Top Ad unit 728 × 90

Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!

Assalamualaikum, Hari ini Maznee nak kongsi cara pilih produk skincare terbaik untuk kulit kita.

Ada banyak produk penjagaan kulit siang malam di pasaran, sebanyak bintang dilangit & ini menjadikan kita pening kepala memilih mana yang paling bagus.


skincare terbaik malaysia yang paling berkesan


Sebenarnya tak ada 1 jawapan yang betul untuk semua orang.

Sebab kulit kita di jadikan berbeza, ini yang akan kita bongkarkan macam geledah peti harta karun. Wah, seronok tu.


Bagaimana memilih skincare terbaik di Malaysia yang paling serasi untuk kulit kita. Baru berbaloi duit!

Sebelum kita beli produk skincare terbaik untuk cuci muka setiap hari, penting untuk kita main pukul rata semua produk itu sama.

Tak semua produk penjagaan kulit dibuat sama.

Dan sesetengahnya lebih baik untuk kesihatan dan penampilan kulit kita daripada yang lain. 

Di bawah ini Maznee berikan tips ringkas yang disarankan oleh pakar penjagaan kulit dan pakar dermatologi untuk hasil yang terbaik.

Tips pertama sangat mudah. Tapi mungkin kita sendiri pun tak pasti.

Iaitu.

1. Kenalpasti jenis kulit muka kita

Mengetahui jenis kulit yang betul sangat penting sebelum mencari produk skincare terbaik di Malaysia.

Ada beberapa jenis kulit muka
  • Normal
  • Berminyak
  • kering
  • Gabungan / kombinasi 

Kulit yang berbeza akan mempengaruhi
  • Saiz liang roma
  • Kuantiti minyak yang dikeluarkan
  • Kelembapan semulajadi pada kulit kita
  • Kepekaan terhadap agen perengsa dari persekitaran.
Macam mana nak tahu jenis kulit?

Baca di bawah.

Apakah tanda kita mempunyai kulit jenis biasa?

Cuba perhatikan ciri ciri ini
  • Mempunyai sedikit ketidaksempurnaan
  • Kulit kita kurang sensitiviti
  • Saiz liang roma kecil & tidak mudah dilihat.
Seterusnya,

Apakah tanda kita mempunyai kulit jenis berminyak 

  • Mempunyai saiz liang besar. 
  • Penampilan kulit jenis ini boleh jadi kusam atau berkilat.
  • Terdapat banyak "blackhead" & jerawat kerana liang roma mudah tersumbat.
Kemudian,

Bagaimana pula tanda kita mempunyai kulit kering?

  • Kulit kelihatan kasar & bersisik
  • Nampak kusam & kurang bersinar.
  • Terdapat tompokan merah atau gatal pada kulit. 
  • Liang-liang roma yang sangat kecil & tidak dapat dilihat dengan mudah.
Dan akhir sekali,


Apa ciri ciri kita mempunyai kulit jenis gabungan / kombinasi?

Kulit jenis ini mempunyai gabungan jenis kulit berminyak, biasa, dan kering di bahagian muka yang berbeza. 

Contoh, kita mempunyai saiz bukaan liang roma yang lebih besar & mengeluarkan banyak minyak pada kawasan dahi, hidung, dan dagu.

Ini menyebabkan jerawat mudah muncul di kawasan tersebut.


Buat ujian mudah dibawah untuk mengetahui jenis kulit kita!

Ini cara paling mudah untuk menamatkan misteri.

Sampai tak lena tidur memikirkan tiap malam.

Caranya ialah dengan bilas muka kita sebanyak 5 kali dengan air suam.

Bukan air panas ya, melecur nanti.

Kemudian kita tungguuuu.

Perhatikan ini

  1. Jika selepas beberapa minit kulit muka terasa tegang, kulit kita jenis kering. 
  2. Jika kulit tidak berasa tegang, tunggu lagi sehingga 20 minit dan gunakan tekan tisu pada kulit muka. Jika terdapat bintik-bintik minyak pada tisu, kulit kita sah jenis berminyak. 
  3. Perhatikan juga samada kawasan berminyak tersebut terletak di dahi dan hidung (zon T), sah kulit kita jenis gabungan / kombinasi.

Ujian mudah untuk menentukan jenis kulit sensitif?

Sekiranya kulit kita kadang-kadang berasa gatal, pedih, atau keluar ruam semasa menggunakan produk kecantikan paling berkesan yang baru, kita sebenarnya mengalami kulit sensitif.


Apa nak buat jika kita mempunyai jenis kulit sensitif?

Jika betul kulit kita sensitif, beri perhatian terhadap faktor persekitaran yang menyebabkan kulit kita menjadi merah / merengsa.


Pilih untuk memakai produk skincare khas untuk kulit sensitif.

Produk ini biasanya bersifat hypoallergenic, dan tiada kandungan pewarna dan wangian yang akan merengsakan kulit.


