5+ Skincare untuk kulit kering terbaik! Moisturizer yang mana paling bagus?


Skincare untuk kulit kering


Pembuka kata.

Kulit yang kering kelihatan kusam dan hilang serinya. Ini berlaku kerana kulit kita kurang menghasilkan minyak yang mencukupi.
Hari ini Maznee akan kongsikan beberapa skincare pelembap terbaik untuk kulit kering. Boleh cuba dan tentukan yang mana paling serasi. 

Selepas itu, Maznee juga akan kongsikan cara memilih moisturizer yang bagus untuk kulit kering.

5 Moisturizer terbaik untuk kulit kering.

Terlalu banyak pelembab di pasaran sampai tak tahu yang mana satu berkesan untuk kulit kita. Maznee senaraikan 5 terbaik untuk pilihan kita bersama.


1. Nivea Soft Moisturizing Creme

Nivea Soft Moisturizing Creme

Jenama skincare yang tak asing lagi di Malaysia. Jika anda ada masalah kulit kering, dan mahu pelembap yang berkesan dari Nivea, gunakan krim ini.

Ia mengandungi vitamin E dan minyak  jojoba yang di serap dengan cepat ke dalam kulit kita yang dahagakan lembapan.

Hasilnya, kulit kembali lembap tanpa terlalu berminyak.

Nak harga terbaik? Survey harga Beli Nivea Soft Moisturing Creme disini!


2. The Body Shop ® Vitamin E Nourishing Night Cream

Skincare untuk kulit kering The Body Shop ® Vitamin E Nourishing Night Cream

Maznee suka pakai produk dari Body Shop sebab ia berasaskan bahan semulajadi. Produk ini terdiri daripada pelbagai minyak semulajadi untuk di gunakan pada malam hari.

Krim malam dengan tekstur yang kaya dan mudah diserap kulit untuk melindungi, menambah dan membantu mengelakkan kehilangan kelembapan di malam hari.

Waktu malam memang waktu terbaik untuk menggantikan lembapan yang hilang di siang hari. 

Krim ini akan menghidrat dengan intensif dan menjadikannya lebih lembut dan halus. Ia dirumus dengan vitamin E, asid hyaluronik dan minyak gandum. 



3. Eucerin Dry Skin Replenishing Face Cream Night 5% Urea With Lactate

Skincare untuk kulit kering Eucerin Dry Skin Replenishing Face Cream Night 5% Urea With Lactate

Kajian telah dilakukan oleh saintis untuk mengetahui apakah yang dapat menjadikan kulit kita kembali lembap.

Dan terbukti dari kajian, pelembap yang mengandungi urea berfungsi lebih baik dalam mengembalikan lembapan dan mengurangkan kehilangan air dari kulit. 

Krim untuk menggantikan lembapan dari Eucerin ini mengandungi 5 peratus urea, yang membantu memulihkan dan menghidratkan kulit kering. 



4. Himalaya Nourishing Skin Cream.

Skincare untuk kulit kering Himalaya Nourishing Skin Cream

Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream adalah ramuan berasaskan herba dan sesuai di gunakan setiap hari untuk melembapkan, menyubur dan memberi perlindungan kepada kulit sepanjang hari.

Terutama sekali daripada pencemaran dan cuaca kering. Ramuan semulajadi yang terkandung di dalam krim pelembap Himalaya ialah


a. Aloe Vera

  • Kaya dengan enzim, polisakarida dan nutrien yang mempamerkan tindakan antibakteria dan antikulat. 
  • Bertindak sebagai penghalang sinar UV semulajadi. Ia juga melembap, melembutkan, membekalkan hidrasi untuk di serap kulit.

b. Winter Cherry

  • Ejen anti tekanan yang berkesan, kaya antioksidan yang menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit. Penting dalam penjagaan kulit.

c. Pokok Kino India

  • Memiliki sifat astringen yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk menyeragamkan tona dan meremajakan kulit muka.

d. Pennywort India

  • Berkesan melawan ulser kronik dan ekzema yang berterusan

Nak harga terbaik? Survey harga Himalaya Nourishing Skin Cream  

5. L'OREAL Revitalift Krim Hari SPF23

Skincare untuk kulit kering L'OREAL Revitalift Krim Hari SPF23

Gunakan krim ini untuk memerangi tanda-tanda penuaan pada 8 zon utama wajah kita. Ia bagus untuk mengurangkan kedut dan mengembalikan keanjalan kulit. 

Membersihkan dan menyegarkan kulit dengan perlindungan matahari SPF23. Gunakan setiap hari untuk melihat tekstur kulit semakin halus, kulit kelihatan lebih licin bahkan membuat kulit terlihat lebih muda

Nak harga terbaik? Survey harga  L'OREAL Revitalift Krim Hari SPF23 




Cara memilih pelembap muka yang sesuai untuk kulit kering?

cara memilih skincare untuk kulit kering

Kulit yang kering kekurangan minyak semulajadi yang di hasilkan kulit. Minyak ini bersifat tebal dan berlilin untuk memelihara lembapan kulit.

Kebanyakan skin care pelembap wajah untuk kulit kering di reka khas untuk meniru sifat minyak semulajadi yang di hasilkan kulit.

