Set Bersalin Nona Roguy 2018! Selamat ke di makan semasa berpantang?


 set bersalin Nona roguy
"Kenapa agaknya Mak & nenek kita dulu masih langsing menawan, walaupun usia mereka dah lanjut?"


Kalau kita belek album lama keluarga, mesti kita akan nampak benda ni. Orang dulu, anak ramai, rapat rapat pulak tu.

Tapi badan sihat & kuat. Pinggang macam kerengga, usia 60 ke 70 an pun masih kuat naik basikal pergi surau. Kalau tanya mereka, salah satu petuanya mesti pantang semasa bersalin kena jaga.


Ya, mereka amalkan jamu. Kalau dulu kena pakai akar kayu & segala bagai. Zaman sekarang ni kita cuma pakai set bersalin Nona Roguy saja. Dah boleh ikut cara berpantang warisan bangsa kita. 
Baca lebih lanjut tentang Review 10 set bersalin terbaik di Malaysia!)


Set berpantang Nona Roguy, Satu review lengkap dari segenap dimensi!



Seperti yang Maznee kongsikan di artikel cara memilih set bersalin terbaik, terdapat 2 jenis set bersalin yang ada di pasaran. Jenis jamu dan jenis moden (suplemen.)


Jamu nona roguy adalah cara berpantang orang dulu dulu yang di beri sentuhan baru. Menggunakan herba dan rempah ratus warisan bangsa untuk membantu ibu bersalin kembali pulih seperti sebelum mengandung. 

Di bawah ini Maznee kongsikan apa sebab utama, ibu di Malaysia memilih menggunakan set nona roguy semasa berpantang.



14 Kebaikan Set Bersalin Nona Roguy kepada ibu bersalin.

set bersalin nona roguy

Memang banyak manfaat yang di terima dengan menggunakan set ini. Antaranya ialah

  1. Merawat Sembelit Teruk Selepas Bersalin
  2. Berkesan Menurunkan Berat Badan
  3. Membersihkan Rahim dari Lendiran
  4. Mengatasi Angin Meroyan atau Murung
  5. Menyegarkan Fungsi Rahim
  6. Memperbanyakkan Susu Ibu
  7. Menambah Daya Tenaga Semasa Pantang
  8. Mempercepat Pengecutan Rahim
  9. Membuang Lemak Berlebihan
  10. Merawat Sakit Anggota Badan
  11. Melancarkan Pengeluaran Darah Nifas
  12. Merawat Kembung Perut
  13. Mengimbangi Kembali Sistem Badan
  14. Menstabilkan Hormon





Harga Nona Roguy terkini?

Maznee ada buat tinjauan harga untuk set bersalin Nona Roguy di pasaran, memang ada tempat lebih murah dari tempat lain.

Bagi memudahkan anda, Maznee kongsikan di bawah tempat yang menjual set Nona Roguy pada harga paling murah. Senang, sebab ada ramai penjual. dalam satu tempat.
Baca lebih lanjut tentang pelbagai pilihan set dan harga set bersalin nona roguy di pasaran!


Set berpantang Nona Roguy sesuai di ambil oleh 

  1. Ibu yang akan melahirkan anak
  2. Ibu yang mudah mengalami sembelit.
  3. Ibu yang merasa sakit sakit badan
  4. Ibu yang mengalami pengeluaran darah nifas yang tidak normal
  5. Ibu yang perut mudah masuk angin ketika berpantang
  6. Ibu yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin
  7. Ibu yang mahu bertenaga semasa berpantang.


4 Sebab utama untuk memilih nona roguy set bersalin untuk di ambil semasa berpantang?

Di bawah ini Maznee kongsikan 4 punca ramai ibu mengambil set ini

1. Produk Penjagaan mempunyai banyak manfaat.

Barangan penjagaan set bersalin Nona Roguy boleh digunakan pelbagai cara. Tidak seperti set bersalin yang lain, setiap produk hanya khusus untuk satu pengunaan.

Sebagai contoh, minyak herbanika boleh digunakan sebagai minyak urut, ubat luka, menghilangkan pening kepala dan lain-lain.





2. Membantu mengurangkan berat ibu selepas bersalin.

Set bersalin Nona Roguy ini membantu melawaskan air besar dan membuang lemak air yang berlebihan dalam tubuh badan. Ia memyebabkan Berat badan turun dengan kadar normal dan pada masa yang sama membekalkan tenaga ke seluruh anggota badan.

Kesan- kesan luka jahitan selepas bersalin juga sembuh dengan cepat bagi mengelakkan para ibu terkena jangkitan kuman yang membahayakan kesihatan.


3. Bahan yang di gunakan halal & Selamat digunakan.

Set bersalin Nona Roguy bertahan lebih 5 tahun dalam pasaran. Ia dijamin HALAL dan selamat serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


4. Tahan lama dan mudah untuk di gunakan.

Bahan Penjagaan disediakan dengan perubatan moden yang terdiri daripada kapsul, tablet, pek uncang dan krim bagi memudahkan para Ibu.

Set bersalin Nona Roguy juga mudah disimpan dan tidak mudah rosak.



Apa yang kita akan dapat dalam 1 set jamu bersalin Nona Roguy?

Di bawah ini Maznee senaraikan 6 produk yang terkandung di dalam set ini.

1. Phytonatal  (90 biji) - Tablet Pembersih Rapi Dalaman.


Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan. 
Baca lebih lanjut tentang Pil Phytonatal NR dan kebaikannya disini! (Akan datang)

2. Akar herbanika (10 peket) - Minuman Antioksidan di Wad Bersalin.

Akar Herbanika di set bersalin Nona Roguy ini membantu menambahkan tenaga dan Khasiat pemakanan kepada para Ibu. Juga bertindak menyegarkan badan. 
Baca lebih lanjut tentang produk akar herbanika nona roguy di sini! (Akan datang)

3. Minyak herbanika (100ml) - Pengurangkan Kesan Regangan di Perut

Minyak Herbanika di dalam set bersalin Nona Roguy berfungsi menguatkan otot perut.

