Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil Tanpa Kalkulator

Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil

Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih kerana menjadikan blog ini sumber rujukan untuk mengira waktu subur anda.


cara mengira waktu subur wanita
Tak perlu guna kalkulator untuk cara mengira waktu subur ni. Mudah sangat

Sebelum ni kita ada kongsikan artikel lengkap tentang waktu subur wanita untuk hamil supaya suami isteri boleh ambil kesempatan.

Ambil kesempatan?

Hihi.. Ambil kesempatan untuk mengandung atau pun merancang kehamilan.

cara kira waktu subur
Kita ada berbagai bagai untuk perancangan keluarga. Jadi dengan ilmu ini.. Suami isteri boleh meninggikan peluang untuk menimang cahaya mata dan juga mengelakkan hamil.

Bukan mahal pun kan harga ilmu ni. Percuma saja.


Cara Kira Waktu Subur Wanita Yang Paling Mudah


Cara ini cuma terpakai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap.


waktu subur wanita mudah


Maknanya jika bulan ni 28 hari.. Bulan depan pun 28 hari juga.

Caranya sangat mudah.. 

1) Bahagi 2 tempoh kitaran haid
2) Hasil dari No 1 Tolak 2
2) Hasil dari No 1 Tambah 2


amalan mudah mengandung
Sekarang kita sudah ada anggaran waktu subur wanita untuk cepat hamil. 

Kita buat satu contoh 

Katakan kitaran haid 30 hari, 
1) Bahagi 30 hari dengan 2. Jadi 15 hari

2) 15 hari tolak 2 sama dengan 13 hari

3) 15 hari tambah 2 sama dengan 17 hari.

Bagi tempoh subur 30 hari.. Anggaran waktu subur adalah dari hari ke 13 dan hari ke 17.

doa mudah mendapat anak
Pengiraan waktu subur sesuai untuk yg mempunyai kitaran haid yang teratur. 

Macam mana nak ambil kesempatan?

1) Bagi pasangan yang mahukan anak

Lakukan hubungan intim dengan lebih kerap dalam masa ini

Tips Tambahan Untuk Meninggikan Peluang Hamil

  • Sperma suami boleh hidup 2 ke 3 hari dalam badan isteri. Ovum isteri hanya boleh hidup 24 jam
  • Hubungan intim boleh dilakukan secara kerap bermula hari ke 12 dan dilakukan selang sehari
  • Kalau buat hari hari pun tak elok kan. Kualiti hubungan intim pun perlu dijagakan.

Peluang lebih hamil lagi tinggi jika sperma suami berkualiti. Berkualiti dari segi bilangan yang banyak


cara mudah mengandung anak lelaki
Dan sperma yang dihasilkan kuat berenang.

Elemen seperti zink sangat diperlukan untuk sperma yang sihat. Sebab tu dala set kesuburan lelaki shaklee.. Zink complex sangat digalakkan.

Jantung yang sihat sangat penting kerana oksigen yang cukup diperlukan untuk sistem peranakan yang berfungsi dengan sempurna.

2) Bagi suami isteri yang merancang keluarga

Elakkan hubungan intim pada waktu ini. Atau ambil langkah pencegahan.


Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya 

sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama.
kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku
lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.


Makanan Yang Elok Untuk Kesuburan Isteri

Sebelum kita menamatkan perkongsian ni.. Mazni nak kongsikan satu lagi topik yang sangat bagus.



makanan baik untuk kesuburan isteri

Diambil daripada akhbar utusan. Mengenai makanan yang bagus untuk telur yang sihat.

Elok sangat untuk pengantin baru ya. Mazni ambil isi penting saja dari soalan dan jawapan tersebut.

Soalan


  1. Apakah makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? 
  2. Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan , telur dan rahim?


Soalan dari Puan Alia 

Jawapan dari Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) USM

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.


hamil anak lelaki

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. 

Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya.


makanan sihat untuk kesuburan


Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. 

Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan.

Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. 

Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.
cara kira waktu subur
Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.

TAMAT

Ok.. Kita dah sampai ke penghujung perkongsian. Banyak lagi sumber rujukan untuk kesuburan dalam blog ini. 

Selain artikel waktu subur wanita .. Ada juga untuk mengetahui tips mengenal pasti isteri sudah berjaya hamil .. Cara meningkatkan kesuburan dan juga amalan ibu yang sudah hamil

Jemput baca ya. Jumpa lagi insyaallah.