2. Utamakan produk yang paling penting dahulu untuk kulit!

Kebanyakan wanita bekerja sangat sibuk, memang pantang buang masa di rumah & di pejabat.

Memang betul soal menjaga kepentingan itu penting, tetapi beban & tanggungjawab perlu di pikul sebaiknya.

Tak seperti wanita korea yang terkenal dengan kulit cantik.

Hasil dari rejim skincare yang sangat ketat!

Wanita yang sibuk tetapi masih mahu menjaga penampilan hanya perlu 3 produk untuk mempunyai rutin penjagaan kulit yang berkesan. 

3 saja ya tau.

Kalau rajin boleh tambah.

Ini untuk kes sibuk sungguh. Cuba ikuti 3 langkah penjagaan mudah ini.

  1. Mulailah dengan mencuci kulit dengan pembersih muka lembut yang dirumuskan untuk jenis kulit kita.
  2. Gunakan pelembap harian dengan perlindungan sinaran matahari SPF 30.
  3. Akhir rejim penjagaan kulit harian kita dengan krim malam
Amalkan 3 produk wajib ini setiap hari siang malam untuk kulit yang lebih sihat & cantik bagi wanita sibuk. 

PS: Sedikit tips dalam pemilihan pelindung matahari

  • Jika kita mempunyai kulit yang cerah, kemungkinan untuk kulit terjejas dari sinaran matahari lebih mudah.

    Pilih skincare yang menawarkan SPF yang tinggi sebanyak 30+.

    Kulit jenis cerah ni, pantang berjemur sikit mesti mudah merengsa, dan menggelupas. Tak lasak.

    Kulit orang cina & kaukasia biasanya jenis pertama.
  • Jika kita mempunyai kulit sederhana cerah, pilihlah produk yang menawarkan perlindungan pada skala 15-30 SPF.

    Kulit orang melayu biasanya jenis kedua.
  • Jika kita mempunyai kulit lebih gelap, boleh memilih pelindung matahari dari skincare yang memberikan perlindungan minimum.

    Untung dapat kulit lasak ni.

    Orang india dan penduduk dari benua asia biasanya mempunyai kulit jenis ketiga.



3. Pilih matlamat utama yang ingin dicapai dari penggunaan produk skincare tersebut.

Setiap dari kita mempunyai masalah berbeza.

Contohnya, jika masalah kita disebabkan kulit berminyak & kulit berjerawat. Skincare yang paling bagus mestilah menepati tujuan tersebut.

Kalau kita nak atasi masalah timbulnya garisan penuaan dan nak awet muda. 

Pantang pilih produk yang salah tau. Pilih skincare yang khusus untuk awet muda seperti Shaklee YOUTH.

American Academy of Dermatology (AAD) mengesyorkan supaya tidak memilih produk yang berupa memenuhi beberapa keperluan, seperti pembersihan dan pelembab kerana dikatakan kurang berkesan & boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang berlebihan.



Tentukan berapa bajet selesa kita keluarkan setiap bulan untuk skincare ini!

Bukan saja penting untuk kita mengetahui keperluan kulit,.

Malah penting lagi untuk mengetahui harga skincare yang kita akan gunakan. Tak mahulah nanti kita berhenti pakai skincare sekerat jalan.

Hanya kerana bulan tersebut kita sesak sikit, mungkin sebab anak nak masuk sekolah.

Ataupun persiapan hari raya?

Harga untuk produk penjagaan kulit boleh berbeza-beza, dari nilai 2 angka hingga ke 4 angka atau lebih. 

Lebih mudah untuk kita tetapkan anggaran perbelanjaan minimum dan maksimum untuk jangka masa panjang untuk elakkan perkara diatas.

Nanti kulit dah serasi dengan skincare, tiba tiba terpaksa berhenti.

Atau tukar, dan masalah kulit kembali semula. Kan sayang.

Abaikan soal harga semasa membandingkan produk skincare. 

Akademi Dermatologi Amerika mengatakan harga tidak semestinya menjamin kualiti produk skincare.

Ada jenama murah, yang di jual di farmasi mempunyai kesan baik kepada kulit jika dibandingkan dengan jenama mahal.


4. Baca senarai ramuan pada label produk skincare yang kita dah shortlist untuk beli. 

Sahkan bahawa produk tersebut mengandungi bahan pelindung matahari untuk dipakai pada siang hari.

American Cancer Society (ACS) melaporkan bahawa produk skincare kulit pada siang hari (sunblock) harus mengandungi sebanyak  SPF 15 atau lebih.

Pastikan juga skincare itu selamat untuk ibu mengandung sekiranya kita sedang hamil.

Nak kena elakkan bahan berbahaya seperti logam berat seperti merkuri yang berbahaya kepada ibu hamil & bayi dalam kandungan.


Buat pilihan untuk menggunakan produk organik atau dari bahan kimia (sintetik)!

Tentukan sama ada kita lebih suka produk organik atau dari bahan kimia sintetik. 

