Set kurus shaklee 2018! 10 Makanan untuk cepat turun berat

"Dah makan set kurus shaklee bukan tiket untuk berat turun dengan cepat. Amalkan makanan di bawah untuk hasil lebih baik!"
Duit dah keluar, dah ambil set kurus ikut jadual, berat turun juga.

Macam mana nak dapat hasil lebih baik?

Memang ada caranya.


set kurus shaklee makanan untuk turunkan berat


Makanan yang bagus di amalkan bersama set kurus shaklee untuk kesan yang lebih baik!

Ini kerana bukan semua makanan sama.

Makanan yang berlainan akan kesan berlainan di dalam program penurunan berat badan.

Pengambilan makanan yang betul boleh memberi kesan yang sangat berbeza terhadap kelaparan, hormon dan jumlah kalori yang kita terbakar.

Di bawah ini adalah 10 makanan yang di buktikan sains dalam membantu  menurunkan berat badan. Antara yang terbaik di alam ciptaan Allah ini.


10. Daging ayam bahagian dada.

Orang kata nak kurus tak boleh makan ayam. Salah tu. Bukan salah makan ayam, tapi bahagian mana yang kita makan.

Dan cara kita memasaknya.

Daging bahagian dada mempunyai kurang kandungan lemak & sumber protein yang bagus. 

Daging ayam bahagian adalah makanan terbaik untuk turun berat, kerana ia adalah sumber protein yang tinggi.

Protein adalah nutrien yang membantu kita rasa kenyang & bertenaga lebih lama.

Amalan makan diet protein yang tinggi boleh membuat kita membakar lebih banyak kalori setiap hari

Kajian menunjukkan bahawa 
  • Peningkatan pengambilan protein anda kepada 25-30% kalori boleh mengurangkan keinginan sebanyak 60%.
  • Mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam sehingga 50%
  • Menyebabkan penurunan berat badan setiap minggu 
Ini semua kita perolehi dengan menambahkan protein ke diet.

Pastikan kita memasukkan daging ayam dalam diet harian kita, terutama sekali semasa diet. Ini akan membantu pengawalan berat badan yang lebih baik.


9. Cuka epal atau cuka kurma.

Ini adalah salah satu makanan sihat yang di anjurkan dalam sunnah Rasulullah SAW.

Orang Malaysia mungkin tak berapa amalkan tapi makanan ini sangat popular untuk mereka yang menjaga kesihatan di seluruh dunia.

Maznee suka campurkan sesudu cuka epal ke dalam 1 cawan air suam. Selain itu boleh masukkan cuka ini ke dalam resepi makanan harian sebagai pengganti cuka biasa.

Rasanya yang masa macam vivix shaklee tetapi baik untuk kesihatan jika di ambil dengan betul.

Banyak kajian di lakukan oleh saintis pada manusia yang mengamalkan cuka epal dan kurma dalam kehidupan seharian.

Kajian ini menunjukkan cuka bagus untuk penurunan berat badan.

Mengambil cuka bersama sama makanan karbohidrat boleh membuatkan kita  kenyang lebih lama. Dan mengurangkan jumlah kalori yang di ambil setiap hari sehingg 200-275.

Dalam kajian lain yang di jalan ke atas mereka yang menghadapi masalah berat badan menunjukkan, pengambilan cuka sebanyak 15 atau 30 mL setiap hari selama 12 minggu menyebabkan penurunan berat badan sebanyak 1.2-1.7 kilogram.

Mengambil cuka epal / kurma selepas makan mampu membantu mengurangkan paras gula naik mendadak. 

Maknanya bagus untuk kita amalkan supaya dapat elak kencing manis.



8. Cili.

Berita baik untuk mereka yang suka makan pedas. Cili merah yang di gilai anda membantu dalam menurunkan berat.

Cili mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin, yang bagus untuk mengurangkan selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak. Ini semua berjaya di buktikan dalam kajian saintifik.


Jadi, cuba masukkan lauk pauk yang pedas dalam makanan yang di ambil setiap hari.


Insyaallah berat badan akan turun lebih baik sambil makan set kurus shaklee.



7. Buah buahan.

Tiada siapa boleh sangkal yang memakan buah buahan baik untuk kesihatan.

Daripada kajian yang di jalankan menunjukkan individu yang  makan buah-buahan dengan kerap lebih sihat.


