Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?


Skincare untuk kulit berminyak 1





Pembuka kata.

Walaupun kulit berminyak sukar untuk dijaga, tetapi dengan skincare routine yang betul, ia boleh menjadi mudah. 

Related post: Skincare terbaik di Malaysia! Mana satu pilihan anda?
Di bawah ini, Maznee akan kongsikan skincare yang paling bagus untuk kulit berminyak bersama sama rutinnya.

Selamat mencuba.



Rutin skincare drugstore untuk kulit berminyak waktu pagi.



Apa yang wajib kita buat selepas bangun tidur di awal pagi?


1. Gunakan pencuci muka untuk kulit berminyak.

Sewaktu kita tidur di malam hari, minyak dan kekotoran berlebihan di hasilkan oleh kulit kita. 


pencuci muka untuk kulit berminyak


Debu dan bakteria tidak boleh di biarkan terlalu lama pada kulit kita, ini kerana ia akan memudahkan masalah jerawat naik dengan banyak.


Sebab itu, kita perlu basuh muka kita setiap pagi untuk mengeluarkan kekotoran dan minyak berlebihan yang telah terkumpul sepanjang malam. 


Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit berminyak yang tidak terlalu kasar kerana ia akan mengeluarkan terlalu banyak minyak dari kulit.



Dan akhirnya menyebabkan ia kering. Sebaliknya gunakan pencuci muka yang lebih lembut. Bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih. 

Pembersih berbuih lembut ini akan menghilangkan solekan dan minyak yang berlebihan tanpa membuang kulit. Ia juga membantu menghilangkan kotoran di permukaan kulit. Baca panduan di bawah untuk memilih cleanser khas untuk kulit berminyak.

Related post: 5+ Pencuci muka untuk kulit berminyak terbaik! (Akan datang)

2. Sapu toner khas untuk kulit berminyak.

Ramai dari kita tidak suka menggunakan toner selepas mencuci muka. Sedangkan kebaikannya sangatlah banyak.


toner untuk kulit berminyak


Penggunaan toner adalah satu cara yang baik untuk membantu memastikan setiap kekotoran & sisa cleanser yang terdapat pada kulit dibersihkan dengan sempurna selepas mencuci muka. 


Terdapat juga toner boleh mampu menormalkan pH kulit kita, dan memberikan tekstur kulit yang licin. 




Penting untuk kita memilih toner yang sesuai untuk kulit jenis berminyak kerana ia tidak akan mengeringkan kulit. 


Toner juga membantu yang mengecil dan membuka semula liang liang roma tersumbat. Ia juga mampu menyeragamkan tona kulit supaya lebih sekata.


Elakkan kawasan mata semasa menyapu toner kerana kawasan ini kurang lembapan. Penggunaan toner di kawasan ini akan menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah berkedut. Baca artikel di bawah untuk panduan memilih toner.

Related post: 5+ toner untuk kulit berminyak terbaik. (Akan datang)


3. Gunakan serum untuk kulit berminyak.

serum untuk kulit berminyak

Serum terdiri daripada "essential oil" dan pati herba kerana ia mampu untuk menyerlah kecantikan kulit kita pada waktu pagi.


Minyak dari serum berbeza sifatnya berbanding dengan yang di hasilkan oleh kulit. Dengan menggunakannya boleh membantu mengurangkan penghasilan sebum berlebihan di permukaan kulit untuk rupa yang lebih berseri seri dan tidak berminyak sepanjang hari.

Related post: 5+ serum untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus untuk anda? (Akan datang)


4. Gunakan pelembap muka dengan minyak ringan atau bebas minyak.

moisturizer untuk kulit berminyak

Kulit kita memerlukan keseimbangan minyak dan air di dalam kulit untuk kelihatan sihat bersinar dari dalam. 

Kulit berminyak memerlukan moisturizer yang membekalkan hidrasi (air) dan mempunyai tekstur minyak yang lebih ringan supaya ia mudah di serap ke dalam kulit.


Kita di galakkan menggunakan moisturizer yang mempunyai perlindungan sinar UV matahari (SPF).