Ada di antara produk ini mengandungi bahan "fragrance" atau pewangi. Ada pula yang bebas dari bahan ini. 

Bagi mereka yang peka kepada kesihatan jangka panjang, mungkin cenderung untuk mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi fragrance. Wallahualam, ini pilihan masing masing.

Kerana kebanyakan produk bebas pewangi lebih mahal harganya. Semasa memilih moisturizer yang sesuai untuk kulit, beri ruang untuk mencuba dan tukar jika tidak sesuai.

Teruskan sehingga jumpa produk yang serasi. Apa yang lebih penting ialah penggunaan pelembap secara berterusan akan memberikan hasil yang lebih baik jika di bandingkan dengan penggunaan yang tidak konsisten.

Cari juga skincare pelembap yang mempunyai bahan bahan di bawah untuk hasil yang lebih baik.

  • antioksidan
  • asid hyaluronik
  • ceramides
  • gliserin
  • urea





Kesimpulan.

Penggunaan skincare yang tepat untuk kulit kering akan membantu mengatasi masalah ini. Apa yang kita perlukan ialah moisturizer / pelembap yang berkualiti.

Ini akan membantu melegakan masalah biasa yang dihadapi kulit kering seperti gatal, dan iritasi. 

Ambil masa dan laburkan wang untuk mencari skincare yang paling bagus untuk kulit anda yang kering. Dan perhatikan bahan bahan tambahan yang terkandung di dalamnya untuk hasil yang lebih baik.

Sampai sini saja kali ini. Assalamualaikum.



5+ Skincare untuk kulit kering terbaik! Moisturizer yang mana paling bagus? Reviewed by Mazni Azmi on July 16, 2018 Rating: 5

16 comments:

  1. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking awal pagi ni. Kulit kering memang senang nampak kusam. Lepas tu cepat merekah. Kena selalu pakai moisturizer untuk lembapkan kulit

    ReplyDelete
  2. ini untuk kulit kering ek, kak lily ni kulit berminyak so lain lah regim penjagaannya ye. kang campur-campur jadik lain plak kang

    ReplyDelete
  3. I need moisturizer to keep my skin moisturiZed... great skincare and nice post..

    ReplyDelete
  4. Kulit kering memang merunsingkan hati wanita..kena dapatkan pelembab yang sesuai dengan kulit..seeloknya jumpa ahli farmasi untuk bantuan..atau jumpa specialist kan..

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah consistent pakai moisturizer. So far pernah pakai safi rania gold je. Itu lah yang paling lama pakai pun. Tapi sekarang dah stop

    ReplyDelete
  6. Pelembab ni untuk melembabkan kulit muka kita. Kena cari yang betul2 sesuai. Anak pakai pelembab himalaya manakala saya pakai pelembab Body Shop range Drop of Youth.

    ReplyDelete
  7. Kulit kering ni bahaya juga boleh menyebabkan merekah dan nampak lebih tua, wajah tak berseri dan tidak kelihatan muda. Perlu amalkan penggunaan produk sebegini barulah kembali keserian wajah tu

    ReplyDelete
  8. Semua jenama yang disenaraikan kat dalam ni kita tak pernah guna dan tak beli pun hehehe orang lelaki bukan kisah sangat dengan kulit muka janji bersih dan basuh setiap masa hehehehehe..

    ReplyDelete
  9. pakai moituriser penting bagi mengekalkan kelembapan kulit...dalam byk2 produk dia tas ayu paling suka jenama himalaya...sebab harga snagat berbpatutan dan sesuai untuk semua kulit

    ReplyDelete
  10. My skin has been super dry lately and was actually looking for a good moisturiser. Then came acros your article. Thank you so much

    ReplyDelete
  11. Once I was in India during winter so I tried out Himalaya moisturizer and it works really well because my normal moisturizer wasn't heavy enough to protect my skin.

    ReplyDelete
  12. Kulit kering ni bagusnya ialah liang roma tu halus jadi kulit nampak sangat halus dan licin. Itu pun dengan syarat kalau kita gunakan pelembap muka untuk kulit kering yang terbaik.

    Moisturizer untuk kulit kering akan bekalkan minyak yang akan memerangkap lembapan dan membuatkan ia kelitan berseri. Tu yang glowing

    ReplyDelete
  13. tak pernah pakai moisturizer..hahahhaa..jenis tak rajin..pakai serum yang semua ada dalam satu botol..okla..tapi moisturizer ni penting sebenarnya..nak kulit kita lembap selalu

    ReplyDelete
  14. Mosturizer mmg sgt penting utk kulit muka supaya kulit kekal lembab sepanjang masa. Mmg banyak mosturizer di luar sana tp nk dpt yg betul2 best dan berkesan dgn kulit, agak susah sikit. Bolehlah nanti sy cuba mosturizer yg disyorkan nie

    ReplyDelete
  15. Thanks for doing the research and coming up with these popular moisturisers. I have oily skin and very rarely use it. It makes my skin go haywire. LOL

    ReplyDelete
  16. Kadang kala tak perlu beli produk mahal beribu untuk kulit . Produk dekat drugstore macam Watson atau guardian pun dah produk Yang berkualiti dengan harga mampu milik .

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.