Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!

"Banyaknya jenis set berpantang! mana satu yang paling sesuai ya? Takut dah beli tak termakan pula"
Ramai dari ibu yang akan bersalin pening kepala kerana banyak sangat jenama di pasaran. Tak semua sesuai untuk kita.

Duit nak banyak pakai kan. Kalau kerja kerajaan bolehlah duduk wad kelas kedua atau pertama di hospital kerajaan.


Set berpantang terbaik


Tapi kalau kerja swasta, nak masuk wad kelas kedua & pertama bayarannya memang lebih mahal. Apatah lagi masuk hospital swasta. Nak beli kelengkapan bersalin yang lain lagi.

Jadi, nak uruskan duit dengan betul. Tak mahu membazir kena buat pilihan yang tepat.

Kali ini Maznee sediakan panduan memilih set berpantang terbaik untuk kegunaan kita semasa pantang bersalin. Sangat bagus untuk rujukan terutama sekali bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak.


Jadual.
Klik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebut


Cara memilih.

Cara memilih set bersalin terbaik! 

Citarasa kita berbeza. Set berpantang terbaik untuk Maznee mungkin tak bagus untuk anda. Sebab itu panduan ini sangat bagus untuk di gunakan.

Gunakan langkah langkah di bawah semasa kita sedang hamil untuk buat keputusan. Atau layari laman Ibusyurga untuk banyak tips untuk ibu mengandung.


Jenis.

1. Jenis set berpantang idaman hati?


Ada orang suka set berpantang jenis jamu, ada pula tak suka jamu jadi nak makan set moden. Jadi tanya diri sendiri dulu.

Mahu makan jenis yang mana satu.

Andai nak makan set jenis jamu, boleh senaraikan dahulu. Contohnya, Maznee senaraikan beberapa jenis set jenis jamu di bawah.
  • Set berpantang nona roguy
  • Set bersalin tradisi
  • Set bersalin jelita

Kalau nak makan set berpantang moden, antara jenama yang popular di pasaran ialah
Tepuk dada tanya selera sendiri. Biasanya ibu yang suka makan jamu akan berpantang dengan mak & mertua. Jadi nak berpantang pun cuba cara tradisional juga.

Bagi set moden pula, biasanya yang berpantang sendiri & bersalin anak lebihd ari sekali.Selalunya ada pengalaman pahit dengan jamu.

Kemungkinan semasa kali terakhir melahirkan anak, bayi demam kuning tinggi. Jadi doktor nasihatkan supaya jangan makan set jamu.

Panas. Nanti demam kuning tinggi & lambat baik. 

Jadi kita sebagai ibu rasa sangat tak selesa, badan rasa sakit sakit & terpaksa pergi ulang alik dari rumah ke hospital dalam keadaan badan sakit.

Azab sangat.

Sebab itu mereka nak beralih angin makan set berpantang terbaik menggunakan sains moden.

Set moden membekalkan ibu berpantang dengan khasiat yang di perlukan badan untuk sembuh luar & dalam.

Tapi Maznee perasan ada juga yang tak suka makan set moden sebab kebanyakannya dalam bentuk pil dan serbuk. Ada mak yang takut benar makan pil.

Fobia makan ubat agaknya.

Ok, selepas kita dah jelas nak makan jenis yang mana.

Baru kita pertimbangkan perkara seterusnya iaitu..

Jenama.

2. Pilih jenama set berpantang untuk di makan.

Selesai memilih jenis set bersalin yang mahu digunakan, sekarang ini kita nak pilih jenama. Setiap jenama set berpantang mempunyai kelebihan & kekurangan masing masing.

Maznee sendiri pernah makan set jenis jamu & set moden.

Set jamu Nona Roguy Maznee makan semasa anak pertama. Set berpantang shaklee pula Maznee makan untuk anak kedua.

Dalam kes Maznee, kedua dua anak ada demam kuning yang teruk.

Jadi semasa anak pertama, tak boleh makan terus set Nona Roguy sampai anak baik. Yang tak bagusnya, susu ibu kita pun jadi panas sampai buat anak lambat baik demam kuning.

Oleh kerana terlalu sibuk ulang alik hospital & kurang pengalaman menyusu. Susu kering cepat.

Sedangkan susu ibu sangat bagus di beri kepada anak kita yang demam kuning supaya cepat kebah. Yang bagusnya dengan Nona Roguy ni pil phytonatal tu buat kita sangat lawas.

Memang senang ke tandas.

Sebab tu anak kedua Maznee makan jenama Shaklee. Alhamdulillah masalah yang sama tak berulang. Susu ibu boleh terus beri kepada anak untuk cepat baik jaundice.

Dari segi tenaga dan kecergasan, memang terasa berbeza. Malam tak penat sangat berjaga.