Related post: 5+ Pelembap muka untuk kulit berminyak yang paling bagus. (Akan datang)


Skincare Routine di Malam Hari.

skincare routine malam

Setelah penat melakukan aktiviti di siang hari, tiba masanya untuk kita berehat di rumah. Di bawah ini Maznee kongsikan rutin penjagaan kulit yang boleh di lakukan di rumah di malam hari.

Khusus bagi kulit berminyak.



1. Ulang rutin cuci muka dengan dengan cleanser.

Ulang semula rutin mencuci muka yang di lakukan di awal pagi. Jika kita menggunakan solekan, bagus juga untuk membersihkan kosmetik dengan "make up remover".

Selepas selesai membersihkan muka, kulit kita akan terasa lebih bersih dan segar.



2. Ulang rutin sapu toner.

Lap muka dengan toner untuk membersihkan sisa kotoran dan pencuci muka yang masih ada di permukaan. Sebaiknya kita gunakan toner yang sama.


3. Bekalkan air yang mencukupi dengan menggunakan krim malam.

krim malam untuk kulit berminyak

Jika di siang hari, kita gunakan pelembap wajah untuk membekalkan lembapan kepada kulit. Di malam hari pula, kita di galakkan menggunakan krim malam yang menghidrasi semula wajah.

Krim malam juga mempunyai fungsi tambahan untuk menangani masalah kulit seperti bintik bintik gelap, kedutan, atau kehilangan keanjalan kulit.


Kalau kita nak awet muda, inilah skincare yang wajib di ambil kerana ia dirumus dengan kepekatan bahan anti penuaan yang lebih tinggi seperti retinol, asid glikolik, LHA, dan asid hyaluronik.

Related post: 5+ Krim malam untuk kulit berminyak yang paling bagus. (Akan datang)


4. [TIDAK WAJIB] Gunakan krim mata.

Kawasan kulit di bawah mata kita berbeza jika di banding dengan kulit muka di kawasan lain.

Sebab itu, jika kita rajin bolehlah akhiri skincare routine kita setiap hari dengan menghidratkan kawasan mata menggunakan krim mata.


Kulit di sekeliling mata kita sangat nipis dan kebiasaannya menjadi tempat pertama tanda tanda penuaan kulit muncul.




Kesimpulan.

Menjaga kulit berminyak memerlukan usaha yang berterusan kerana kita mudah mengalami masalah jerawat. 

Penggunaan skincare yang sesuai untuk kulit berminyak akan memberikan kesan paling bagus jika di gandingkan bersama rutin yang betul di waktu siang dan malam.

Disiplin dalam melakukan skincare routine ini setiap hari akan menjadikan kulit kita lebih berseri dan bebas jerawat.

Sampai sudah kita ke hujung entri ini. Terima kasih kerana baca sehingga habis. 
Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat? Reviewed by Mazni Azmi on July 16, 2018 Rating: 5

26 comments:

  1. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking awal pagi ni. Apa khabar sis Maznee. Memang bagus kalau dapat cari skincare yang paling bagus untuk kulit

    Bagus ada panduan dari sis ni

    ReplyDelete
  2. Betul, saya punya kulit muka pun oily & combination. Memang oily, tapi kulit masih perlukan pelembap yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. Dah beberapa hari tak buat facial routine, baca ni terus rasa nak pi cuci muka. Tapi anak pulak bangun...hurm..

    ReplyDelete
  4. Kalau nak cantik kena rajin untuk buat rejim kecantikan. Kalau malas, tak dapat la kulit muka yang mulus tu. Nak cari skincare pun kena yang ngam dengan kulit kita. Kalau tak, kulit kita akan bermasalah seperti jerawat ke atau lain2 masalah yang berkaitan.

