Top Ad unit 728 × 90

Senangnya makanan untuk awet muda ini diperolehi. Makan selalu boleh cantik!

"Ini senarai makanan yang boleh di makan hari hari untuk awet muda"
Maznee pasti, semua wanita mahu kulit licin, berseri & awet muda

Apa yang kita makan boleh membawa kita lebih hampir dengan impian

Senang kan

Makan makan pun boleh nampak muda


makanan untuk awet muda

Tak percaya cuba lihat semula gambar datuk dan nenek kita dulu

Umur 50 an pun masih fit dan bergetah dan cantik

Umur 90 an masih boleh naik basikal pergi surau & melancong dengan anak anak

Semua sebab pemakanan mereka di jaga dan dari makanan yang sihat

Di bawah ini Maznee berikan

Beberapa makanan yang bagus untuk melambatkan penuaan

Dan membuat kita nampak muda lebih lama

Sudah bersedia?

Makanan untuk awet muda yang mudah di perolehi! Kedai depan rumah pun ada jual

makanan di dapur untuk awet muda

Sama sama kita lihat

Makanan pertama ni mudah sangat kita jumpa

Dan murah saja harganya

Apakah ia

Teka teki teka tekuk

Ular mati sebab kedekut

1. Oat

Kan dah kata tadi

Mana mana kedai ada jual ni

Oat akan membuatkan kita kenyang lebih lama & sumber karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan

Sebab itu mak cik & pak cik yang nak kurus selalu makan oat

Bagus untuk turunkan berat badan & elakkan gemuk

Oat mempunyai nilai angka indeks glisemik yang rendah

Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah tidak akan membebaskan gula darah dengan banyak

Secara mendadak

Dan bagus untuk pesakit kencing manis kawal gula

Tidak seperti roti putih, beras, dan pasta yang mempunyai indeks glisemik tinggi

Dan menyebabkan jerawat batu dan kedutan keluar di muka

Selain itu

Oat juga mempunyai bahan kimia tumbuhan semulajadi yang membantu mencegah kerosakan pada sel-sel kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit.

Oat bagus untuk serap kolesterol lebih dalam badan

Punca sakit jantung & sakit kardiovaskular lain

Seperti darah tinggi dan stroke

Memang banyaklah manfaat

Harganya pun murah je

Boleh makan hari hari

Kalau makanan kita sihat, keluarga kita sihat. Tak perlu ambil takaful yang mahal mahal

Pelan perlindungan pun lebih murah

2. Anggur merah

Resveratrol, yang berasal dari kulit buah anggur, melawan keradangan

Banyak lagi kelebihan sebatian resveratrol yang kaya dalam vivix ni

Ramai orang berfikir ia melambatkan proses penuaan

Selain itu

Resveratrol juga melawan kesan cahaya UV dan kerosakan matahari. 

Kesan resveratrol yang kaya didalam vivix, menurut kajian memelihara panjang telomere di dalam dna untuk kelihatan awet muda

Selain itu ia bagus untuk membantu  badan membebaskan tenaga & pembakaran gula dengan lebih baik

Sebab itu pesakit kencing manis bagus makan

Anggur juga ada banyak vitamin dan mineral untuk kegunaan badan & semestinya untuk nampak cantik

Antioksidan dan anthocyanin untuk mencegah kanser

Jika di makan setiap hari

Dan digabungkan dengan produk skincare yang digunakan siang dan malam

Kesannya akan jauh lebih baik

Sihat pun kaya

Sebab tu orang yang berjaya dalam hidup sangat menjaga kesihatan

Bila dah tak sihat, semua duit di dunia dah tak berguna

Tapi kalau boleh kita mesti teringin sangat nak kaya dunia & akhirat kan

Sering kali semasa sakit, kita lupa pada siapa yang memberi ujian sakit ni
.
Sebab itu Maznee galakkan kita membaca buku dibawah ini untuk rezeki yang dirahmati Allah & diberkati
.
Termasuklah rezeki kesihatan

"Klik gambar di bawah untuk cuba tips untuk menjemput rezeki"


3. Buah oren

buah oren untuk awet muda

Buah yang mudah di dapati

Dan harganya pun tak mahal

Biasa kalau pergi pasar mala, 1 bakul yang berisi 4 ke 5 biji

Baru rm5

Buah oren penuh dengan air, yang bagus untuk menghidrat kulit dan sel kita

Sebiji buah oren mengandungi sumber vitamin C yang sangat baik untuk awet muda

Kenapa ya?

Ini disebabkan vitamin c digunakan badan untuk membantu membuat kolagen

Kolagen di bawah kulit akan menyerap lebih banyak air dan membantu kulit kita lebih tegang & lembut.

Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tembikai, nanas & tomato kaya dengan vitamin & mineral

Dan memang bagus bukan saja untuk kulit kita

Malah untuk kesihatan

4. Kunyit

Antara barang wajib di dapur

Pantang betul tak ada

Tak ada kunyit macam mana nak goreng ayam & ikan kan?

Selain warnanya yang menarik & menambahkan tarikan untuk makanan

Ibu mengandung pun boleh je makan dalam kuantiti sihat


Kunyit mempunyai kelebihan untuk anti penuaan dan mencerahkan kulit

Dan ia telah digunakan dalam formulasi kosmetik selama oleh nenek moyang kita. 

Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang khasiat kunyit

Kajian tentang awet muda mendapati

Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat membantu menentang penuaan sendi, otak dan keadaan neurodegeneratif lain

Boleh menurunkan risiko nyanyuk nampaknya


5. Kekacang

kekacang makanan untuk awet muda

Kacang memang banyak khasiat tau

Dalam ni ada makanan untuk badan dan otak kita

Sebab itu orang yahudi banyak makan kacang. 

Kacang ni kaya dengan asid lemak omega 3 seperti dalam omegaguard

Ibu hamil yang nak anak pandai, digalakkan makan kacang sepanjang kehamilan

Melainkan ada penyakit g6pd

Itu bahaya, tak boleh makan kacang. Alahan teruk nanti

Makanlah kacang sebagai sebahagian daripada diet seimbang 

Jika kita jadikan amalan

Boleh memanjangkan kesihatan usia dengan izin Allah. Sihat tu kan rezeki

Dan membantu mencegah penyakit kronik, seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penurunan kognitif. 

Kacang mengandungi lemak tak tepu

Dan sebatian telah dikaitkan dengan penyakit jantung dan risiko diabetes jenis 2. 

Makan kekacang mungkin berpotensi untuk memlambat kan penurunan kognitif (keupayaan otak untuk berfungsi) pada orang dewasa yang lebih tua

Bukan susah pun nak cari kacang

Kacang tanah di kedai pun banyak jual kan

Dalam nasi lemak pun selalu tambah kacang


Kesimpulan makanan untuk awet muda

Maznee sengaja kongsikan 6 makanan yang mudah diperolehi di dapur

Dan membantu dalam awet muda

Pucuk pangkalnya diri kita sendiri

Nak sihat jaga makan

Sebab segala penyakit berpunca dari perut. Makan untuk hidup

Dan bukan hidup untuk makan

Barulah kita awet muda dan sihat
Senangnya makanan untuk awet muda ini diperolehi. Makan selalu boleh cantik! Reviewed by Mazni Azmi on 3:16 PTG Rating: 5

10 ulasan:

  1. Salam Mazni,

    Nasib baiklah semua pun saya suka kecuali kunyit ^_^ Tapi itulah walaupun suka, dah terlebih umur nak mengamalkannya supaya awet muda sentiasa ^_^

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Mazni...
    Alhamdulillah.. semua menu2 yg Mazni sebut tu.. mmg "terpaksa" saya mkn skg. Sbb apa?. Sbb itu je makanan halal yg terjual bila terlupa bwk bekal. Rupa2nya Allah bg hikmahnya. Inshaallah saya akn awet muda nt.. sweet 17. Kekeke.

    BalasPadam
  3. Tak berapa suka oat dan kunyit.. Buah memang tak ada masalah.. Kesukaan.. Kekacang pun.. Hehehe..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum

    Semua sy suka..yg kunyit tuh buat tepek muka je..kalo mnum air dia tak tertelan rasanya.tapi kunyit memang bagus utk diamalkan

    BalasPadam
  5. keenam-enam makanan ni selalu je kita makan kan. tapi dalam masa yg sama, patutnya kena kurangkan lagi pengambilan makanan yang mmebantut keberkesanan makanan2 awet muda ni..

    BalasPadam
  6. oat memang bagus. Tapi nak makan oat tuu haihh. Hahaaa.

    fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    BalasPadam
  7. Lama tak singgah blog Maznee

    Maklumlah cuti sekolah

    Cuti cuti Malaysia

    Jon ke Melaka

    BalasPadam
  8. Kalau Jaga Dari awal insya Allah long term dapat Kita Rasa nikmat ya dgnnizin Allah

    BalasPadam
  9. Setuju semua bermula dari perut. risau pulak bila dah busy2 tak jaga makan sangat

    BalasPadam

⛔⛔TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN ⛔⛔

🌼🌺🌸 Maznee memang rajin membalas komen bonda semua. TOP 10 Pengomen terbanyak akan dipaparkan di Kanan blog ini! Dapat backlink lagi. πŸ˜‰ 🌸🌺🌼
.
Selamat bersilaturahim πŸŒ„

All Rights Reserved by Shaklee untuk Ibu Bijak Keluarga Sihat © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.