8 Kelebihan Saya Dapat Selepas Daftar Jadi Ahli Shakee

10 Kelebihan Saya Dapat Selepas Daftar Jadi Ahli Shakee

Assalamu'alaikum Wrmbth, Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Alllah swt. 

Banyak nikmatnya kita abaikan dan lupa setiap hari. Contohnya masa lapang. 

Hari ni Mazni nak share apa kelebihan menjadi ahli shaklee dari pengalaman sendiri



Sekarang ni blog ni dah makin stabil dengan izin Allah hampir setiap pos mengenai Shaklee akan muncul di muka pertama google. Syukur sangat sangat. Usia blog ni tak sampai 5bulan lagi.

Kelebihan ahli shaklee daftar manfaat pengedar

Alhamdulillah Allah datangkan ujian untuk keluarkan kita dari zon selesa. Masa kena uji memang sakit, tapi dengan kesakitan dan perjuangan tu buat kita lebih kuat dan matang.

Sebab ujian itu jugalah kami masuk menjadi ahli Shaklee. Dan dari situlah baru kami sedar, banyak kelebihan jadi ahli shaklee ni.

Walaupun dah 3 tahun kami nak jadi ahli tapi niat dan hasrat terbantut sebab tak jumpa kumpulan yang sesuai. Banyak yang kena meeting lewat malam.

Terpaksa tinggal anak dan suami masa meeting. Ini yang kami malas. Tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa juga group yang cocok dengan kami. Group Jutawan


Disini saya senaraikan 10 Manfaat Jadi Ahli Shaklee
1. Mesra keluarga
Betul. Mesra macam mana tu. Kami syukur sangat, sebab masuk ahli ni bukan isteri je. Suami pun dilibatkan sama.

Anak macam mana pula? Takkan tinggal di nurseri dan maid suruh jaga sedangkan kita habis masa mesyuarat pagi sampai malam.

Anak boleh bawa masa gathering. Betul.. semua ahli jutawan bawa anak. Siap anjurkan pertandingan mewarna dan lain lain lagi. 

Luqman hakim pun dapat banyak kawan baru. Bestnyee.. anak dapat social skill secara tak langsung.

Masa ni dia nak belajar berkawan.. usia dua tahun, jumpa kawan baru perkembangan minda lagi pesat.

Mazni pun bagi makan omegaguard Shaklee untuk perkembangan minda dan kuatkan daya tahan penyakit. Yalahkan, bila budak dah berjumpa kan ada yang tak sihat.

Ambil langkah pencegahan je untuk bantu anak dapat yang terbaik. Suami, saya dan anak semua sama sama, kan seronok tu.

Sebab tu Mazni cakap mesra keluarga.

2. Modal Yang Sangat Rendah
Berapa modal nak buat bisnes? Dalam otak kita mesti dah set mindset, nak bisnes kena banyak duit. Sebenarnya tak.

Mazni join Shaklee RM75 je seumur hidup untuk suami isteri. Takda expired. Nak masuk percuma pun boleh. Macam mana tu, nanti kami cerita.

Dulu suami saya mulakan bisnes penternakan modal puluh ribu. Pulangan pun lambat dan perlukan kesabaran yang tinggi. Mentor bisnes kami lagilah, terpaksa pinjam RM2juta ringgit mulakan bisnes bela ayam.

Ya tuan puan main juta juta, untung berapa.. Alhamdulillah 5 angka pendapatannya. Kemudian dia dapat tahu, ada bisnes start 2 angka tapi boleh jana pendapata 5~6 angka.

Terkejut berut makyeh tu.. suami saya pun garu kepala. Ada ke bisnes macam ni. Ada kawan kawan. Mentor kami dah berjaya capai impian beliau, selepas setahun buat Shaklee.

Padahal pendapatan bulan pertama Shaklee 2 angka je. Itulah, memang kisah inspirasi.

Beliau selalu pesan, bisnes ni mudah. Kalau betul caranya. Dan betullah. Memang mudah. Allah permudahkan betul.

