcm byk sgt nak kena telan :-)
    Mustika Ratu is simple. Makan, siap dgn mandian. 3 minggu. Then teruskan makanan yg sihat. Jaga pemakanan. Nona roguy terkenal juga.

    ReplyDelete
  10. Masa nak bersalin, bila dapat tau bersalin secara czer, terus tak amik kisah pasal set bersalin ni.sebenarnya banyak set bersalin yang kita boleh pilih sesuai dengan budget kita kan.

    ReplyDelete
  11. Saya masa berpantang anak pertama, memang tak pakai sangat set berpantang ni. Cuma panggil orang untuk urut saya dengan baby. Pastu ada dia bagi tungku suruh tungku tetiap hari untuk 44 hari. mandi herba untuk saya dan baby pun ada dia sediakan. bengkung pun ada die sedia kan. tuam baby pun ada dia buat terus. pilis semua tu tak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus berpantang cara tradisi ni kan sis. Badan memang kena jaga baru lah cantik sampai berusia

      Delete
  12. Banyak betul orang buat post pasal pregnancy hari ni. Memang set bersalin tu penting kot. Especially nak dapat kan yang betul betul elok. Good list for those newbie and mum to be.

    ReplyDelete
  13. Wah bagusnya blh dijadikan rujukan buat ibu yg bakal berpantang. Tapi sy mmg dr duku suka produk tanamera. Sebab sesuai dengan badan heheh

    ReplyDelete
  14. banyaknya set bersalin yang ada tetapi andai kata mengandung nanti teringin nak cuba set tanamera.. macam best and banyak benefit

    ReplyDelete
  15. Rasanya tulisan ni sangat berguna utk mereka yg nak bersalin x lama lagi. Vood artikel

    ReplyDelete
  16. Ada banyak pilihan jenama di pasaran semuanya seakan sama dan ada perbezaan, masa beralin 15 tahun dulu bonde gunakan jamu nenek bidan sahaja, memang tiada jual dipasaran tapi popular dekat kampung. sekarang semua dan ada memudahkan juga!

    ReplyDelete
  17. banyak juga ye sekarang set ibu bersalin..senang je sekarang, survey je mana best kan..semua mempunyai kelebihan masing-masing..

    ReplyDelete
  18. Wife saya sebelum ni, dua dua anak guna nona roguy..just amik ESP Shaklee je utk protein dan banyakkan susu..mmg banyak susu yg boleh produce..

    ReplyDelete
  19. Sekarang nih memang banyak set bersalin yang dijual.sebagai pengguna kena bijak memilih dan tahu mana yang serasi dengan badan

    ReplyDelete
  20. Memang banyak jena produk berpantang. Ada set bersalin dari jamu dan ada juga yang jenis suplemen. Terpulang nak makan yang mana kan

    ReplyDelete
  21. Apa pun set bersalin yang kita pilih, penting untuk survey betul betul dulu sebelum beli kan. Tak menyesal di kemudian hari. Sebab tu bagus ada senarai macam ni.

    ReplyDelete
  22. memang banyak set produk utk ibu bersalin ni.. kena pandai pilih juga, takut nanti memudaratkan. tapi ramai yng guna shaklee dan mmg berkesan

    ReplyDelete
  23. Dah 14 tahun x bersalin..terus t ingat pasal benda2 penting ni..ntah bila dapat rasa beli set berslin lagi

    ReplyDelete
  24. i used Chinese herb for the bersalin set. Thank you for the share and i know now there are so many good malay traditional bersalin product out there

    ReplyDelete
  25. Banyaknya pilihan untuk ibu ibu yang telah bersalin. Kenalah pilih yang bermutu tinggi dan harga berpatutan pada masa yang sama. :)

    ReplyDelete
  26. I've used Set bersalin Tanamera during my confinement it's really good, remind me of being in a spa myself.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.