Buah buahan mengandungi serat dan membuatkan pelepasan gula ke darah tidak meningkat secara mendadak.


Tapi, elakkan makan secara berlebihan kerana buah buahan ini mempunyai kandungan gula. 


Antara amalan yang baik untuk menurunkan berat badan menggunakan buah ialah memakan buah 30 minit sebelum makan.


Ini kita boleh lakukan dengan makan buah buahan secara terus, ataupun sediakan resepi smoothies yang sihat.


Jangan minum jus buah tanpa seratnya kerana ini hanya membekalkan gula ke dalam diet.


Bersederhanalah dalam pemakanan. Terlalu banyak makanan yang sihat pun jadi tak sihat.



6. Chia seed.

Maznee pasti ramai yang keliru dengan biji selasih kerana rupa mereka banyak persamaan.

Tapi khasiat Chia seed untuk turunkan berat badan memang tidak boleh di ambil mudah.


Ini kerana ia adalah antara makanan yang paling berkhasiat di planet ini.


Setiap 1 auns biji ini mengandungi 12 gram karbohidrat & 91% daripadanya adalah serat.


Serat ini sangat bagus untuk membuatkan kita kenyang lebih lama & melambatkan penghadaman.


Serat dari biji chia dapat menyerap hingga 11-12 kali berat keringnya & kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan selera makan.


Bila kita kenyang lebih lama & kurang selera makan, lebih mudah untuk turun berat.


Ini kerana sekiranya kalori yang kita ambil lebih rendah dari yang di perlukan badan, tubuh kita akan menukarkan lemak kepada tenaga.



5. Sayur sayuran berdaun hijau.

Satu lagi makanan yang bagus di amalkan untuk menurunkan berat badan. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, mineral & serat yang di perlukan badan.

Selain itu ia tinggi kandungan serat dan rendah karbohidrat ringkas.


Antara sayuran berdaun hijau yang bagus ialah sawi, bayam dan kankung.


Lebihkan makan sayur jenis ini setiap kali makan kerana ia rendah kalori & kaya serat. Kurangkan nasi.


Ini akan membuatkan kita cepat kenyang dengan pengambilan kalori yang sedikit.


Kajian menunjukkan bahawa makanan & diet dengan kandungan tenaga yang rendah membantu kita mengurankan pengambilan kalori secara keseluruhan.



4. Telur ayam.

Sumber makanan yang penuh dengan khasiat pada harga murah ini sangat bagus dalam menurunkan berat badan. 

Ada orang risau nak makan telur sebab kononnya telur tinggi kolesterol.


Telur tetap sihat di makan asalkan tidak di ambil berlebihan, terutama sekali bahagian telur kuning.


Kajian terkini menunjukkan telur yang di masak secara sihat tidak mempengaruhi kadar kolesterol darah yang menyumbang kepada serangan jantung.


Telur adalah antara makanan terbaik yang boleh dimakan untuk menurunkan berat badan.


Ini kerana 

  • Telur adalah sumber protein yang bagus.
  • Membekalkan lemak sihat
  • Membantu kita merasa kenyang dengan jumlah kalori yang rendah.
Ada kajian ke atas wanita yang mengamalkan pengambilan telur semasa sarapan pagi akan kenyang lebih lama dan menyebabkan mereka makan kurang untuk 36 jam seterusnya.

Telur penuh dengan nutrien  yang menyihatkan & boleh membantu badan kita mendapatkan semua nutrien yang di perlukan.


Hampir semua nutrien penting di dalam telur terdapat di dalam bahagian kuning.




3. Sayur dari keluarga kubis

Jika sebelum ini kita elok makan sayur hijau berdaun, sayur jenis ini pun bagus untuk kuruskan badan.

Antara sayur yang tergolong dalam kumpulan ini ialah brokoli, kubis dan brusel.

Khasiat yang ada di dalamnya yang tinggi serat dan mengandungi protein membantu kita kenyang lebih lama dengan makan sedikit.

Malah Maznee pernah baca dalam resepi diet sihat, sayur jenis ini di gunakan untuk menggantikan nasi yang mempunyai karbohidrat ringkas.

