Jalan Jalan Di Taman Tasik Shah Alam
Jalan Jalan Di Taman Tasik Shah Alam
Assalamu'alaikum Wrmbth, dalam kesibukan
kerja makan gaji dan Shaklee Independent Distributor, masih perlu bijak
bahagikan masa dengan anak anak dan suami. Masa hujung minggu memang
takkan disia siakan. Ada peluang je mesti ajak en Hubby bawa Mazni dan luqman
hakim keluar.
Keluar pun tempat yang menyenangkan mata.
Salahs atunya di Taman Tasik Shah Alam. Lokasi yang nyaman dan best untuk
melepaskan stress di tempat kerja.
Macam biasa bangun awal pagi, Mazni akan
terlebih dulu sediakan sarapan. Anak nak masuk dua, kesihatan kena jaga. Lebih
lebih lagi nak melayan anak sulung lelaki yang sangat aktif.
Lari sana sini, memang lumrah budak lelaki
macam ni. Sihat tu pun nikmatkan. Berapa ramai dari kita diluar sana diuji
dengan anak yang tidak sihat. Walau spenat manapun kerja, dan stress mana pun
akan cuba berikan yang terbaik untuk anak ummi ni.
Sarapan pagi kalau nak keluar tak payah
buat pun, en Hubby belanja makan luar. Tapi hidangan wajib setiap pagi tetap
kena ambil. Meal Shake+ESP + Serbuk Coklat. Tambah pula Set vitamiin
keluarga sihat.
Kami sekeluarga amalkannya. Alhamdulillah
meman banyak nampak beza. Badan rasa lebih cergas dan bertenaga. Suami dan anak
pun ambil sama. Semua nak sihat. Baru keluarga lebih ceria gembira.
Sarapan hari ni tak de pilihan,
terpaksalah makan makanan Malaysia yang banyak lemak dan minyak ni. Nasi lemak
dan roti canai. Hihi. Tak pela sekali sekala. Bukan tiap minggu pun
makan.
Mana lah nak dapat zat yang mencukupi kalau harapkan nasi lemak
dan roti canai nikan. Dahlah banyak minyak n lemak. Sebab tu kena laburkan
sikit beli makanan tambahan.
Mazni baca, buah buahan tu pun sebaik dipetik dari pokok, kuantiti
vitamin dalam buah tu makin merosot. Makin sikit, jadi kalau ada sayur dan buah
jangan simpan lama lama, kalau tak zat yang ada pun akan hilang.
Zaman dulu orang kita tanam saya sayur sendiri tepi rumah. Bila
bila masa nak makan petik sendiri. Ulam ulaman pun banyak. Petik terus makan.
Zat pun tak hilang. Racun pun tak pakai kan.
Semua makanan elok, asalkan ambil pada
kuantiti yang betul. Kenapa kami suka datang ke sini? Banyak pokok dan burung
burung pelbagai jenis, dari bangau ke burung gagak. Kih3. Itik pun ada. Nak
lebih best boleh berkayak dengan pasangan.
Tapi Mazni tak buatlah sebab ada luqman
hakim. Habis terbalik kayak tu sebab dia nanti. Mana boleh duduk diam.
Masa kami sampai tu jam dalam 9pagi. Orang
pun dah ramai, mak ayah bawa anak anak bermain ditaman permainan. Dari satu
sisi, luqman hakim boleh belajar bermain dengan kanak kanak lain.
Sebab selalu mak mertua yang jaga. Jadi
kawan sepermainan pun sepupunya yang baru berusia 1 tahun.
![]() |
| Kerja KL banyak hutan batu, lari sekejap ke hutan sebenar |
![]() |
| Ini ummi ke luqman hakim yang stress nak naik buaan |
![]() |
| Masa berkualiti |
Lepas luangkan masa main dengan luqman
hakim, kami pergi ke Shaklee HQ di Subang Jaya. Masyaallah, ramainya. Penuh
tempat ni dengan mak ayah dan anak masing masing.
Nampaknya terpaksalah minta tolong partner
terbaik Mazni ada, En Hubby untuk belikan stok isnin nanti. Kalau suami tak
tolong, memang lama nak tunggu giliran. Sebab tu Mazni suka bisnes Shaklee,
libatkan anak dan suami sekali dalam semua perkara.
Memang family bisneslah. Alhamdulillah.
Jalan Jalan Di Taman Tasik Shah Alam
Reviewed by Mazni Azmi
on
September 22, 2013
Rating:
Reviewed by Mazni Azmi
on
September 22, 2013
Rating:














No comments:
⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔
🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. 😉 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim 🌄