Cuma set Shaklee ni agak mahal, mujur tahan lama. Satu set nak habiskan boleh sampai 3 ke 4 bulan. Dan membantu membanyakkan susu ibu dengan cukupkan nutrisi yang di perlukan badan. 

Dan Set Shaklee ni kita tak dapat bengkung atau pilis. Siapa yang pantang dengan mak & nenek ni mesti kena bebel sebab tak nak ikut cara pantang nenek moyang kita.

Jadi, timbang sendiri lah nak pakai jenama apa. Laman Academic.oup.com ada kongsikan kajian yang menarik tentang ini.

Dan pertimbangkan baik buruknya.


Set berpantang jamu


Review.

3. Baca review & testimoni ibu lain yang pernah menggunakan set berpantang tersebut.

Sekarang ni kita dah senarai pendek 2 jenama set bersalin. Macam mana nak tahu set tersebut bagus?

Senang saja.

Kita baca saja pengalaman orang lain.

Maznee nak kongsi, ada 2 jenis review yang kita boleh baca di internet. Jenis tersebut ialah
  • Review berbayar.

    Ada dari pengeluar produk & peniaga yang membayar blogger untuk menulis iklan di blog tentang set berpantang keluaran mereka.

    Jadi review jenis ini pada Maznee kurang menggambarkan sisi sebenar menggunakan produk ni.

    Kalau dah di bayar mesti akan cerita yang baik saja kan.
  • Review tidak berbayar.

    Jenis kedua ini lebih telus & mudah di percayai. Macam mana nak tahu review tersebut tak berbayar?

    Dalam artikel tersebut tak bertulis ia adalah advertorial. Dan ia juga biasanya akan cerita baik dan buruk produk tersebut.

    Maznee akan cari review jenis ini sebelum buat keputusan.

    Selain membaca di internet, kita juga boleh bertanya dengan kawan kawan atau adik beradik perempuan yang dah ada anak.

    Boleh jadi set itu sesuai untuk mereka, tak sesuai untuk kita. Apa yang penting kita dengar saja pengalaman mereka. Lepas itu kita buat keputusan sendiri.

Selepas membaca review & pengalaman orang lain.

Kriteria seterusnya akan menentukan sama ada kita jadi beli atau pun tidak. Apakah ia?

Harga.

4. Harga set berpantang tersebut.

Dari pengalaman Maznee, jenama set berpantang berbeza mempunyai harga yang berbeza. Ada yang murah macam jenama anugerah dan Dherbs.

Nak yang mahal boleh beli set bersalin Shaklee. 

Tapi jenama Shaklee pun ada set basic / bajet. Sediakan bajet dalam RM250. Kalau set berpantang shaklee premium harga dalam RM600. Ahli dapat diskaun 20%.

Bincang dengan suami tentang bajet yang mampu kita keluarkan untuk set berpantang.

Susu ibu.

5. Adakah anda mahu memberikan susu ibu kepada anak yang akan di lahirkan?


Pertimbangkan juga sama ada kita nak memberikan susu ibu kepada anak yang akan di lahirkan. Ada set bersalin yang membantu membanyakkan susu badan.

Jadi tak perlu beli suplemen berbeza untuk banyakkan susu. Ada juga set bersalin yang membantu ibu kurus & turunkan berat semasa berpantang.

Jadi tak perlu 2 3 produk kan.

Ok, letakkan dulu kunci kereta. Tak boleh beli lagi set bersalin sebelum jawab soalan di bawah.


Alahan.

6. Adakah kita sesuai menggunakan set berpantang ini?

Sekarang ini, kita dah tahu jenama & harga set berpantang. Cuba fikir sekejap, kita ada sejarah perubatan yang menunjukkan kita ada masalah alahan dengan bahan tertentu.

Contohnya kita ada G6PD. Jadi makanan yang berasaskan kacang akan memberikan kita mudarat,

Atau kita mungkin alah dengan beberapa jenis herba. Sebelum beli, semak dulu bahan bahan yang ada dalam produk tersebut.

Contohnya, dalam set bersalin shaklee premium, ada produk berasaskan soya. ESP Shaklee di buat dari soya, jadi kemungkinan mereka yang alah dengan kacang. Ada G6PD tak sesuai makan.

Kalau dah semak, dan tak ada masalah.

Apa lagi, dah boleh beli.
Tapi, jawab soalan di bawah ni dulu.

Tempat beli.

7. Tempat mana paling sesuai untuk beli?

Sekarang ni, kita ada banyak pilihan untuk beli barang. Nak beli barang basah pun kita boleh beli online.

Dan paling penting, barang yang kita beli itu asli, original atau palsu?

Sekarang ini, ada banyak penipuan dalam jual beli. Tak kisahlah kalau beli di internet ataupun di kedai, risiko nak beli barang palsu tetap ada.

Cuba pastikan kita beli produk yang benar benar asli.