Gabungan protein, serat dan ketumpatan tenaga yang rendah menjadikan sayur-sayuran meremajakan makanan yang sempurna untuk dimasukkan ke dalam makanan kita semasa menurunkan berat badan dengan set kurus shaklee.

Jadi, sambil tu set kurus pun tahan lebih lama. Sebab kita tak bergantung harap 100% padanya untuk menurunkan berat.


2. Ikan Tuna & Salmon

Bukan semua ikan di jadikan sama, dan kedua dua ikan ini mempunyai kalori rendah & tinggi protein.

Kombinasi ideal untuk menurunkan berat badan & kenyang lama.

Isi ikan ini kaya dengan lemak sihat yang membantu badan kita beroperasi dengan lebih baik.

Isi ikan yang berminyak seperti salmon sangat bagus untuk kesihatan.

Ikan salmon dimuatkan dengan protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan juga mengandungi pelbagai nutrien penting.

Ikan ini membekalkan mineral iodin yang penting untuk memastikan metabolisme badan berfungsi dengan baik.


Perasan tak ada orang tu makan banyak pun badan tak naik sangat. Salah satu kemungkinannya ialah badan mereka mempunyai metabolisme yang tinggi.

Ini semua berkait dengan kadar iodin yang kita ambil.

Selain itu ikan salmon juga kaya asid lemak Omega-3, yang memainkan peranan penting dalam penyakit obesiti dan metabolik. Pengambilan asid lemak omega 3 yang cukup akan membantu menaikkan metabolisme badan & mengurangkan selera.

Selain ikan salmon & tuna, ada lagi beberapa spesis ikan yang baik untuk menurunkan berat seperti ikan tenggiri, ikan trout, ikan sardin dan jenis ikan dengan isi berminyak yang lain.



1. Kacang dan Kekacang

Ada beberapa jenis kekacang baik di ambil untuk turunkan berat badan.

Ini kerana kekacang tinggi dalam protein & serat, yang membuatkan kita kenyang lebih cepat dan lama.

Tetap tak boleh ambil secara berlebihan. Dan ada dari kita yang alah dengan kekacang. Contohnya mereka yang mempunyai penyakit G6PD.

Jadi pastikan kita dapatkan pendapat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba.



Kesimpulan

Nak menurunkan berat badan memang memerlukan perancangan yang betul. Walaupun kita dah makan set kurus shaklee, belum tentu berat akan turun dengan cepat.

Terutama sekali jika sekiranya kita memang tak mengamalkan pemakanan yang sihat dari dulu lagi.

Pengambilan 10 makanan di atas seharian akan membantu badan kita menurunkan berat badan dengan lebih baik dengan bantuan set kurus shaklee.

Selamat mencuba.
Set kurus shaklee 2018! 10 Makanan untuk cepat turun berat Reviewed by Mazni Azmi on May 11, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking. Nak puasa ni memang masa terbaik untuk kuruskan berat badan

    ReplyDelete
  2. Mama singgah blog walking ke blog sis Maznee. Bagus tips di atas untuk kuruskan badan.

    Bulan puasa pun dah dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa dah masuk fasa terakhir. Amacam sis, ada turun berat tak. Hehe

      Delete
  3. Kena sambung balik rutin amik chia seed lepas ni. Lately ni makan seafood banyak sangat. Semalam check tahap kolestrol agak tinggi. Lepas ni kena ubah rutin makan semula. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga kesihatan ana. Selalu makan review kat luar memang sedap tapi banyak kolesterol.

      Delete
    2. Betul sangat tu, asal pergi singgah blog ana je mesti tengah review kedai makan. Hehe.

      Portion pinggan tu ya ampun besar,

      Delete
  4. Jaga beart badan dan kandungan lemak memang penting.

    ReplyDelete
  5. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. bagus kawal makan untuk kuruskan badan

    ReplyDelete
  6. Memang ada makanan yang sesuai dimakan untuk kuruskan maznee. Waktu sahur ambil makanan ni badan rasa cergas sepanjang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mama selalu blend susu segar dan oat untuk sahur. Kenyang sampai petang

      Delete
    2. Bila dah lama berpuasa, nak makan banyak semasa sahur pun malas

      Delete
  7. Macam tu rupanya. Kalau nak kurus cepat banyakkan makanan di atas dalam amalan seharian.

    ReplyDelete

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Cantik & Sihat Dengan Shaklee. © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.