Krim Herbanika Barut Nona Roguy banyak kebaikannya untuk ibu berpantang!

Krim Herbanika Barut Nona Roguy

Krim Herbaneka Barut Nona Roguy untuk Mengetatkan Perut yang menggeleber!

Bagi ibu mengandung, banyak perubahan berlaku pada badan kita semasa 9 bulan kehamilan. Anak yang membesar di dalam rahim menyebabkan kulit kita tertarik sehingga boleh muncul selulit di seluruh badan.

Penggunaan Krim Herbanika barut ini akan membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh wanita bersalin. Kulit perut yang menggeleber kembali tegang & ketat. (Baca lebih lanjut tentang kelebihan set bersalin nona roguy!)

Barulah kelihatan menarik. Selain boleh di gunakan di kawasan perut, sapukan juga pada pinggul untuk menguatkan otot pinggul yang kendur.


Maklumat tambahan tentang produk krim herbanika Nona Roguy!

No.siri KKM : MAL 20014436T

Anggaran harga jualan di pasaran: RM55

Berat -60g

Bagaimana menggunakan Krim Herbanika Barut yang berkesan?

Bergantung kepada cara ibu melahirkan anak, sama ada ada secara normal ataupun pembedahan czer, cara penggunaan produk ini boleh berubah.

Maznee kongsikan dulu cara menggunakan bagi kelahiran biasa.


Bila masa yang sesuai menggunakan krim herbanika bagi ibu bersalin normal!

Berpantang untuk ibu yang melahirkan anak secara biasa lebih mudah. Cara menggunakan produk ini juga senang. 

Kita boleh mula menggunakan krim ini sejakhari ke 4 bersalin. Dan teruskan pakai sehingga habis pantang. Bergantung kepada tempoh pantang yang kita amalkan. Boleh saja amalkan selama 44 hari. Atau jika kita nak pantang lama sikit boleh saja teruskan memakai selama 60 hari.


Bila masa yang terbaik menggunakan krim herbanika bagi ibu bersalin pembedahan / czer!

Berpantang untuk ibu bersalin secara pembedahan lebih rumit & memerlukan penjagaan rapi. Memandangkan luka jahitan akibat pembedahan czer perlu sentiasa kering agar cepat sembuh, jangan gunakan dulu krim herbanika barut sehingga hari ke 15 melahirkan anak.

Ini kerana krim ini agak panas dan berangin. Kalau pakai semasa luka belum sembuh, peluh di kawsan luka boleh melambatkan luka sembuh. Teruskan pakai sehingga habis tempah pantang 44 hari atau 60 hari.


Cara menggunakan Krim Herbanika Barut untuk hasil terbaik!

Anda perlu sediakan 3 benda untuk mendapatkan hasil terbaik, iaitu
  • Bengkung
  • Minyak herbanika NR
  • Krim herbanika NR
Selepas itu, ikut langkah langkah di bawah
  1. Krim ini perlu di gunakan bersama sama dengan minyak herbanika NR yang terdapat di dalam set bersalin Nona Roguy.

    Sebelum menggunakan krim ini, sapu terlebih dahulu minyak herbanika di bahagian perut dan pinggang.

    Kemudian, sapu pula krim herbanika barut di kawasan perut, sekeliling kawasan kemaluan, pinggang, pinggul  dan peha.
  2. Terdapat banyak jenis bengkung di pasaran. Ada bengkung tradisional yang menggunakan tali untuk mengikat. Bengkung jenis ini lebih sukar di pakai.

    Dan untuk lebih mudah, boleh gunakan bengkung terkini yang menggunakan kaedah strap on. Tak perlu lagi ikat menggunakan tali.

    Penting untuk kita review terlebih dahulu bengkung yang mahu digunakan. Sebabnya, harga memang tentu berbeza, yang penting kain bengkung tersebut selesa dan menyerap peluh. Kain yang berkualiti juga memberikan pengudaraan yang baik, lebih nyaman menggunakannya.

    Sangat penting sebab nak bantu luka pembedahan cepat sembuh. Pakai bengkung yang di pakai kemas selepas menyapu minyak herbanika dan krim herbanika.

Berapa lama nak guna dalam sehari?

Kita di galakkan untuk menggunakan bengkung dari pagi sehingga lewat petang. Kemudian, di malam hari sebelum tidur, ulang semula cara pemakaian di atas.


7 Kelebihan menggunakan krim barut ini dengan cara di atas?

  1. Menggunakannya setiap hari sepanjang waktu kita berpantang akan memberikan kesan yang sangat baik untuk mengatasi masalah perut menggeleber dan kendur.
  2. Ia akan membantu mengempiskan serta menegangkan kukulit perut dan membuatkan pinggang nampak lebih ramping.
  3. Selain itu, masalah selulit yang di hadapi semasa mengandung juga akan berjaya di atasi.
  4. Penggunaan bengkung bersama produk ini akan membantu mengembalikan rahim pada kedudukan asal di samping mengecutkan rahim secara luaran.
  5. Membantu pengaliran darah nifas 
  6. Membantu mengatasi bengkak anggota badan luaran .

Maznee ucapkan selamat berpantang, dan selamat mencuba. 

Krim Herbanika Barut Nona Roguy banyak kebaikannya untuk ibu berpantang! Reviewed by Mazni Azmi on June 21, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Patutlah pakai ni kulit jadi tegang dan cantik semula kan. Selulit pun hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selulit memang tak cantik, sebab tu penting pantang pakai bengkung

      Delete
  2. Wajib pakai produk ni untuk hilangkan selulit, barulah kulit di perut cantik dan licin semula

    ReplyDelete
  3. aju suka yang ni dan sapu di perut dan peha, nak buang lelemak degil, dan balut dengan bengkung pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berkesan yan Aju. Ibu beli je tak pakai pun sebab masa tu anak demam kuning teruk. Sudahnya terbazir macam tu je.

      Delete
    2. Baru tau, itu kelebihan pakai set bersalin nona roguy ya. Set shaklee tak ada semua tu. Jadi masalah selulit dan kulit kendur tak selesai

      Delete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.