3. Risiko Hampir Kosong
Modal RM75 saja. Sangat murah, takkan expired pula tu. Takde risiko kena tipu macam skim cepat kaya. 

Lagipun kami yakin sebab produk ni dah lebih dari 50tahun usianya. Dari zaman mak nenek kita ni. 

Takkanlah produk yang menipu boleh bertahan selama tu kan. Mula mula tu kami risau juga mana tau macam syarikat lain, awal awal je  bagus.

Dah join habis semua janji manis. Memang gembira sangat dapat banyak kawan baru yang nak baiki diri dan keluar. Yang tudung labuh dan berpurdah pun ramai yang berjaya.

4. Peluang Menjadi Work At Home Mum
Ini salah satu peluang yang ramai ibu bekerja impikan. Kerja dirumah dan melihat anak anak kita membesar. 

Sistem dalam shaklee ni terbukti memaksa ibu ibu diluar sana terpaksa berhenti kerja. Hehe.. kenapa? Sebab bonus Shaklee mereka saja selepas setahun bershaklee 4~5kali ganda dari gaji bulanan.

Memang tak mustahil nak dapat financial freedom. Takde hutang. Heaven. Macam sekarang ni graduan universiti semua sibuk buat hutang.

Habis belajar je hutang dah berpuluh ribu, nak kahwin dan dapat anak semua perlukan duit. Kos sara hidup makin meningkat.

Dulu saya dan suami pun merungut, asyik asyik barang naik harga. Asyik asyik harga naik. Nak buat cam ne kan. Kena jimat jimat tapi pendapatan tak naik naik.

Dari merungut harga naik, kami terfikir begini. Lebih baik kita fikirkan cara tambah pendapatan. Kata Dr Azizan, nak berniaga kena ada ilmu dan mentor.

Bisnes tu pun mesti rendah risiko dan modal. Daripada buat produk sendiri, baik cuba pasarkan produk berkualiti yang terbukti berkesan.

Kebetulan, memang kami makan Shaklee, timing dah cantik. Nak cakap dengan kawan kawan pun tak perlu. Sebab mereka memang dah tahu kami amalkan Shaklee.

Banyaklah kelebihan selepas daftar ahli Shaklee. Cabaran memang ada setiap masa tapi kita selesaikan dengan bantuan hati yang kuat dan mentor yang ikhlas.

Yang jadi cabaran tu, cam na nak pasarkan online. Alhamdulillah hubby Mazni ada ilmu kurniaan ilahi bidang internet marketing ni.

Dalam masa 5 bulan kami berjaya menaikkan blog ini setanding dengan blog blog lain di internet. Syukur Alhamdulillah.

Sekarang ni kami ajarkan pula cara kami untuk pasarkan diinternet pada anak didik kami. Pesan cikgu, kita kena terus memberi. Ini cara kami bantu mereka ubah taraf hidup. Insyaallah.

Ada yang bujang lagi, yang dah pencen pun ada. Ada yang tak celik IT sangat pun. Tapi dengan bantuan mentor alhamdulillah semua lebih mudah. Sekarang ni dah mula pandai ber blog nih. Hihi~~ Syabas anak anak ku.

Baru je daftar jadi ahli Shaklee kan. Dah mengorak langkah sejauh ni. Insyaallah pendapat 4 angka dah tak jauh ni. Kami doakan.

5. Tak Perlu Keluar Rumah
Bisnes apa tak perlu keluar rumah. Kerja pun awal awal pagi subuh dah kena bersiap. Mazni ni setiap pagi ken bergegas ke KL.

Perjalanan ke pejabat je boleh kata 2 jam. Balik 2 jam lagi. Penat. Yang ni Mazni dah tak berapa larat. Rutin yang memenatkan.

Balik rumah anak nak perhatian, rindu dengan maknya. Kesian tengok merengek je. Kawan kawan pun mesti alami perkara yang sama kan.