Ia juga bertindak mengurangkan kesan regangan dan kesan pecah-pecah di kulit semasa mengandung & meningkatkan Pengedaran darah. 
Baca lebih lanjut tentang minyak herbanika Nona roguy disini! (Akan datang)

4. Krim herbanika barut (60gm)

Mengetatkan Perut yang menggeleber. Krim Herbanika barut ini di sapu di sekeliling perut. Ia bertindak mengetatkan kembali perut yang menggeleber selepas bersalin. Ia juga bertindak menguatkan otot perut dan otot pinggul yang kendur. 
Baca lebih lagi tentang krim herbanika barut Nonan Roguy disini!

5. Uncang cuci herbanika (10 PAKET) - Penyembuh Luka.

Bertindak sebagai Antiseptik untuk menyembuhkan luka dan mencegah jangkitan kuman. Ia juga bertindak menyegarkan dan menghilangkan bau badan ketika berpantang. 
Baca lebih lanjut tentang uncang cuci herbanika nona roguy!

6. Herbanika lulur  (100gm) - Mengembalikan keserian kulit.

Herbanika Lulur bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman semasa mengandung. Ia juga bertindak menegangkan kembali payu dara yang kendur. 
Baca lebih lagi tentang Nona Roguy Herbanika Lulur!

Kesimpulan.

Nak beli set bersalin Nona Roguy untuk di gunakan semasa berpantang, elok tahu apa fungsi dan cara menggunakan yang betul.

Fikir masak masak apa baik dan buruk menggunakan set tersebut. Kalau dah puas hati, pastikan kita bandingkan harga.


Nak murah beli saja online. 


Selamat mencuba dan Maznee doakan urusan anda bersalin di permudahkan Allah SWT.


Set Bersalin Nona Roguy 2018! Selamat ke di makan semasa berpantang? Reviewed by Mazni Azmi on July 15, 2018 Rating: 5

16 comments:

  1. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking awal pagi ni. Dah makan set berpantang nona roguy. Ok lah. Bersalin dan pantang cara tradisional.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tinggalkan alam bersalin ni. Tak ingat jenama apa yg saya guna utk set berpantang. Pilihan saya set berpantang herba ni.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus ni..so far dalam banyak-banyak yang Qeela baca, set dari Nona Roguy memang salah satu yang bagus untuk lepas bersalin kan..nanti kalau mengandung lagi mmg nak masuk dalam list jugaklah hehe insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Bagus sebenarnya Set berpantang Nona Roguy ni kan..adik SA memang beli set ni..SA dulu guna jenama lain..skrg dah lama betul x preggy..rindu nak preggy..hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah banyak betul fungsi dia. Bagus betul untk orang berpantang. Nice sharing.

    ReplyDelete
  6. Bagus kan ada set berpantang sebegini. Takyah nak mencari sana-sini - dah ada set. Eh. Kalau nak pakai bengkung Premium Beautiful, Rawlins ada jual ye. Hehe.

    Penjagaan diri penting jika kita sayangkan keluarga kan.

    ReplyDelete
  7. Nona Roguy ni memang terkenal dengan set bersalin diorg. Sampai sekarang masih lagi orang cari sebab bagus. Sis dah lama tinggalkan dunia bersalin ni..nanti boleh rekemen kat anak2 buah pulak

    ReplyDelete
  8. Jamu-jamu ni walaupun tak sedap tapi memang dah terbukti keberkesanan dia daripada zaman dulu lagi. Orang mkan jamu mesti badan lelawa je.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba yang ini. Tapi produk nona roguy ramai kata elok dan memberi kesan yang positif. Khasiat jamu tradisi yang dipermodenkan

    ReplyDelete
  10. Iya yah... kok jaman dulu orangnya pada langsing semua ya. Betul yg dibilang pada postingan ini bahwa dulu manjur ramuan herbalnya.

    ReplyDelete
  11. Kalau daripada produk semulajadi kita yakin dan kita syorkan kepada ibu-ibu berpantang kat luar sana. Tapi buat masa ni kita tak ada pengalaman lagi hehehehe....

    ReplyDelete
  12. Dah lama pencen bersalin πŸ˜‚. Nona Roguy ni dh lama di pasaran tapi waktu saya dalam pantang saya guna set berpantang lain..lupa pulak jenama tu tp rasanya masih ada dalam simpanan hehe

    ReplyDelete
  13. nona roguy memang menjadi pilihan ibu ibu yang berpantang sebab cara berpantang yang di gunakan dah terbukti zaman berzaman. Cara tradisional kan. Perut menggeleber pun boleh jadi ketat semula

    ReplyDelete
  14. Nak bersalin perlu banyak sediakan kelengkapan. Salah satu yang wajib ialah set berpantang. Lebih baik kita buat kajian dulu kan. Kaji apa kata ibu lain yang dah pakai sebelum ni.

    ReplyDelete
  15. TB teringin sangat nak makan jamu-jamu ni.. tapi tu la.. badan TB ni macam tak sesuai dengan jamu.. mungkin jenis panas didalam.. ada kawan TB tu makan NR ni memang terbaik.. segar dan aktif je dia walaupun sedang berpantang

    ReplyDelete
  16. NR ni mmg famous utk produk set berpantang. Mak pun kalau kakak2 bersalin mmg suruh pakai set ni. Sebab semua ada dalam tu, tak payah pening kepala nak fikir mcmana nak dapatkan pantang yg bagus.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.