Produk organik harus menggunakan bahan-bahan semulajadi & tidak diubahsuai secara genetik (non GMO).

Di pasaraya hypermarket sendiri ada bahagian khas untuk produk organik. ESP Shaklee juga organik. Jadi selamat dimakan wanita hamil.

Produk organik bebas dari ramuan mentah yang mengandungi racun perosak atau baja kimia. 


Penggunaan perkataan "organik" pada label produk dikawal rapi oleh USDA, produk yang menggunakan perkataan organik pada label wajib mematuhi keperluan yang ketat. 

Hati hati dengan penggunaan perkataan 

  • Natural / semula jadi
  • Non toxic / tidak toksik
  • Hypoallergenic

Ini kerana ia tidak dikawal selia berbanding perkataan organik kerana tidak mempunyai definisi undang-undang yang ditetapkan.

Jangan tertipu dengan kempen pemasaran ya. Kita kan pengguna & ibu bijak.


Ambil tahu bahan aktif yang ada dalam skincare!

Jika kita ingin mengurangkan tanda-tanda penuaan, produk terbaik untuk jenis kulit wajib mengandungi ramuan aktif yang berkesan & selamat digunakan. 

Antara contoh bahan aktif anti-penuaan ialah: 

  • Retinoid
  • Peptida
  • Asid kogik
  • Asid alpha hydroxy
  • hidroquinone (Ini bahan aktif yang berbahaya)
PENTING untuk kita pilih produk yang mempunyai bahan aktif yang mempunyai kajian ilmiah & selamat digunakan jangka panjang.

Hanya beberapa bahan aktif yang mempunyai kajian ilmiah yang boleh dipercayai dalam membuktikan ia berkesan mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Sekali lagi Maznee ingatkan, pastikan kita menyemak label untuk memastikan bahawa skincare yang digunakan mempunyai kepekatan 5-15%  bahan-bahan aktif yang selamat dan berkesan.

Sebab itu Maznee percaya produk Shaklee YOUTH kerana kajian intensif yang di lakukan pihak Shaklee.


5. Buang & elakkan sebarang produk penjagaan kulit yang mengandungi Fragrance / Wangian. 

Semasa kita memilih skincare, dengan membaca label & menghidu sendiri produk boleh membantu kita memastikan produk itu mengandungi wangian / fragrance.

Wangian dalam skincare adalah sumber alahan dan kerengsaan kulit yang paling utama.


Kesimpulan dalam memilih skincare terbaik untuk kulit kita?

Serahkan saja pada yang pakar untuk memberikan pandangan mereka.

Baca review dari pengguna lepas di blog & media sosial. Malah di dalam akhbar dan surat kahbar sebelum mencuba sesuatu produk.

Pastikan review bukan dari pengeluar & bukan review berbayar.

Ambil masa & jangan terburu buru.

Terima kasih kerana baca artikel ini sehingga habis. Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Semoga sama sama dapat manfaat.

Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan! Reviewed by Mazni Azmi on 12:03 PG Rating: 5

15 ulasan:

  1. Skincare baru kan.. Ramai juga yang share pasal skincare ini..

    BalasPadam
  2. bukan main hebat lagi promosi yputh ni. kalau berkesan mesti akan jadi pilihan ramai nanti

    BalasPadam
  3. Very good tips mazni. Tq for sharing

    BalasPadam
  4. kulit saya jenis yang berminyak..

    sekarang dah semakin kurang..

    masa muda dulu..

    minyak seperti boleh guna untuk memasak

    BalasPadam
  5. Susah jugak nak tahu jenis kulit camna even ikut tips maznee kat atas. ritu pernah check dorang kata jenis yang kering, tp heran sbb kadang mcm berminyak je rasa .

    BalasPadam
  6. Kalau kulit jenis kombinasi memang susah sikit nak jaga. Terutama kawasan t zone tu.

    Senang naik jerawat

    BalasPadam
  7. masih buntu juga dlm pemilihan skincare - masih mencuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh terus cari sampai jumpa yang serasi. Asalkan pakai yang selamat dan jenama diyakinj

      Padam
  8. Skincare terbaik untuk kulit berbeza memang tak akan sama. Asalkan produk tu serasi dengan kulit muka.

    Dan bahan ramuan semua selamat.

    Ibu pakai saja

    BalasPadam
  9. Skincare baru youth nih kan.dah banyak mimi baca yang share pasal skincare youth nih

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, jenis kategori kulit muka yang tidak bermsalah...saya jenis jarang nak cuci muka...hehehe.

    BalasPadam
  11. teringin nak try skin care lain, tapi as for now my skin care still banyak.. T_T

    BalasPadam
  12. hEHE Dah lama tak jaga muka betul betul ni..main belasah cuci je

    BalasPadam
  13. Mama punya kulit mmg x boleh pakai sebarang produk kena yg natural baru ok

    BalasPadam
  14. saya ni jenis kulit berminyak, bab pencuci muka memang kene pilib yang serasi

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Shaklee untuk Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.