Contohnya, kalau Maznee nak beli set berpantang terbaik dari Shaklee, Maznee akan jadi ahli Shaklee sendiri dan beli sendiri produk tersebut di kedai Shaklee.

Atau kalau nak beli di internet, Maznee kan dah jadi ahli Shaklee, boleh order terus dari gudang Shaklee.

Kalau alamat dan nama pengirim barang barang terus dari gudang Shaklee, apa lagi nak risau kan?

Selain itu, produk palsu boleh jadi memudaratkan kita. Biasanya produk palsu di jual pada harga yang lebih murah.

Jadi, andai kata kita dah buat bandingan harga, kita dah tahu harga pasaran set bersalin tersebut. Contohlah, RM300.

Tiba tiba kita jumpa ada orang jual RM150 saja. Wah, tawaran terbaik ni.

Cuba duduk diam sekejap. Dan tanya diri anda sendiri. Betul ke murah macam ni? Entah entah brang palsu. Atau barang dah rosak. Atau mungkin juga kalau aku bayar ni barang tak sampai langsung.

Risiko yang kita tanggung sangat tinggi. Tak berbaloi kan.

Selain harga & tempat beli.

Kalau kita ada soalan tentang set berpantang, dengan siapa kita boleh tanya ya?

Dengan Siapa?

8. Beli set berpantang dengan penjual yang bertanggungjawab!

Bergantung kepada jenama set berpantang yang kita beli, mungkin kita tak perlu pertimbangkan kriteria ke 7.

Tapi kalau kita nak makan set berpantang jenis moden.

Contohnya set bersalin Shaklee, sangat penting untuk kita makan dengan betul. Suplemen ini perlu di makan dalam kuantiti yang betul.

Dan tidak boleh di ambil berlebihan supaya tidak mendatangkan mudarat.

Sekarang ni kita perlu cari pengedar yang dah berpengalaman luas, berpengetahuan & bertanggungjawab.

Pengedar Shaklee yang bagus akan bantu jawab soalan kita walaupun selepas kita beli. 

Asli / Palsu.

9. Anda pasti set berpantang yang di beli asli?

Kita dah bincang tentang kriteria no 8 ini sebelum ini. Ambil langkah berjaga jaga. Beli dari sumber yang betul.

Jangan beli berdasarkan harga semata mata.

Belum tentu barang murah itu berkualiti. Betul kan?

Ansur ansur.

10. Boleh beli berasingan?

Andai kata kita mempunyai bajet yang terhad, tapi masih nak pakai set berpantang yang terbaik di pasaran.

Mungkin bajet kita tidak mencukupi.

Tapi kita boleh beli dalam beberapa peringkat. Tak perlu beli sekaligus. Boleh beri beransur ansur dari bulan pertama mengandung.

Jadi bila dah dekat bersalin semua dah ada.

Expired.

11. Jangka hayat set berpantang anda!

Setiap produk ada hayatnya. Semak betul betul sama ada produk yang di beli belum sampai tarikh luput.

Set berpantang shaklee biasanya tahan lama. Mungkin makan sampai 3 bulan pun tak habis lagi.

Jadi pastikan kita beli barang yang baru di hasilkan. Periksa "manufacturing date" & tarikh luputnya.


Kesimpulan tentang cara memilih set bersalin terbaik.

Duit ada di tangan kita, pastikan kita buat pilihan yang betul supaya tidak menyesal semasa berpantang. Insyaallah kita akan puas hati.


Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin! Reviewed by Mazni Azmi on June 04, 2018 Rating: 5

11 comments:

  1. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis Maznee. Insyaallah nak juga try set bersalin terbaik di pasaran untuk anak seterusnya.

    Itupun kalau tambah anak lagi.

    ReplyDelete
  2. Banyak betul tips untuk beli set bersalin terbaik kan? Terima kasih Maznee.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana singgah blog saya. Membalas kunjungan. Selamat memburu lailatul qadr di 10 malam terakhir ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Masa bersalin dulu tak tau pun ada set-set bersalin berpantang macam ni. Kalau ada rezeki dapat baby lagi boleh lah rujuk sini semula.

    ReplyDelete
  5. setakat ni saya pernah guna dua jenama set bersalin iaitu set salindah, shaklee dan nona roguy, semuanya ada kelebihan tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju tu aju, setiap dari produk ni ada kelebihan sendiri. Pilih set berpantang terbaik mengikut keperluan kita.

      Delete
    2. Biasanya harga menjadi penentu. Kalau bagus macam mana pun, tapi set bersalin tu mahal sangat. Orang tak beli juga.

      Delete
  6. Bagusnya info.. lengaka. TQ for sharing

    ReplyDelete
  7. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

    Set berpantang shaklee pilihan mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga amalan kita di bulan puasa di terima oleh Allah swt. Insyaallah

      Delete
  8. Terima kasih atas panduan yang sangat bermanfaat ini. Sangat berguna

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.