    ReplyDelete
  5. TB punya kulit memang kena cari yang bersesuaian dengan jenis kulit TB sebab TB ada psoriasis, so tak boleh main pakai je semua produk.. bagus entri ni boleh bagi idea dan panduan dalam pemilihan skincare yang tepat

    ReplyDelete
  6. Rutin penjagaan basis asas tuk kulit muka memang penting. Walaupun kulit berminyak, semua step kena gak buat kann.. . Apapun orang yang kulit muka berminyak ni, muka nya lambat kedut. Berbanding orang kulit kering lagi cepat kedut tua. Huhuhuu

    ReplyDelete
  7. Kulit berminyak for me kena cari dan pastikan menggunakan moisturiser yang betul dan sesuai dgn muka. Kebanyakan org kulit berminyak tak suka pakai moisturiser, sedangkan moisturiser sgt penting. If u pakai moisturiser yg betul dan bersesuaian, ia akan mengawal minyak di muka kita! Jangan lupa pakai sunscreen jugaa ia sgt membantu ✌🏽

    ReplyDelete
  8. Skincare untuk kulit yang oily memang wajib kita pilih yang sesuai. Kalau tak makin banyak jerawat yang naik.

    ReplyDelete
  9. Thanks sharing..baru sedar diri kena rajin buat semua step rutin penjagaan kulit wajah untuk kekal awet muda

    ReplyDelete
  10. I always take care of my skin but will try out your idea too. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian. Kulit wajah sis pun berminyak, alhamdulillah nasib baik tak keluar jerawat cuma bila makeup tu aje cepat hilang makeup..tu yg tension tu

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya kulit kita walaupun berminyak kena juga pakai plmbap...kita selalu skip and anggap moisturiser tu xperlu utk kulit minyak..sebanrnya kulit kita berminyak sebab kita xpkai moisturiser

    ReplyDelete
  13. Nice tips as I have oily skin especially the T-zone. I does not like oily and sticky skincare. I will try your tips and will share with this tips with my reader.

    ReplyDelete
  14. Thank you for sharing these basic skincare steps, yet so important to keep skin healthy and moisturised. Have oily skin and it is so easy to break out. Argh!

    ReplyDelete
  15. Salam...memang kita kena cari produk yg sesuai dgn wajah kita yang kulit berminyak, yg perlu dijaga dgn rapi

    ReplyDelete
  16. Dulu saya hadapi masalah kulit berminyak ni. Alhamdulillah skang dah ok. Guna produk organik

    ReplyDelete
  17. saya pun jenis kulit muka berminyak, foundation pun kene pakai yang bersesuaian dengan jenis kulit muka

    ReplyDelete
  18. I totally agree that oily skin needs alot of moisture too! Thanks for the nice information, I need more post like this.

    ReplyDelete
  19. Oily skin memang kena extra care dalam rutin skincare. Sebab kalau tak jaga dari skincare, maka bila pakai mekap for sure berkilat dan bercapuk. Banyakkan minum air juga. Kadang minyak tu bleh jd milea seed. Tanda-tanda kolestrol dalam badan.

    ReplyDelete
  20. yeszaaaa. rutin ginilah yg aida buat tiap hari.
    alhamdulillah.
    da masuk 40 thn ni, more lah nak kena jaga kulit luar.
    dalaman pun sama.
    muka da semakin sensitif. nak elak berkedut, kena jaga dari sekarang :)

    ReplyDelete
  21. Saya jenis muka kombinasi jadi tak risau sangat sebab jerawat pun tak selalu naik. so far saya just pakai pencuci muka. rutin untuk serum atau moisturizer tu belum lagi rajin nak buat

    ReplyDelete
  22. bagus ni untuk di jadikan panduan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak

    ReplyDelete
  23. Nice sharing. Syira boleh dikatakan kulit berminyak jugak ni.

    ReplyDelete
  24. Thanks for the tips on skincare for ladies with oily skin. really useful especially those who are struggling to find good skincare due to oily skin

    ReplyDelete
  25. Kulit Yaya jenis skin combination. Berminyak kat Zon T dan selebihnya kering lagi2 kat sekitar bibir. Kena rajin pakai moisturizer untuk kekalkan kelembapan wajah

    ReplyDelete
  26. I've got combination skin, dry at some area and oily at some, it's so different to jaga sometimes but a good toner really helps.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.