Mazni nampak Shaklee online sistem boleh buat persekitaran bisnes yang sesuai untuk WAHM (work at home mum). Order pelanggan uruskan online je.

Siap pos lagi. Mashaallah, jika Allah izinkan insyallah memang nak buat bisnes full time dirumah. Sekarang ni dah pendapatan 4 angka. Kalau diizinkan Allah, dan usaha kami bonus 5 angka pasti boleh tercapai.

Semua dari rumah. Seronok betul jadi ahli Shaklee ni. Impian jadi nyata. Suami pula jadi tulang belakang kita. Tolong hantar barang urgent.

Ambil stok emergency dan sebagainya. Lagi best, secara tak langsung, anak kami yang kecil ni dapat lihat mak ayah dia berniaga.

Insyaallah, kami dah semai semangat usahawan dalam dirinya dari kecil. Macam anak cina. Mana nak dapat pengalaman berharga ni.

6. Banyak Mentor Hebat
Teringat pula pada hadis Rasulullah SAW.. seorang mukmin adalah cerminan mukmin yang lain. Maksudnya, kawan anda mencerminkan perangai anda.

Mazni dan hubby belajar cara susah ni. Dulu pernah silap berguru, memang rasa susah je bisnes ni. Alhamdulillah walaupun pahit kami telan juga.

Dan kami jumpa ramai cikgu baru yang jauh lebih bauk dan terbukti berkesan. Terbuka minda seluas luasnya. 

Sebanarnya nak hidup dengan bahagia ni mudah je, jaga hubungan dengan Allah je. Itu nasihat mereka. 

Kalau Allah sayang kita, semua perkara jadi mudah. Datang pertolongan dari arah tak disangka sangka.

Kami dah alami first hand. Tiap kali dah buat yang terbaik, kemudian hasil tak seberapa, jangan cepat putus asa.

Sangka baik pada Allah, kemudian berdoa dengan spesifik. Banyakkan bersedekah masa susah. 

Itu pesan mentor kami. Subhanallah.. memang betul, dah tak tahu dari mana nak buat. Tiba tiba datang bantuan. Hmm.. ajaib2.

Sebenarnya, peranan cikgu dan mentor ni untuk bantu kita didik hati. Belajar bergantung sepenuhnya pada Allah swt. 100%. Selepas usaha terbaik.

Kadang kadang tu kita rasa dah terer sangat. Yakin sangat dengan diri sendiri. Sedangkan Allah swt yang kawal rezeki.

Best tak best jadi ahli Shaklee group jutawan ni. Bagi kami, selepas mendaftar banyak sangat kesan positif.

Syukur Alhamdulillah.

7. Tiada Lagi Traffic Jam
Tak perlu pergi ambil stok dipejabat. Pergi pejabat pos dan  sebagainya. Kecuali dapat special request untuk COD.

Bukan apa, kami dah jumpa 2-3 kali pelanggan yang tak senang dengan online transfer ni. Kena tipu, duit habis lesap cam tu je.

Sekarang ni hari hari jam.. musim hujan ni lagilah.. Minyak dari penuh tinggal sikit. Insyaallah, usaha lagi.. pasti Alah akan tunjukkan jalannya.

8. Produk Yang Terbukti Berkesan Dan Selamat
Kami dah 3 tahun guna produk Shaklee. Alhamdulillah, memang puas hati. Produk pun ada sijil halal.

Paling baru, tahun 2013 sijil hala diperbaharui. So memang tak de was was. Bahan semua semula jadi je.

Tak da bahan kimia.

Alhamdulillah, cukup sudah 8 sebab kami join Ahli Shaklee. Memang langkah kanan masuk group jutawan ni. Tak de kena pressure dengan orang lain.

Kalau kita nak kita usaha, dan kita yang dapat. Ops tu dah macam point ke 9.

Kalau ada soalan, jom tanya kami ya. Tq semua.

Datang lagi ya.

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel: